Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, April 12, 2010

Haji/Umrah dan Glamor

Teropong Diri: Kita sudah tentu akan frust jika orang kutuk kita walaupun 'niat kita baik'.

Tiada siapa yang dapat menilai niat seseorang melangkah kaki ke Tanah Suci. Dalam pengalaman saya, ramai juga yang saya temui mempunyai niat-niat duniawi. Walaupun ianya tidaklah menjadi kesalahan, fokus sebenar mencari redho TUHAN seharusnya menjadi dorongan.

Dua tahun lalu saya secara kebetulan menunaikan umrah dengan satu keluarga penyanyi rock Negara. Bila kembali ke tanahair, berlaku kekecohan bila gambar anak penyanyi ini (anak perempuan beliau yang juga selebriti) melompat di sebuah kawasan. Maka berbagai cerita kurang menarik kita dengar dalam akhbar dan majalah mengenai mereka ketika di Tanah Suci seperti selebriti perempuan ini melompat di Mekah. Hakikatnya beliau tidak melompat di Mekah tetapi melompat di kaki sebuah Bukit di Madinah. Cuma gaya beliau melompat mungkin sedikit kurang sesuai. Banyak lagi gambar yang boleh dipaparkan di akhbar dan majalah.

Umrah Mac 2010 pula, Kami satu flight dengan seorang selebriti yang merancang bernikah di Masjidil Haram. Saya tidak berminat untuk mengambil tahu pelan pernikahan mereka. Cuma saya sempat menegur dan bersembang dengan seorang wartawan di Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Pada hemat saya ketika itu, tidak perlu bernikah di Masjidil Haram kerana dikhuatiri niat ke sana untuk bernikah bukan untuk menjadi Tetamu Khas ALLAH (Nota Ridz: Tidak salah bernikah di Masjidil Haram). Saya juga menjangkakan, selebriti ini akan dilanda fitnah selepas kembali ke Tanah air.

Dalam seminggu ini dan akhbar MM semalam memaparkan suasana tidak senang sesetengah pihak terhadap cara selebriti ini. Maka keluarlah hentaman seperti hipokrit, tidak jujur dll yang sudah tentu menganggu fikiran selebriti ini.

Kepada selebriti, anda adalah ikon kepada perubahan. Tetapi jika mesej masyarakat ini tidak cuba anda fahami, maka timbullah perkataan hipokrit dsbnya. Kita dapat lihat secara kasar (Nota Ridz: bukan kajian ilmiah), bila harapan diletakkan oleh masyarakat untuk perubahan tidak mampu selebriti laksanakan, maka berbagai kecaman timbul. Ianya sebenarnya merugikan perjuangan. MAsyarakat kita amat kecewa bila anda tidak menunjukkan contoh untuk anak-anak mereka. Mereka sensitif dengan perangai selebriti yang seolah-olah mempermainkan keHEBATan Haji & Umrah. Ada juga rakan-rakan saya meluat dengan cerita seperti bertemu jodoh ketika Tawaf, menerima lamaran di Tanah Suci, menunaikan Haji pakej RM100,000 dsbnya. Namun realiti perubahan diri tidak pula diberi perhatian selepas kembali ke tanahair.

Kepada pengunjung blog HM, kita kena pastikan niat kita ke Tanah Suci benar-benar untuk mencari redho ALLAH, mengharapkan Rahmat ALLAH dan keampunanNYA. Bila niat sudah bersih, maka doa-doa peribadi bersifat duniawi tidaklah salah untuk diajukan.

Menjejakkan kaki ke Tanah Haram bukanlah lesen mencari glamor atau memecahkan rekod Guiness Book. Ianya adalah perjalanan yang TIDAK TERNILAI mencari Rahmat dan kasih sayang ALLAH.
Wallah'alam.

