Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, October 21, 2010

Nilai Sebatang Pensil/Pen...

Foto: Kita mungkin tidak dapat menilai pensil patah ini...?

Sudah hampir sebulan saya bertugas dipersekitaran baru. Rutin hidup juga berubah dengan signifikan. Tiada lagi tekanan kesesakan jalanraya dan masa yang ada pula lebih produktif. Cuma kos TOL sehari RM7.00! Mesyuarat pula lebih fokus dan ‘straight to the point’, tiada perbincangan yang membuang masa. Yang nyata, masing-masing tekun dengan amanah yang dipikul, tiada gosip-gosip negatif dan kutuk mengutuk (mungkin saya belum Nampak lagi kot..). Doa dan harapan saya, tiadalah nilai negatif di tempat baru ini.

Sebelum ini, mesyuarat sahaja tidak kurang dari 4 kali sehari dengan berbagai isu yang sebenarnya boleh diselesaikan oleh pegawai bawahan sahaja. Agaknya itulah yang dikatakan ‘High-Income Economy’ iaitu mesyuarat tiada penghujung dengan produktiviti dan efisiensipun entah ke mana!

Pun begitu, penulisan buku Haji Muda ke-2 masih perlahan. Banyak perkara yang perlu dilakukan di tempat baru, menumpang sementara dipinggiran dunia ini. Persediaan Kampung Akhirat masih banyak yang perlu ditingkatkan. Antara perkara yang melalaikan kita ialah bab sadaqah.

Pagi tadi, saya melakukan proses 3S bagi menambahkan lagi keceriaan bilik. Bahan-bahan yang tidak perlu saya masukkan dalam kotak untuk dibuang. Alatulis yang tidak boleh digunakan pula saya buangkan dalam bakul sampah. Seperti biasa, setiap pagi pencuci pejabat berbangsa India akan mengetuk bilik saya jam 9.30 pagi. Soalan rutin beliau ialah “Dr, nak mop bilik ke?” Dan jawapan biasa saya ialah “Ya, silakan.” Selepas melakukan tugas dan mengangkat kotak/sampah di bilik saya, perempuan India tua ini beredar dan meneruskan tugasnya yang lain.

Ketika saya menuju ke lif jam 11.00 pagi, perempuan tua ini sedang mengumpul semua pen/pensil yang saya buang dan mengelapnya. Beliau cuba menulis menggunakan setiap satu pen/pensil tersebut. Bila beliau melihat saya memerhatikannya, beliau berkata “Dr, pen dan pensil yang dibuang ini masih boleh pakai, kenapa Dr buang?” Saya menjawab “Ya boleh pakai tetapi tidak bagus dan kualitinya tidak baik.” Beliau lantas berkata,” Dr, saya ambillah untuk bagi anak-anak saya. Tentu mereka gembira dapat pen/pensil sebegini.” ALLAHUAKBAR! Tersentuh hati saya. Maksudnya, selama ini anak-anak beliau tidak memiliki perkara asas untuk belajar..?

Saya beristighfar panjang di dalam lif. Hati saya benar-benar tersentuh. Saya mohon ampun dari Ar-Rahim jika saya termasuk di dalam golongan insan yang tidak bersyukur dengan nikmatnya.

Di dalam hidup, kadang-kadang kita tidak sedar perlakuan diri. Kita menolak satu perkara atau benda semata-mata untuk memenuhi ‘ego needs’ atau ‘standard’ hidup yang kita tetapkan. Atau kita membeli perkara-perkara yang tidak perlu bagi memenuhi ‘standard kita’ sedangkan ramai lagi insan yang terpaksa membanting tulang untuk memenuhi ‘basic needs’.

Setelah urusan saya selesai di sebelah petang, saya kembali semula ke bilik dan mengambil hampir semua alatulis yang ‘ada standard’ untuk saya serahkan kepada perempuan tua ini. Biarpun orang tua ini bukan ISLAM, beliau adalah hamba ALLAH yang mempunyai hak untuk saya sempurnakan. Saya nyatakan kepada beliau “Ama, terima kasih kerana memberi saya sedikit pengalaman hidup hari ini.” Beliau terpinga-pinga dan tidak faham apa yang sedang berlaku sambil memegang alatulis baru ‘yang ada standard itu’ . Saya tegaskan, “Berikan alatulis ini kepada anak-anak kamu kerana mereka lebih memerlukan dari saya. Saya Cuma menumpang dipinggiran dunia High-Income Economy (HIE) ……..”

Tiada gunanya kita menuju HIE jika perkara asas inipun tidak mampu dibeli oleh warga marhain. Warga marhain Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dll masih memerlukan keperluan asas untuk hidup. Jika kita mampu membantu, menunjukkan akhlaq Islam dan membentuk keadilan Islam, nescaya ISLAM akan cepat subur di Negara tercinta ini.

Adakah ‘High-income economy’ bersandarkan kapitalis akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi orang kaya dengan golongan miskin?

Yang pasti, ALLAH YANG PEMURAH itu mahu Kita selalu membantu dan berkongsi kerana kita Cuma menumpang di pinggiran dunia ini. ….

Alhamdulilah & Terima kasih ALLAH kerana memberi saya pengalaman kecil yang bernilai tinggi. …

11 comments:

Zarea106 said...

Salam Dr,
Tersentuh membacanya. Sesuatu yang bukan keperluan kita adalah kepentingan bagi insan lain.

Naz Mohamed said...

Salam Dr,

Terkenang ketika kecil dulu, hampir semua benda di recyle. Baju, kasut alat tulis, buku dll berpindah dr kakak kpd adik2. Ketika susah, kita lebih menghargai dan bersyukur. Bila dh senang , kita mudah kufur (saya lah tu).

Intanterpilih said...

Dr,
tersentuh saya membacanya..terima kasih kerana berkongsi

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,
Pengalaman yang kecil tetapi memberikan pengajaran yg besar. Terima kasih Dr berkongsi cerita. Peringatan untuk diriku yang sering ALPA atau ada kemungkinan juga buat-buat ALPA. Semuga diri ini sentiasa menjadi insan yg bersyukur.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Dr Ridz,

Allahuakbar!

Benda yang remeh begini memberikan kita suatu nilai pengajaran yang tiada tandingan.
Semoga kita sentiasa muhasabah diri kita...semoga Allah SWT menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNYA.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

sering mengingatkan anak2 supaya bersyukurlah dgn sedikit kesenangan yg kita miliki.....

Terima kasih Dr,
Terima kasih ya Allah.....

Kak Nor.

rezeki said...

salam dr

hati saya benar2 tersentuh dgn peristiwa yg tuan alami

saya sering bermuhasabah diri agar sentiasa bersyukur dgn apa jua nikmat dan pemberian Allah, begitu juga dgn anak2 yg sering diperingatkan konsep bersyukur

H@nn@H said...

alhamdulillah
nampaknyer hijrah Dr membawa kpd kebaikan..
saya juga harap harapan saya utk berhijrah dimakbulkan Allah

KaklongWiduri said...

Ya Allah ampunkan hambamu ini...terima kaseh Dr membuat kan saya tersedar melalui pengalaman Dr.

ainhany said...

Salam Dr,

satu muhasabah buat diri..sejauh mana erti mmberi..

terimkasih ats perkongsian ni

rahibah said...

Tergerak untuk cari your blog bila nampak buku Haji Muda. Thanks Dr.Ridzwan. Very inspiring blog.