Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, April 22, 2010

Ketika Minda Letih #1

Ungkapan Platinum: Bila minda letih, melelapkan mata sebentar boleh mengembalikan energi.

Pulang dari pejabat sudah tentu meletihkan. Kehidupan di bandar kosmopolitan seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam meningkatkan lagi stress akibat kesesakan jalanraya.

Malam tadi saya menerima tetamu. Diskusi ringkas membuka hati kami untuk menghitung masa. Jika dalam buku BPHT saya menyatakan ALLAh sudah berlaku adil dengan memberi kita sehari 24 Jam, maka adakah kita berlaku adil pula dengan ALLAH?

Saya mengambil satu contoh. Jika kita mengalami kesesakan jalanraya selama purata 2 jam sehari, maka dalam sebulan masa kita ‘terbuang’ sebanyak 30x2= 60 jam. Setahun 60jam x 12 bulan = 720 jam. Jika kita mampu bekerja hingga pencen (katakan 30 tahun berkhidmat), maka jumlah masa ‘terbuang’ ialah 720jam x 30 tahun = 21,600 jam = 900 hari = 2 ½ tahun.

ALLAHU AKBAR! Banyaknya masa terbuang akibat kesesakkan jalanraya!

Untuk memanfaatkan hidup yang ternyata singkat ini, amalan berikut boleh dilaksanakan:-

1. Berdoa selepas solat Subuh agar ALLAH memelihara kita dari membuang masa kepada perkara yang tidak berfaedah.
2. Keluar awal bagi mengelakkan kesesakan jalanraya. Ini akan menjimatkan masa kita.
3. Semasa di dalam kereta untuk ke pejabat (Selepas solat Subuh), berzikirlah secara sendirian. Jika malas berzikir, beli CD al-Mathurat atau CD AL-Qur’an dan mainkannya di dalam kenderaan.
4. Jika perkara no 3 malas juga, ON kan radio IKIM.
5. Jika masih malas, elakkan membuka saluran radio atau CD yang tidak membina emosi dan aqal.
6. Jika masih malas juga, berdiam diri ajelah dan fokus kepada pemanduan supaya kita selamat.

Jika anda pergi ke pejabat dengan menaiki komuter atau LRT, tip di atas lebih sukar. Bukan sahaja sukar, ujian lain pula menunggu..

Sekiranya langit dan bumi sentiasa bertasbih, mengapa kita tidak boleh melakukannya? Jika manusia masih sombong, maka bumi akan menurut arahan ALLAH. Bila ALLAH mengarahkan sedikit ledakan bumi, maka aktiviti ekonomi diseluruh Eropah lumpuh selama lebih dari 3 hari.

Bertasbih adalah amalan yang mudah tetapi berat untuk dilakukan. Ketika minda letih, basahkanlah bibir dengan zikrullah. ALLAH nyatakan di dalam AL-Qur'an (Al-Ahzab:41)

” Wahai Orang-Orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama ALLAH, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang."

Semua makhluq bertasbih kepada ALLAH. Jika mereka boleh, kita juga boleh!

13 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Dr Ridz,

kak nab ziarah & ambik iktibar. terima kasih!

rezeki said...

salam dr

alhamdullillah, amalan zikir dalam hati ni mesti dibuat diwaktu sesak dan tak sesak , insyallah terasa damai di hati


dan syukur kehadrat Allah kerana saya setiap hari tak perlu melalui kesesakan yg warga kota alami setiap hari

begitu aman dan damai di sini

rosli said...

Salam Dr,

Bagus semua tips ni.Cuma kekadang leka dengan hiburan dari saluran radio lain.

alihassan said...

Salam Dr.
Satu perkongsian yang baik. Saya pernah cuba mengamalkan satu waktu dulu. Memandu sambil berzikir, tapi tak berpanjangan. Sukar untuk istiqamah. Insyaallah dapat dipraktikan semula setelah 'recharge' semula dengan artikel Dr.
Terima Kasih Allah. terima kasih Dr

haji muda said...

Salam kak nab,
Terima kasih kerana selalu ziarah saya.

haji muda said...

Salam rezeki,
Kita ni insan yg lemah. Kadang2 berzikir bila sesak aje..
Bertuahnya hidup setiap hari tanpa perlu bersesak di jalan raya.

haji muda said...

salam Li,
Kita tunggu TV Ikim dengan IPTV pulak.

haji muda said...

salam alihassan,
InsyaALLAH kita sama2 recharge.

ina said...

Salam Dr,

Saya suka sangat dgn n3 ini. Ambil iktibar dari alam semesta yg sentiasa bertasbih kepadaNya.

Sesekali ke KL menghadiri mesyuarat, amat terasa masa habis di j/raya. Itu salah satu sebab kenapa saya tak mahu berhijrah ke KL (w/pun saya berasal dari KL)w/pun pernah mendpt tawaran kenaikan pangkat. Di Melaka nie, hanya 10 minit saja ke pejabat.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Kak Nor juga ziarah dan ambik iktibar. Terima kasih Dr.

Subhanallah !

Kak Nor

haji muda said...

salam ina,
Untungnya hidup tanpa trafik jem..

haji muda said...

salam ina,
Untungnya hidup tanpa trafik jem..

haji muda said...

salam kak nor,
Moga perkongsian bermanfaat.