Alhamdulilah sudah seminggu saya kembali ke Tanahair, bumi Tanah Melayu yang tercinta ini. Perasaan rindu akan Kaabah dan Tanah Suci begitu menghambat hati kecil ini. Rasanya, ingin sekali ke sana esok pagi..
Di hari pertama ke tempat saya mencari rezeki (pejabat Isnin 29 Mac 2010), terjahan-terjahan insan yang mementingkan diri sendiri amat terasa sekali. Email dan sms menunjukkan kuasa, ego dan sombong melayang-layang seolah-olah nilai kasih sayang dan respect sudah tiada. Mereka sibuk menjaga KPI masing-masing dan mencari salah orang lain atau menunding jari ke orang lain. Bila saya duduk, beristighfar dan melihat kembali email dan sms spesis Melayu Islam ini, email dan sms mereka tidak ada nilai langsung bagi membina ummah cemerlang. Isu yang dibangkit dan digaduhkan cuma isu kecil yang boleh diselesaikan di meja diskusi atau di kafeteria pejabat. Perkara ini telah saya sentuh dalam blog ini bulan lepas tajuk ”Roket dan Skru 50 Sen”. Bila perkara remeh dibesar-besarkan, maka energi untuk membina masyarakat akan menjadi sia-sia. Fokus kepada agenda BESAR akan sedikit melencong kerana terpaksa melayan perkara remeh. Kita perlu utamakan agenda yang lebih besar iaitu menegakkan kalimah Syahadah dimana sahaja kita berada.
Hakikatnya, mengapa gersangnya nilai ikhlas di hati spesis ini? Mereka berebut-rebut mengejar dunia dan sedikit pangkat dengan memburuk-burukkan orang lain. Lantaran, mencari insan ikhlas di luar Tanah Haram sememangnya sukar (Nota Ridz- insan ikhlas ini wujud tetapi sukar dicari).
Di Tanah Haram, anda akan dapat bertemu dengan insan-insan ikhlas. Mereka malakukan perkara yang amat tidak signifikan tetapi hati dan jiwa mereka ikhlas dan terpancar wajah kasih sayang. Contohnya, bila anda menanti waktu solat Maghrib di hadapan Kaabah (1 atau 2 kaki dari Kaabah), anda akan lihat insan-insan yang menghulurkan air zam-zam untuk minum, ada pula yang memberi minyak wangi dan ada juga yang menghulurkan kurma.
Pendakian misi ikhlas kami teruskan pada hari ke 5 di Mekah. Pada hari pertama dan kedua rakan-rakan tidak sabar-sabar bertanya, ”Dr, Bila kita hendak ziarah Gua Hira’?” Mereka kelihatan excited. Mereka telah menyediakan keperluan mendaki Jabar Nur. Kasut sukan dan pakaian sukan mereka bawa dari Malaysia. Mereka sungguh-sungguh ingin meningkatkan tahap keyakinan misi hidup dengan merasai sendiri bagaimana perasaan Rasululah mendaki Jabal Nur untuk beruzlah di Gua Hira’.
Saya nyatakan kepada mereka bahawa menziarahi Gua Hira’ bukanlah rukun Umrah dan tidak pula menjadi suruhan Rasululah s.a.w. Justeru, kita perlu perbanyakkan Tawaf, Umrah Sunat dan solat malam bagi mengukuhkan hati dan jiwa kita yang kotor ini. Bila proses ini kita sudah lakukan 3-4 hari, InsyaALLAH saya akan bawa mereka dan kita ’test’ kekuatan fizikal kita.
Dengan bantuan ustaz/mutawif Indonesia kami memulakan langkah mendaki Jabal Nur pada jam 10.30 malam pada hari ke Kelima di Mekah. Perjalanan yang biasanya 30 minit, mengambil masa 1 jam lebih sebab kebanyakkan rakan-rakan tidak ’fit’ untuk mendaki (termasuk saya). Anak-anak muda tiba awal dari kami. Tahniah buat mereka! Hebat! Hebat!
