Foto : Pemandangan nyaman di Puncak Jabal Nur sebelum melangkah ke Gua Hira'.
Angin sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh di Puncak Jabar Nur. Jam di tangan ketika itu menyentuh waktu tidur 1.15 pagi. Sememangnya mengantuk kerana perkiraan waktu Malaysia ialah jam 6.15 pagi.
Abang Bani (orang Raub), salah seorang ahli grup saya, memberi cadangan ”Dr, jomlah kita turun aje. Dah lewat ni. Silap-silap esok pagi kita tak mampu bangun jam 4 pagi. Rugi kalau solat subuh dalam bilik hotel aje.” Saya mengangukkan kepala tanda setuju.
Foto: Isteri saya ketika memasuki Gua Hira'.
Kami berdua turun terlebih dahulu meninggalkan rakan-rakan lain yang sedang ghairah solat dan bergambar di Gua Hira’. Kami melangkah perlahan-lahan berpegang tangan kerana lampu suluh kecil yang saya bawa tidak mampu memberi suluhan maksimum di jalan berliku Jabal Nur. Kami berdua agak gayat sedikit ketika meneruni bukit yang curam itu.
”Bang Bani, saya ada sesuatu hendak tunjuk sekejap lagi.” Saya berkata-kata untuk menutup ketakutan meneruni Jabal Nur itu. ”Ok, apa dia?” Tanya abang Bani. ” Ada seorang lelaki tua berjubah putih menunggu kita pada tahap 80% ketinggian Jabal Nur.” Saya menyambung bicara. ”Biar betul Dr! Tengah-tengah malam ini Dr sebut perkara yang menakutkan.” Beliau mula ragu.
Ya! Di tahap 80% ketinggian Jabal Nur sememangnya Orang tua berjubah putih sedang menunggu kami. Beliau menyebut,”Salamah, salamah, Fi sabililah! Fisabililah! Sambil memegang kayu dan batu-bata. Simen yang beliau sedang bancuh tidak nampak jelas kerana keadaan agak gelap.
Saya berkata kepada Abang Bani, ”Abang, inilah manusia ikhlas bekerja untuk ALLAh dan Rasulnya. Beliau sanggup tidak tidur untuk melaksanakan satu tugas yang tidak disuruh.” Abang Bani mencelah,” Ada juga manusia seikhlas ini di mukabumi ini...”
Foto: Wardah Syaurah mendaki anak-anak tangga hasil pengorbanan insan-insan yang ikhlas.
Saudara/i pengunjung blog HM,
Saya pasti orang tua ini adalah manusia bukannya malaikat. Bagi saya ALLAH ingin menunjukkan kepada saya dan rakan-rakan bahawa insan ini memiliki hati ikhlas membuat kerja yang tidak diminta. Pada waktu malam inilah beliau bekerja untuk menyiapkan anak-anak tangga untuk memudahkan kita mendaki Jabal Nur yang tinggi itu. Saya perhatikan beliau bekerja dan menyimen batu-bata satu persatu dalam kegelapan malam dan dalam keadaan Arab lain sedang syok makan dan menonton TV satelit.
Untuk apa beliau melakukan kerja yang tidak diminta dan kurang nilai itu? Lebih baik beliau tidur atau melakukan Tawaf Sunat di Masjidil Haram. Lagipun beliau tidak mendapat habuan besar projek yang sedang mengila di Bandar Mekah. Beliau Cuma insan daif seperti kita. Beliau hanya berkata ,”Salamah, salamah, Fi sabililah! Fisabililah!” Beliau tidak menyebut ”Projek! Projek! Atau Wang Besar! Wang Besar! Wang Besar!”
(Nota: Anda mungkin tidak akan jumpa orang tua ini jika mendaki waktu siang. Cuaca panas sebelah siang mungkin tidak sesuai untuk menyiapkan anak tangga itu. Lagipun, insan yang ikhlas akan melakukan kerja kebajikan tanpa disedari oleh orang lain, Wallah’alam).
Imam Al-Ghazali menyebut dalam Kitab Ihya’ Ulumudin bahawa insan yang ikhlas tidak meminta habuan dunia.
Di kala Rasululah s.a.w sudah tiada, para sahabat dan Siti Khadijah sudah lama meninggalkan kita, ALLAH masih memelihara insan ikhlas di Jabal Nur di atas untuk menjadi semangat buat kita membina kekuatan diri. Usahlah kita berkira-kira melakukan amal serta lakukanlah kebaikan walaupun tidak disuruh atau takut diperlekehkan oleh insan materialistik yang berada di sekeliling kita.
Moga pengalaman yang dilihat dengan mata kasar ini mampu mendidik kita (khususnya penulis) untuk memperbaiki diri. ALLAHU AKBAR! Walilah hilhamd.
9 comments:
Salam Dr.
Ikhlas adalah sesuatu perkara yang sukar untuk ditafsirkan dan dinilai oleh insan. Agak-agak bagaimana untuk kita mencari nilai ikhlas tersebut agar jiwa kita benar-benar ikhlas.
Terima kasih Allah. Terima kasih Dr
Assalamualaikum Dr
Beliau tidak menyebut "Projek! Projek! Atau Wang Besar! Wang Besar!"
Kelakar bunyinya.
Teruskan menulis dan berdakwah.
Terima kasih Dr. Maha Suci Allah.
Waktu malam di Cameron agak sejuk walaupun siang panas.
Kak Nor.
assalamualaikum Dr..
Tahniah di atas kembara Dr dan rakan2..seronoknya..:-)
Rindunya saya dengan Baitullah..moga2 ada rezeki saya di tahun hadapan..Amin. Next time saya pun nak cuba mendaki..
salam dr
byk iktibar dan pengajaran yg dpt saya kutip dr n3 ini , ia menjadi pemangkin kepada saya agar terus ......... dlm melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai insan yg menumpang di bumi yg hanya sementara ini
tk
Salam Dr,
Subhanallah...betapa mulianya hati insan tersebut. Usai membaca n3 ini saya bermuhassabah diri mencari keihklasan hati sendiri.
salam alihassan,
InsyaALLAh nanti kita kupas bab ikhlas. Bukan mudah nak laksanakannya.
salam kak nor,
wang dan projek itu penting utk hidup. Akhir2 ni ramai teman mengeluh sebab nak hantar borang income tax. Gaji tak seberapa tapi cukai bermacam-macam. Insan di jabal Nur itu ,mungkin lebih bahagia dari kita yang ada macam2 kemudahan bersandarkan hutang.
salam Hanim,
Amin!
salam rezeki & Ina,
Kita perlu berusaha mencari persekitaran positif utk membina tahap ikhlas ini. Moga ALLAH memberi kita kekuatan untuk memperolehinya.
Post a Comment