Blackberry... crack our head..?
Memiliki gadget terkini seperti blackberry atau iphone menjadi kebanggaan sesetengah anak muda. Mereka akan dianggap up-to-date jika memilikinya. Ianya menjadi keperluan mengisi ‘lifestyle’ generasi ini. Ianya mungkin juga menjadi alat penting untuk menunjukkan status dan boleh dijadikan kuasa tarikan bagi menarik perhatian orang.
Setahun yang lalu, saya ada menyentuh dalam blog HM mengenai blackberry dan bagaimana gadget ini boleh merosakkan kualiti solat. Secara umum saya menyentuh jika kita ON hanfon semasa kita sedang solat, kita tidak akan mampu membawa gelombang otak ke tahap yang sepatutnya. Akibatnya kualiti solat akan menurun. Sebelum solat berjamaah bermula, Kita sering dengar imam masjid menyebut “Sila silentkan hanfon anda.” Pada hemat saya ianya tidak tepat. Perkataan yang sewajibnya ialah “Sila OFF hanfon anda ketika solat.”
Dua tahun lalu Telekom Malaysia pernah melakukan kempen lebih kurang berbunyi ”Panggilan ILAHI lebih utama, sila off/silentkan hanfon anda ketika solat.” Kempen yang tidak membawa duit ini seharusnya menjadi contoh kepada syarikat-syarikat cellular di Malaysia, yang keuntungan mereka dilaporkan berjumlah RM Billion.
Bulan Oktober 2009 lalu, Saya turut menyentuh persoalan blackberry dan persediaan Haji di dalam tulisan saya dalam akhbar Berita Harian sebelum musim Haji 2009 bermula sebagai panduan kepada jamaah Haji Malaysia. Saya nasihatkan jamaah Haji supaya tidak terlalu ghairah dengan blackberry mereka dan bawalah fikiran fokus memburu Haji mabrur.
Pada Umrah baru-baru ini, saya tidak mengaktifkan signal blackberry di Tanah Suci. Namun saya membawanya kerana banyak data-data penting disimpan di gadget tersebut. Sepanjang berada di sana, saya menggunakan telefon bimbit biasa 3G untuk tujuan menelefon dan sms sahaja. Hakikatnya, pendekatan ini dapat meningkatkan kualiti kehidupan saya sepanjang di Tanah Suci. Saya juga tidak perlu bimbang dengan caj roaming kerana signal rangkaian telekomunikasi set blackberry telah di offkan. Untuk menjimatkan kos, saya menggunakan perkhidmatan telekomunikasi selular syarikat Saudi. Ini bersandarkan pengalaman saya bahawa syarikat selular Malaysia tidak banyak membantu dari sudut penjimatan kos kepada jamaah Haji dan Umrah. (Nota: Dengar cerita syarikat-syarikat selular Malaysia memberi bonus sehingga 5 bulan sedangkan pegawai-pegawai kerajaan masih ternanti-nanti imbuhan kecil. Betul ke…?)
Pun begitu, sudah lebih 12 hari saya patah kaki kerana set blackberry saya tidak berfungsi. Kedua-dua features penting email dan sms tidak masuk ke set blackberry. Banyak appointment yang tertinggal kerana data mesyuarat dan temujanji tidak dapat auto-update. Rupanya, sukar juga hidup tanpa blackberry. Ramai kawan-kawan, AJK Masjid, pegawai di pejabat dan lain-lain tidak mendapat respons segera dari saya kerana masalah blackberry ini. Sebagaimana umum mengetahui, syarikat pengendali talian selular pula tidak serius untuk membantu walaupun berkali-kali mohon bantuan careline mereka.
Namun begitu, hati dan jiwa saya amat tenang kerana tiada lagi email dan sms yang masuk setiap minit. Emosi lebih stabil tanpa blackberry….. Alhamdulilah, Terima kasih ALLAH.

note: mc
8 comments:
salam dr
saya pakai hp biasa je , sekadar membuat panggilan dan sms saja
tapi saya rasa dr sgt perlu pada blackberry ni atas urusan kerja
alhamdulillah
salam
innalillah blackberry sakit ;)
tu macam nak suruh beli henfon baru je..
sy dengar cite,sambil tawaf pun ade yg duk asik cakap di henfon..tp bkn org m'sia laaa
Salam Dr,
Setuju dengn pandangan Dr, ada yan sanggup berhabis2an dengan hp canggih. Ada yang betul2 guna untuk tujuan kerja.
Cuma yang saya tak puas hati klu sykt cellular ni brmasalah atau tidak membrikan servis yang baik mereka cover, tp dulu mereka bukan main hentam lagi bila sykt ini bernaung di bawah sykt kita.
salam rezeki,
gunakan hp biasa lagi baik. Tahun 80an dan 90an hidup lebih ceria tanpa hp. Blackberry yg saya ada adalah milik syarikat, terpaksa gunakan. Memang benar ianya diperlukan kerana ianya boleh meningkatkan produktiviti. Pada masa yg sama ia turun meningkatkan stress.
salam 4981,
org kitapun ada juga berhanfon masa tawaf. Mungkin tak sengaja.
salam rosli,
Kalau SKMM pun tak boleh buat apa2, inikan pula rakyat marhain...
tak sangka blackberry pun ada keburukan..:)
Salam Dr.,
Finally, dapat juga saya baca tulisan dr. tentang blackberry...terlalu banyak tulisan blog dr. yang menarik perhatian..sangat bagus utk makanan hati:)Tahniah!...berbalik pada blackberry,mmg sukar hidup tanpa blackberry...tapi kalau x ada,baru terasa sebenarnya hidup sangat tenang..!
Post a Comment