Kami tiba di puncak Jabal Nur sekitar jam 11.40 malam. Suasana dan angin dingin amat nyaman. Terasa damai hati biarpun keletihan di asak oleh batu-batu keras Jabal Nur. Sirah menyebut, batu-batu ini memberi salam kepada Rasululah s.a.w ketika Baginda melalui dan mendaki Bukit Cahaya ini. Salam dari mereka menyebabkan Rasululah s.a.w pelik dan tertanya-tanya siapakah Dirinya yang sebenar.
Di puncak Bukit, Kelihatan bandar Mekah dengan lampu-lampu hebat. Masjidil Haram kelihatan jelas dengan mata kasar di Puncak ini. Bulan juga tersenyum penuh menyaksikan kehadiran kami menziarahi tempat wahyu diturunkan oleh ALLAH. Di Puncak ini saya berkongsi dengan beberapa teman bagaimana insan-insan ikhlas ditunjukkan oleh ALLAH di Jabal Nur ini buat bekalan hidup kita.
Wahai muslimah, lihatlah dan fikirlah bagaimana Siti Khadijah yang berusia 55 tahun ketika itu mampu mendaki Bukit Cahaya yang tinggi lagi curam ini untuk menghantar bekalan buat suami tercinta. Kitab dan buku Sirah menyembut bahawa Rasul s.a.w beruzlah di Gua Hira’ selama 40 hari. Jika Siti Khadijah yang berusia 55 tahun (mungkin badan gempal macam wanita-wanita Arab sekarang) mampu mendaki Jabal Nur ini, mengapa anda yang muda atau seusia Siti Khadijah tidak berusaha mengambil manfaat tarbiah Jabal Nur ini? Keikhlasan Siti Khadijah mengorban masa, jiwa dan harta kepada insan bernama Muhamad s.a.w. telah membawa keyakinan tinggi kepada Rasululah s.a.w untuk mengakui bahawa Dia adalah kekasih ALLAH dan memegang panji-panji besar risalah Tauhid. Di sinilah antara tarbiah kepada muslimah bahawa ANDA permata bernilai tinggi di sisi ALLAH jika anda berdiri teguh menyokong emosi suami anda di setiap langkah perjalanan suami untuk berbakti kepada ISLAM dan mencari rezeki halal. Dengan pengorbanan Siti Khadijah inilah, kini kita dapat merasai nikmat iman, Islam dan kita sama-sama beramal menjunjung perintah Qur’an.
Wahai sahabat muslimin, saya ingin berkongsi bagaimana seorang lagi
insan bernama Abu Bakr as-siddiq menerima pengiktirafan ALLAH dan RasulNYA sebagai insan ikhlas tahap pertama dalam sejarah perjuangan Islam. Seluruh harta, jiwa, masa dan perasaan dikerahkan untuk membantu Rasul mulia pilihan ALLAH ini.
Ketika isteri, anak perempuan dan rakan-rakan memasuki Gua Hira’ secara bergilir (2-3 orang sahaja boleh masuk kerana tempatnya sempit), saya termenung sendirian menatap Masjidil Haram yang tersergam indah. Sayup mata memandang. Hati ini tersentuh kerana muhasabah diri di tempat istimewa ini mengundang spesialiti yang tiada di tempat lain. Biarpun ALLAH menunjukkan contoh insan-insan ikhlas buat kita, kita tidak akan mampu mencapai tahap ini. Kita dihimpit oleh persekitaran mengejar kemewahan dan suasana mencipta ego diri. Biarpun kita berusaha buat baik kepada insan lain, masih ramai yang akan memusuhi kita kerana mungkin kita mengancam cita-cita mereka untuk mengejar pangkat dan harta. Di sudut lain, kita juga tidak mampu berkorban harta, jiwa dan masa kita sebagaimana Khadijah dan Abu Bakar melaburkan seluruh harta, jiwa dan masa demi ISLAM. Suasana dingin sepi di puncak Jabal Nur menjemput titisan air mata kerana kita tidak mampu mencapai tahap pengorbanan Khadijah dan Abu Bakr ini.
