Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, July 20, 2010

Bila Hati Tidak Mampu Berbicara

Perjalanan kita menuju Al-Jannah adalah kembara spiritual yang dinanti-nantikan oleh insan-insan bertaqwa dan beriman. Tiada lagi yang indah melainkan kembali menemui Pencipta kita. Pencipta kita tidak akan mengecewakan kita kerana kita menyakini sifat AR-Rahman dan Ar-RahimNya.

Disaat kita ’menyakiti peraturannya’ akibat nafsu duniawi, Dia masih memberi kita rezeki untuk meneruskan hidup. Kita masih mampu ketawa dan enjoy dengan kehidupan ini. Kita masih boleh nonton Astro dan TV dan mengagahkan kaki ke tempat-tempat yang melalaikan. Kita masih terus gagah menekan orang lain, mengambil hak orang lain, mencerca dan mengumpat serta melihat diri kita lebih hebat. Dengan sedikit power yang ada, kita memaksa orang lain supaya muhasabah diri sedangkan kita masih mengeras hati. Kita menganiaya orang lain tanpa kita sedari secara berterusan.

Satu ketika nanti, hati kita tidak mampu lagi berbicara....

Al-Qur’an mengingatkan kita, Rasululah s.a.w berpesan kepada kita, Tok-tok guru dan Ustaz-ustaz kita sering berbicara akan satu ketika nanti hati tidak lagi mampu berbicara. Bila ruh meninggalkan kita, maka setiap anggota tubuh khususnya kaki dan tangan akan merasai saat perpisahan. Anggota tubuh kita akan mengucapkan salam perpisahan antara satu dengan lain sehingga proses ruh keluar selesai, satu bentuk kesedihan yang tidak mampu manusia menyedari. Firman ALLAH,

”Pada hari ini (Hari Mahsyar), kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi saksilah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” Yaasin: 65

Di dalam satu hadis disebutkan bahawa salah satu golongan yang tidak akan menerima maghfirah ALLAH di bulan Ramadan nanti ialah mereka yang suka berbohong. YA, di dunia kita suka berbohong atau tidak sengaja berbohong. Tetapi di akhirat mulut kita akan dikunci. Itu janji ALLAH.

Sudah tentu kaki dan tangan merasa amat berat memikul amanah untuk menjadi saksi di Mahkamah ALLAH nanti. Beratnya tanggungjawab kaki dan tangan untuk membuat pengakuan di hadapan ALLAH sedangkan mulut, kaki dan tangan bekerjasama melakukan apa yang dihajatkan oleh hati semasa menikmati sedikit nikmat duniawi.

Sungguh berat tanggungjawab yang sedang kita pikul sebagai hamba Ilahi. Tiada apa lagi yang penting di saat ini melainkan mengagungkan kalimah Syahadah, pengakuan mutlak kita bahawa Tiada lain Tuhan melainkan ALLAH dan Muhamad itu adalah utusan ALLAH. Tiada ungkapan yang lebih berharga sebelum menutup tirai malam ini melainkan ”Astaghfirullahal azim..”

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Menitis air mata Kak Nor membaca N3 ni. kak Nor baru kehilangan kawan karib yg telah pergi kerana barah. Sedih tak sempat ziarah buat kali terakhir kerana Kak Nor dlm perjalanan.

Allah lebih megetahui.

Semuga roh nya dicucuri rahmat & ditempatkan digolongan org2 yg soleh.


Astaghfirullahal azim......

kak Nor.

haji muda said...

Salam kak Nor,
Moga ALLAH menempatkan ruh arwah di tempat yang mulia. Amin! Terima kasih kerana sentiasa menceriakan blog kerdil ini.

ejie azyyati said...

salam..
sy amat meminati tulisan dr.tulisan yg mampu melonjakkan motivasi sy.Selamat berkarya:)

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam ejie,
Moga entri di blog ini bermanfaat.