Keadaan di Madinah ketika saya tiba pada 11 Mac lalu agak dingin. Musim sejuk hampir berakhir. Cuaca nyaman ini memberi sedikit advantage untuk beribadah dan aktiviti luar. Memasuki raudah agak mudah dan muslimah juga tidak menghadapi kesulitan untuk beriktikaf lama di dalam Raudah.
Tanah Suci Mekah juga tidak mengalami cuaca panas melampau. Suhu antara 27-31 darjah celcius memang sesuai dengan kita. Bezanya, Mekah dan Masjidil Haram mengalami kesesakan kerana jamaah dari seluruh dunia sedang berhimpun untuk melaksanakan umrah. Jika lewat ke Masjid, jamaah akan solat diluar Masjidil Haram. Tawaf juga sentiasa sesak kecuali antara jam 10.30 pagi hingga solat Asar. Hajar Aswad sentiasa sesak dengan jamaah yang ingin mengucupnya.
Dari aspek keselamatan, implementasinya agak fleksible. Di Masjidil Haram, Kamera dibenarkan di bawa masuk ke Masjid tetapi di Madinah muslimah tidak dibenarkan membawa hanfon atau kamera ke Masjid.
Diluar Masjid, ciri keselamatan agak rapuh. Pembangunan pesat di sekitar Masjidil Haram mengundang risiko kepada jamaah yang keluar-masuk masjid-hotel. Beberapa kejadian pekerja pembinaan jatuh dari bangunan hotel yang sedang dibina dari ketinggian hingga 40 tingkat. Ada juga jamaah yang meninggal ditimpa kayu besar yang jatuh dari bangunan tinggi ketika jamaah berjalan kaki ke Masjid.
Justeru blog ini menyarankan kepada jamaah Malaysia supaya:-
1. Memerhatikan keadaan di atas bangunan ketika melalui kawasan pembinaan.
2. Berhati-hati dengan lori yang banyak keluar-masuk di kawasan pembinaan/hotel.
3. Berjalan kaki di kaki lima bangunan yang kurang terdedah kepada bahaya jatuhnya batu/besi/kayu dari tingkat tinggi.
4. Memakai mask bagi menghindari debu dan selsema yang mudah merebak.
DOA UNTUK ANDA
Alhamdulilah saya telah menyempurnakan hajat rakan-rakan dan mendoakan mereka yang berpesan doa untuk saya sampaikan di Mekah tempohari. ALLAHlah yang berhak untuk disembah dan berdoa terus kepadaNYA.
Kepada beberapa rakan mohon doa khusus, saya telah mendoakan agar ALLAH segera memilih tuan/puan untuk menjadi tetamu ALLAH untuk musim Haji tahun ini.
Kepada Pengunjung dan tetamu blog HM ini, saya mendoakan secara umum agar anda semua diberi rezeki oleh ALLAH, dilapangkan masa, diberi kesihatan dan diberi semangat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya berharap blog ini dapat membina jalinan ukhuwah yang ikhlas dan mampu sedikit memimpin diri untuk membuat kebaikan.
Harapan saya agar satu ketika nanti, kita dapat sama-sama menunaikan umrah bersama saya sebagaimana saya gembira membawa 17 insan yang ingin mengubah diri dan menyusun kembali misi hidup ini. AMIN!

9 comments:
salam dr
alhamdulillah, semoga apa yg dihajati oleh Dr dipermudahkan dan dimakbulkan Allah swt
Terima Kasih Dr. atas doa untuk kami semua...
Assalamualaikum Dr
Sebak rasa hati membaca N3 Dr.
Terima kasih kerana mendoakan kami.
Kak Nor
Salam rezeki & ejam,
Moga ALLAH mengizinkan doa utk kejayaan kita bersama.
salam Dr Ridz,
terima kasih kerana mendoakan kami (perasan pulak diri akak termasuk!!). insya Allah, jika diizinkanNya, akak akan ke sana lagi.
Salam DR,
Terima kasih atas pemberian minyak wangi semalam. Terima kasih jugak atas doa Dr tersebut.
Saya amat2 hargai usaha dan jasa Dr pada kawan2 lebih2 lagi saya yang telah buat umrah tahun pada tahun 2008 selepas 4 tahun Dr mengajak dan memujuk saya dulu.
Hati memang dah terbuka nak buat haji , masih menunggu giliran dan sentiasa berdoa.
Salam Kak Nab,
Nama Kak Nab termasuk dalam senarai (lebih baik tak bagi tahukan...)
Salam Li,
Saya dah doakan moga Li dapat segera menjadi tetamu ALLAH. Kita kena sama-sama usahakan mengajak kawan2 lain. Kalau perlu buat ceramah bagi tahu saya, nanti saya luangkan masa.
salam dr,
amen.
terharunya ats munajat doa buat kami. Semuga doa termakbul kelak saya juga diundang sbg Tetamunya...muga saya antara misi berikutnya bersama dr...
jazakillah.
Post a Comment