13 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Dr Ridz,

perjalanan ke Tanah Suci tidak sama dgn perjalanan ke lain2 destinasi! jika ke Tanah Suci, hati kita sepatutnya sentiasa ingat untuk beribadat sebaik mungkin, hendak mendapat keredhaan Allah SWT dan mengharapkan keampunan terhadap dosa2 yang kita pernah lakukan..jadi bila balik mesti diikuti dengan perubahan2 yg positif.

kak nab setuju apa yang Ridz nyatakan.

lemongrass681 said...

Apa yang nak dihairankan..Inilah antara tanda-tanda dunia dah nak kiamat...

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Akak juga bersetuju dgn apa yang Dr nyatakan.

Kak Nor.

alihassan said...

Salam Dr.
saya baru selesai baca buku terbaru Dr. satu perkongsian ilmu yang cukup hebat bagi mereka yang akan menyambung pengajian.
bagi saya yang belajar setakat pandai membaca, boleh jadi kan pengalaman tersebut kearah hidup yang makin mencabar.
Saya cukup tesentuh dengan doa Dr sebelum masuk dewan dan nak tanya sikit tentang hikmah solar hajat 8 rakaat yang Prof Kamil cadangkan. Kalau boleh berkongsi cukuk bererti.
Terima kasih Allah. Terima Kasih Dr.

adawiyah said...

dr, adkh area kul 5 dikatakan tahajud lagi?

Naz Mohamed said...

Salam Dr Ridz,

Hanya Allah yg Maha Mengetahui niat seseorg itu. Sekadar pendapat peribadi...sebagai manusia yang banyak kelemahan, siapalah kita utk menghukum. Berbaik sangka adalah sebaik-baiknya. Krn jika kita berburuk sangka pd seseorg dikhuatiri kita akan mendpt dosa.

Mungkin kita perlu lebih merasa kasihan dan simpati dengan orang-orang yang dilihat (secara luaran) tidak mematuhi syariat dan mendoakan agar mereka diberi petunjuk & hidayah olehNya.

p/s Minta maaf, saya tidak bermaksud Dr besangka buruk dengan selebriti yg dimaksudkan. Saya peminat tulisan2 Dr yg sentiasa membuatkan saya bermuhassabah diri. Dari tulisan2 DR, jelas terasa keikhlasan hati.

haji muda said...

Salam Kak Nab, Lili & Kak Nor,
Sememangnya ianya adalah cabaran mengekalkan nawaitu sebenar. Saya pernah jumpa seorang yang ke Mekah nawaitu dia ialah utk berdoa dapat projek Jutaan RM. Camne tu...

haji muda said...

salam alihassan,
Arwah abah saya ada mengajar saya solat hajat 8 rakaat tu. Cuma saya tak amal sebab memakan masa yg lama. Inilah kelemahan saya. Kalau boleh solat hajat 2 rakaat dah le. Saya akan melakukan 8 rakaat ni bila rasa amat terdesak. Benarlah kata arwah abah, sesuatu yg dirasakan sukar namun ALLAH lebih mengetahui. It is proven!

Mengenai doa sebelum masuk dewan, ianya adalah kisah penting untuk meletakkan harapan kepada ALLAH. Wallah'alam.

haji muda said...

salam ina,
Memang benar kita jangan menghukum dan berburuk sangka dengan orang lain. Dlm konteks tulisan entry ini, saya mengingatkan diri saya dan pengunjung blog supaya membetulkan nawaitu utk ke Tanah Suci agar pulang dengan Kejayaan merangkul haji/hajjah mabrurah.

haji muda said...

salam adawiyah,
Ya, jam 5 pagi masih boleh bertahajud. Pengertian Tahajud itu lebih besar. InsyaALLAH jika ada kesempatan saya akan huraikan.

rosli said...

Salam Dr,


bagus artikel ni untuk muhasabah diri kita sendiri.

Anonymous said...

salam Dr.
Apa yang kita niatkan itulah aje yang dapat,niat umrah untuk dunia,dunialah yang dapat niat untuk Allah dua2 dapat.

haji muda said...

salam Li,
Kita perlu sentiasa muhasabah diri.