Alhamdulilah dengan sokongan tuan-puan buku BPHT telah Berjaya memasuki pasaran. Kutipan terkini untuk tabung amal melalui platform BPHT kini adalah sebanyak
RM415.
Wang terkumpul RM415 ini bukanlah wang saya. Ianya adalah wang Prof/Dr/Tuan/Puan yang telah memulangkan RM2 diskaun bagi setiap buku yang dipesan terus dari saya (Lihat entri terdahulu Feb 21, 2010). Berbagai cara kawan-kawan bloggers membuat sumbangan melalui wadah BPHT. Ada yang bayar beratus ringgit untuk membeli 8-10 naskah BPHT.
Yang pasti, mereka membeli bukan sekadar untuk mengambil manfaat dari perkongsian kecil BPHT malah mereka ingin menambah amal kebajikan.
Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam posting terdahulu, mana-mana pesanan yang tidak mahu mengambil diskaun yang saya beri, maka wang ini akan saya satukan untuk tujuan kerja amal BPHT. Pada mulanya saya berhasrat untuk menambah dana Masjid Munawwarah. Namun saya berpendapat, lebih baik jika saya salurkan wang ini kepada Pusat Anak Yatim/ Tahfiz Quran. Dengan harapan, sedikit sumbangan tuan-puan dan pembeli dapat dimanfaatkan oleh anak-anak yang sedang menghafal Quran. Pahala mungkin lebih besar.
Saya meletak sasaran RM800 untuk kerja amal melalui wadah BPHT. Saya Cuma memegang amanah Prof/Dr/Tuan/Puan dan insyaALLAH kita sama-sama kongsi ganjaran ALLAH. InsyaALLAH saya akan serahkan dana terkumpul BPHT atas nama tuan/puan bila sasaran telah dicapai. InsyaALLAH satu majlis rasmi akan saya lakukan.
Di posting lepas saya menyentuh tazkirah ringkas “ikhlas” khusus untuk muhasabah diri saya untuk mengejar kebaikan, Rahmat dan ganjaran ALLAH. Wadah amal BPHT adalah satu usaha kecil supaya kita sama-sama melakukan kebajikan yang kecil untuk insan yang memerlukan.
3 comments:
salam dr,
subhanallah..mulianya org2 yg menginfak hartanya utk kebajikan.
muga mncapai sasaran.
Salam ainhany,
Moga kita semua mendapat pengiktirafan ALLAH dan RASULNYA.
assalamualaikum ustaz,
sy dh baca buku hj muda...mmg best dan cool..
di bangi agak susah nk cari buku 'bila hati telah dibuka'...di mana lagi sy boleh dptkan buku ustaz..
kalo nk pesan pembayarannya macam mana?
Post a Comment