Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, March 30, 2010

Pengalaman di Kota Mekah





Foto: Pemandangan Masjidil Haram dan Kaabah waktu selepas Solat Asar.



Alhamdulilah dengan izin ALLAH saya telah Berjaya memanjangkan silaturahim dengan saudara Azli yang kini berkhidmat di sebuah hotel 5 Bintang berhadapan Masjidil Haram.

Foto Penyerahan Buku Haji Muda dan Bila Pintu Hati Terbuka untuk saudara Azlie

Asalnya saya berhasrat menemui beliau ketika Umrah Ramadan 2009 lalu, namun tidak kesampaian. Kali ini saya menziarahi beliau dengan ditemani oleh buku Haji Muda dan BPHT, isteri dan anak perempuan saya.

Walaupun pertama kali bertemu, ukhuwah kelihatan seperti sudah lama terjalin. Itulah kekuatan hati tulus dan misi yang jelas. Kami bertukar-tukar pandangan mengenai usaha dakwah dan mengajak insan menhadiri diri ke Tanah Suci.

Dua hari selepas pertemuan pertama, beliau menjemput saya untuk makan tengahari special pada hari Ahad dimana beliau tidak bertugas. Pertemuan kedua, bukan sekadar makan bahkan kami melanjutkan lagi diskusi.
Foto: Menerima jemputan makan tengahari. Saya dan isteri mendengar celoteh Azlie sebelum makan.
Foto: Anak Perempuan saya- Wardah Syaurah background Kaabah. Moga Cinta Kaabah akan terus melekat di hati anak muda ini.

Kepada saudara Azlie, Terima kasih dengan layanan dan jemputan untuk dua pertemuan singkat kita. InsyaALLAH saya akan melewat anda lagi di kesempatan lain.

Bagi yang belum mengenali beliau, sila ziarah http://mazlie-makkah.blogspot.com/

15 comments:

rabiatul adawiyah said...

dr, doakan sy dan ibu menerima jemputan, murah rezeki, selamat dunia dan akhirat utk kami sekeluarga..

ros said...

doc,
walau saya belum berkunjung, namun keindahan dan suasana di sana dapat saya rasakan melalui blog ini. rasa teruja pulak nak pegi..

teruskan berkongsi ya..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam dr ridz,

kebahagiaan terpancar di wajah dr & isteri & anakanda..rasa bahagia kerana menjadi tetamuNYA dan diraikan oleh CL yg budiman itu..

haji muda said...

salam rabiatul adawiyah,
InsyaALLAh saya akan doakan

haji muda said...

Salam ros,
Saya doakan Ros dan kawan2 di sini. Moga buku, blog dan perkongsian saya mampu membuka hati insan untuk tunaikan Haji/Umrah.

haji muda said...

Salam Kak Nab,
Sememangnya saya ceria sepanjang 2 minggu lepas. berada diluar persekitaran negatif dan mendampingi insan2 yg mengharapkan belas kasih ALLAH sudah tentu membawa nilai tinggi dalam hidup. CLpun okay. Moga Kak Nab dan suami diizinkan hadir ke Tanah Suci tahun ni.

rezeki said...

salam dr

alhamdulillah, pengalaman di kota makkah tak akan sama dgn ditempat lain, penuh dgn keinsafan, kesyukuran .
ketenangan yg tak dapat dijual beli

semoga tali silarurahim dan persaudaraan sesama islam terus berpanjangan

insyallah

Anonymous said...

Salam Dr.
Memang teruja bila melihat Kaabah dari tingkat 20 hotel Alsafwah. Saya dapat merasai pengalaman yang indah bersama isteri pada musim haji yang baru lalu. Terima kasih juga buat Sdr CL kerana melayan kami dengan baik.
rasa rindu pada Masjidil Haram makin menebal dan blog CL yang jadi pengubat rindu.

ainhany said...

salam dr

syukurlaa tetamu allah dirai dan disambut gamitan alsafwah di studionya.

Teruslah berdiskusi dgn CL, muga2 lpasnya ada mission buat kami yg belum berkesempatan ni..

hajimuda said...

salam rezeki,
Ukhuwah amat penting utk kehidupan. Nanti kita buat porgram sama2 ke Mekah

hajimuda said...

Salam anonymous,
Bila rindu Mekah sentiasa membara, ia memberi indikasi bahawa Haji/Umrah tuan dan isteri diterima ALLAH. Amin.

hajimuda said...

Salam ainhany,
InsyaALLAH beberapa resolusi akan cuba saya laksanakan. Diskusi ringkas tersebut merapatkan lagi misi yg hendak dibuat. Moga ALLAH izinkan.

aznaz said...

salam from Makkah..


alhamdulila..dapat ketemu lagi dengan insan yang semulia dr..saya amat berterimakasih kerana sudi melwat sya disni..
insyalah moga persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat...


wslam

Anonymous said...

salam Dr,

saya baru sahaja menamatkan bacaan buku prof Haji Muda, Alhamdulillah dapat byak info berkenaan suasana di musim haji. Saya dapat calon stndby utk haji tahun ni. Saya akan pergi sendirian. Mahram akan diuruskan oleh TH.Mahram saya adalah org yg tidak saya kenal langsung. Persoalan saya, mampukah saya survive di sana dlm keadaan seorang diri tanpa orang yang saya kenal rapat. Saya pernah mengerjakan umrah tahun 2006. Dan saya dapat rasakan agak sukar juga jika tiada yang betul2 kenal (waktu itu pergi bersama keluarga-jadi tiada masalah)terutama utk ke tanaim dan berjemaah solat subuh di masjid. Bolehkah kami (bersama-sama mahram yang baru kenal) bersepakat utk ke tanaim berniat miqat dan bolehkah sama2 bersepakat untuk ke masjid bersama melakukan qiamullail. Saya berumur awal 40-an..memikirkan tengah ada peluang (jika terpilih) saya tidak mahu tangguh2 lagi.

terima kasih

shadi samak said...

Dear Dr.Ridzwan

I hope you are doing fine.
I came to see your blogg but I forget how to translate :(