Ketika berjalan turun ke kaki Jabal Nur sekitar jam 1.15 pagi, saya tunjukkan rakan-rakan ada lagi satu insan ikhlas di puncak Jabal Nur ini. Di kala insan bernama Khadijah dan Abu Bakar sudah tiada, insan ikhlas ini menunjukkan kita bahawa mencari redha ALLAH adalah misi penting. Mereka bekerja di kala manusia tidur. Siapakah mereka ini......?
Bersambung....
11 comments:
salam dr
alhamdulillah, n3 ni banyak mengandungi maksud yg tersurat dan tersirat yg perlu kita ambil sebagai ikhtibar dan terjemahkan semula dalam kehidupan kita
itulah dunia hari ini, mereka yg mengejar pangkat terlupa akan asal usul sehingga sanggup memijak org lain, mrk yg dah berpangkat pula sanggup menindas dlm menunjukkan kuasa, mrk yg terlalu mengejar kekayaan terlupa utk mengimbangi antara "harta dunia dan harta akhirat"
redhalah akan segala ketentuan disamping cuba membaiki diri dan pesekitaran kita, semoga kita semua sentiasai diberikan petunjuk dan hidayah
insyallah
Assalamualaikum Dr
terima kasih dgn perkongsian ini.
semuga kita sama sama diberi petujuk dan hidayah.
Amin.
Kak Nor.
Salam DR,
Mukadimah yang bagus, saya suka you sentuh pasal email dan SMS tu, di tempat lama dulu perkara ini menjadi mainan mereka. Jatuh menjatuhkan orang mmg mereka suka. Tp skrg saya tidak lagi bimbang sebab saya sudah ada tmpt mengadu di 5 waktu. Saya lebih mudah terima dan redho. Rezki kita Allah yang jaga bukan manusia
Salan Dr.
Satu catatan yang menarik dan boleh dijadikan panduan hidup. Banyak maksud yg tersirat. Lumrah manusia akan cuba memenangkan diri sendiri walaupun diri sendiri tidak layak unutk menang.
Terima kasih Allah .Terima kasih Dr
salam Dr Ridz,
Alhamdulillah...berjaya mendaki Jabal Nur.
Terima kasih kerana tazkirah yang dikongsi.
salam rezeki,
Dakwah korporat lebih mencabar...
Salam Kak Nor,
Cameron Highland sejuk ke waktu sekarang?
Salam rosli,
Alhamdulilah Li, berkat Haji & Umrah, kita mampu menepis sikap buruk orang2 kita. Cuma saya kasihan dengan Pengurus2 saya yang kena libas tu. Saya pesan kat mereka, hidup ini laksana roda. Juga ALLAH melindungi insan yang teraniaya.
salam alihassan,
Betul tu. Bila hati tidak bersih, orang lain dianggap sentiasa salah. Nanti tergelincir di titian sirat siapa nak tolong...
Nanti saya sambung mencari ikhlas di Jabal Nur.
salam kak nab,
Jika Kak Nab belum cuba mendaki Jabal Nur, usahakanlah. Pastu baru boleh mendaki As-Safwah yang 5 bintang tu..
Salam hormat...salam ziarah dari mama
Islam memudahkan urusan hidup kiter, naper yer ada org2 yg suker menyusahkan diri sendiri dan menyusahkan lagi kehidupan org lain...mengejar kebendaan dunia, ego, perasan hebat dll. Kan senang... melaksanakan yg di suruh dan menjauhi yg dilarang Allah swt.
Kiter yg kancil ni laa menjadi mangsa KPI mrk.
Lastly, tolong doakan mama sampai dan berpeluang menunaikan Haji 2010 ni yer. Amin...
Post a Comment