Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, March 1, 2010

Packing Amalan

Nota: Foto Perkuburan Syuhada' Uhud. Syurga menanti mereka bila mereka sudah packing amalan Ketegori A++

Kematian adalah satu peristiwa yang pasti akan kita tempohi. Cuma kita tidak tahu bila tarikh dan masa kita akan berangkat. Jika kita belum siap packing amalan, kena usahakanlah dari sekarang.

Di dalam buku BPHT saya ada berkongsi akan kepentingan memohon Husnul khatimah penyudah hidup. Ianya penting kerana saat kematian adalah satu tahap yang menyakitkan. Kita tidak mengerti betapa azabnya saat itu, cuma digambarkan azabnya seperti kulit kita ditarik-tarik keluar dari tubuh.

Dua hari lepas makcik saya meninggal dunia. Bila saya tiba di rumah beliau dan melihat jasad terbaring di ruang tamu rumah, saya perhatikan yang beliau akan berangkat pada bila-bila masa. Segera saya himpunkan semua saudara mara untuk sama-sama memberi sokongan, moga ALLAH permudahkan perjalanan beliau.

Berhadapan dengan insan diakhir hayat amat memeritkan insan yang melihatnya. Kita tidak mampu melihat kesukaran dengan mata kasar, apatah lagi dengan si mati yang melaluinya. Ungkapan syahadah yg dibisikkan ke telinga kelihatan sukar untuk diluahkan. Biarpun secara zahirnya amalan seseorang itu banyak namun Pertarungan perpisahan ruh dan jasad mungkin amat hebat di saat kritikal itu.

Saya belajar satu perkara penting. Di saat akhir nyawa manusia, dia memerlukan sokongan. Mungkin amalan hidup seseorang itu hebat, namun dia masih memerlukan sokongan orang yang terdekat. Bacaan ayat Qur’an secara berterusan dan doa kita amat diperlukan oleh insan yang sedang menuju perpisahan.

Bukankah seronok jika diakhir perpisahan, kita termasuk dalam golongan yang malaikat akan sebut ”Salamun ’alaikum bima shabartum” , alangkah baiknya tempat itu. Amin!

Cubalah semak, sudahkah kita packing amalan kita menuju TUHAN?

3 comments:

ainhany said...

salam HM

subhanallah..betapa kita kerdil bila menghadapi saat kematian. Berapakah aras pengukur amalan kita jika dibandingkan yg di sedut daripd nikmat ALLAH ini..

mudahan duniayg dicari mengiringi kita ke akhirat. Muga destinasi syurga kan ditemui.
amin

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam dr ridz,

Betul tu...amalan yang kita lakukan dan doa2 sokongan dari yang terdekat "membantu" untuk kita menghadapi saat2 itu.

ridz said...

Salam ainhany,
Amin! Mohon agar ALLAH memelihara kita.

Salam Kak Nab,
Sakaratul maut adalah sesuatu yang mengerunkan..