Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, August 15, 2010

Prestasi Ramadan Week 1

Bagaimana prestasi Ramadan Minggu 1 anda? Saya berdoa agar kita memperolehi maghfirah dan mampu melengkapkan diri kita di bulan Ramadan yang sangat mulia ini.

ALLAH mengasihi kita maka ALLAH menghadiahkan kita Ramadan untuk mendidik diri dan hati agar menghargai pemberiannya dan membuang sifat kedekut. Jika kita berjaya melalui Ramadan dengan iman, maka ALLAH menjanjikan keampunan dan syurgaNya. Namun, kita pula kedekut dalam banyak keadaan:-

1. Kedekut dengan ALLAH
Kita kedekut dengan ALLAH sedangkan bulan Ramadan ini ALLAH membuka pintu syurga, pintu rahmat dan pintu taubat untuk kita. ALLAH tidak pernah kedekut dengan kita! ALLAH hendak memberi kita BONUS HEBAT dengan memerintahkan kita melaksanakan amalan-amalan khusus Ramadan. Program qiyamulail yang dianjurkan oleh Masjid/Surau masih belum menampakkan sukses. Ya! Kita kedekut untuk berdamping dengan ALLAH walaupun wadah telah disediakan oleh pengurusan masjid/surau (siap sahur lagi..).

2. Kedekut masa
Tanpa disedari, kita juga kedekut masa. Masa 24 jam sehari tidak cukup buat kita. Kita masih kedekut masa untuk mengkaji ayat-ayat ALLAH tetapi tidak kedekut masa untuk shopping, menonton tv atau bersesak di bazar Ramadan. Masa kita dengan akhbar atau internet mungkin lebih dari masa kita berikan untuk menghayati ayat-ayat ALLAH.

3. Kedekut wang
Berapa persen dari wang gaji kita ketepikan untuk bersedekah di bulan Ramadan?

Penghujung Syaaban kelmarin, saya menemui beberapa rakan untuk mengajak mereka menaja berbuka puasa Masjid kos RM400 satu bahagian. Kebanyakkan mengeluh mengapa kos menaja berbuka puasa sampai RM400 satu bahagian. Sebenarnya, saya juga terkejut dengan kos yang tinggi ini. Hakikatnya, bila sebutharga diperolehi, ke semua penender memberi angka yang hampir sama. Dengan lain perkataan, kos RM800 sehari adalah berpatutan dengan peningkatan kos sara hidup/kenaikan harga barang di Bandar-bandar besar seperti di Shah Alam.

Saya nyatakan, Masjid estimate kos berbuka puasa sahaja (untuk 200 orang) sekitar RM800 sehari. Penerangan sebegini belum cukup membuka hati sesetengah orang kita untuk sponsor iftar. Alasanya- duit nak pakai untuk raya. Ya, saya faham.


Photo: Kenangan Iftar Ramadan di Masjidil haram 1430H/2009

Di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, masyarakat Arab berebut-rebut memberi makan kepada jamaah. Bukan itu sahaja, mereka juga berebut jamaah supaya duduk di tempat yang mereka telah sediakan. Siap lobi melobi. Mereka yakin dengan janji ALLAH bahawa BONUS akhirat menanti mereka. BONUS ini hanya akan dicapai oleh insan yang sanggup melakukan sedikit pengorbanan.

4. Kedekut ukhuwah
Budaya menghantar makanan ke rumah jiran hampir pupus khususnya di Bandar-bandar. Zaman saya kecil-kecil dahulu, arwah nenek dan mak akan mengarahkan saya menghantar makanan/masakan kepada jiran tetangga. Rasa seronok dan meriah. Ramadan membuka pintu ukhuwah. Ya, Ramadan is the month of feeling for one another. Namun hidup dipersekitaran elit, ianya tidak begitu. Masing-masing sangat sibuk.

Blog ini memuhasabah diri penulis sendiri dan menyarankan:-

1. Semak kembali prestasi Ramadan kita sejak 5 hari lepas. Masa masih ada untuk kita terus membaiki prestasi supaya BONUS Ramadan dapat kita kumpul untuk kita redeem di Akhirat nanti.

2. Qur’an untuk dibaca, dihayati dan di amal.

3. Semak balik dompet. Jika masih okay, salurkan ke program-program amal.

4. Jika anda tinggal di bandar, bina kembali suasana kampung dengan meraikan ‘the month of feeling for one another’.

InsyaALLAH bersambung...

8 comments:

rosli said...

Salam Dr,

TK berkongsi ilmu dan peringatan dalam bulan puasa.

Naz Mohamed said...

Salam Dr,

Terkenangkan Rasullullah, manusia yg paling byk bersedekah. Begitu juga puterinya Fatimah & menantunya Ali. Diriwayatkan: Saidina Ali bin Abi Thalib pd suatu ketika hanya mempunyai 4 dirham. Lalu dia segerakan bersedekah 1 dirham di malam hari, 1 dirham di waktu siang, 1 dirham secara terang2an & 1 dirham secara sembunyi. Beliau juga pernah bersedekah ketika sedang rukuq (perlu rujuk semula Al-Quran krn saya terlupa ayatnya).

Astaggfirullah, betapa jauhnya darjat kita berbanding mereka, keluarga Rasullullah.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Kak Nor rindukan suasana di kampung. Di tempat Kak Nor ada setengah jiran tak mesra alam. Adakala senyuman yg diberi hanya dibalas dgn pandangan yg kosong.
Nasib baik salam kita dijawab....
Apapun Kak Nor sentiasa bersangka baik dgn mereka.

Astaghfirullah halazim....

Kak Nor.

haji muda said...

salam rosli
Peringatan adalah penting utk kita kerana kita mudah lupa dan alpa.

haji muda said...

Salam ina,
Kita belum sampai tahap tinggi spt Saidina Ali. Maka kita buatlah ikut kemampuan.

haji muda said...

Salam kak Nor,
Biarlah mereka buat kita asalkan kita tidak melakukan perkara yg sama. Moga ALLAh ampunkan kita dan mengampuni mereka.

Anonymous said...

SALAM... Dr, saya pelajar MBA UITM.. Saya nak berjumpa dengan Dr. boleh? Saya nak mohon pandangan mengenai ISLAMIC BALANCE SCORECARD.. PLEASE....Boleh bagi email Dr. atau phone number?

haji muda said...

Salam,
Minggu ini 23/8-27/8 schedule saya dah penuh. Saya akan bercuti ke luar negara dari 28/8-9/9. InsyaALLAh boleh buat temujanji selepas eid-fitri.

Email: tigeridz@gmail.com
Sms: 019-262 8585