Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, December 30, 2010

Pressure is nothing More Than The Shadow Of Great Opportunity



Nota: Bila stress, pensilpun boleh patah...

Setiap kita melalui pengalaman menerima ‘tekanan’. Dalam seminggu dua ini ramai berjumpa atau menghantar email kepada saya bertanya mengenai ‘tekanan’. Tanpa saya sedari, ada seramai tidak kurang dari 8 pelajar PhD berinteraksi dengan saya melalui email berkaitan ‘tekanan PhD’ yang sedang mereka lalui. Mereka semua adalah orang pandai-pandai yang sedang berjuang menyiapkan tesis PhD di Australia, UK, USA dan dalam Negara. Hakikatnya, tekanan ini di alami oleh semua insan termasuk adik-adik kita yang pandai- pandai ini.

Soalannya siapa yang memberi tekanan itu? (Saya akan jawab pada entri lain).

Ringkasnya, Saya sebutkan kepada mereka bahawa

"pressure is nothing more than the shadow of great opportunity

Contohnya, jika anda tertekan, inilah masanya untuk anda meninggalkan urusan anda dan memeluk anak kecil, peluk suami/isteri, ayah atau ibu. Lebih tinggi nilai jika anda memeluk dan membaca Al-Qur’an. Lebih syahdu jika anda berada di gelombang sakinah di Dataran Kaabah atau dipinggir sakinah Ar-Raudah di Masjid Nabawi… Sudah tentu damai jiwa.

Dalam buku BPHT saya berkongsi bahawa tekanan yang kita lalui adalah proses yang ALLAH beri untuk kita ambil ‘break’. Jadikan tekanan sebagai satu usaha yang akan menghasilkan satu potensi peluang untuk menerokai perkara baru. Contohnya, melayan tekanan dengan menyendiri di bilik dalam rumah akan menambahkan lagi beban di kepala. Maka ambillah peluang ini untuk ke Masjid, mendengar kuliah agama atau bertemu dengan kawan-kawan atau mungkin menziarahi pakcik-makcik yang sedang uzur.

Pokoknya, usah dilayan tekanan tersebut dan tetapkan misi yang anda ingin capai. Kita lihat bagaimana anak-anak muda kita yang berusia 23 tahun mampu menepis tekanan, mengembalikan kegemilangan SuperMokh dan mengenggam Piala Suzuki biarpun gementar ketika di Stadium Bung Karno. Tahniah buat mereka! (Nota: Saya kagum dengan teamwork dan team-spirit mereka).

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SElamat Tahun Baru 2011 kepada semua pengunjung blog Haji Muda, dengan harapan tahun 2011 akan lebih cemerlang untuk kita semua.

Sekali lagi "pressure is nothing more than the shadow of great opportunity.”

Saturday, December 25, 2010

Hidup Bagai Bayang-Bayang


Kewajipan Menuntut Ilmu Tidak ada Batas Usia
Ilmu mampu memperbaiki Hati dan Fikiran
Ilmu juga menjemput izzah dan kemuliaan

Hidup di dunia ini
bagai memburu bayang-bayang yang bergerak
Makin dikejar, makin hampir senja....

Sesungguhnya hati dan jiwa yang tenang
mampu mendekatkan diri dengan Ilahi
persis sekeping hati
yang hampir dengan gelombang sakinah
di bumi Mekah dan Madinah

Petikan Buku Bila Pintu Hati Terbuka (sebahagian ekstrak).

Tuesday, December 21, 2010

Pulau Pinang


Alhamdulilah, saya sudah dua hari berada di Pulau Pinang. Sudah lama saya tidak ke sini. Secara kasarnya, Pulau Pinang berkembang dengan pesat dari sudut pembangunan. Bangunan tinggi, rumah mewah, hotel-hotel dan kenderaan juga semakin bertambah.

Di sebalik pembangunan fizikal ini, tiga perkara yang perlu diteliti bersama:-

1. Sebuah masjid yang saya pergi untuk solat Isya’ hanya mempunyai 7 orang jamaah. Mungkin masjid ini agak terpencil jadi tidaklah ramai jamaah.

2. Sukarnya saya menemui restoran-restoran melayu. Restoran-restoran Cina pula tumbuh macam cendawan. Restoran mamak nasi kandar pula yang dapat memberi saingan. Ke mana perginya peniaga-peniaga Melayu?

3. Banyak kawasan perumahan baru menjual rumah pada harga yang sangat tinggi. Adakah mampu Melayu membeli rumah berharga melebihi RM400 ribu?

20 tahun dahulu, saya difahamkan bahawa umat Islam Pulau Pinang mempunyai tanah wakaf terbesar di Malaysia. Secara rambang, di George Town dan pekan-pekan di Pulau ini, tidak kelihatan gahnya tanah-tanah milik orang Islam ini. Adakah tanah wakaf ini masih wujud? Jika ya, adakah ianya dibangunkan atau dibiarkan?

Hati ini terusik melihat kampong-kampung Melayu di Balik Pulau dsbnya yang kelihatan kebelakang dari sudut kemudahan dan pembangunan. Apa sahaja persepsi yang ada, Pertahankanlah hak Melayu ini dan usah dibiarkan generasi masa depan melarat atas kesilapan kita sekarang ini. Sejarah perlu di hayati supaya orang lain boleh menghormati satu bangsa yang hebat bernama Melayu ini. Usah dibuai dengan kemewahan sehingga kita perlu mengadaikan sesuatu harta. Lihat rakyat Palestin yang terpaksa bekerja keras dan bersabung nyawa mempertahankan tanah milik mereka yang di rampas Zionis Israel.


Wednesday, December 15, 2010

Terlalu Banyak Ingin Dikongsi

Foto: Stadium yang digunakan semasa Sukan Asia 2010


Ketika menyusuri Pearl Orient menaiki cruise disepanjang sungai Guangzhou, hati saya berkata-kata betapa HEBATNYA Pemilik alam ini. Saya sujud syukur kerana ALLAH memberi saya peluang ke Tanah Besar China. Nikmat perjalanan malam dengan cruise selama 1 jam 20 minit ini mengundang hati agar menghampiri Tuhan kerana cuaca dingin malam 18 darjah celcius amat mendamaikan.

Ya, Terlalu Banyak Ingin Saya Kongsi….

Saya juga cuba menghayati bagaimana pemuda bernama Saad Ibn Waqas sanggup berhijrah begitu jauh semata-mata untuk membawa risalah Islam ke Tanah Besar China. Cinta akan Madinah mampu dilupakan demi nur Islam yang istimewa itu.

Saya juga muhasabah diri sendiri. Mengapa saya memerlukan masa yang agak lama untuk menyiapkan buku Haji Muda #2 disebalik berbagai kemudahan yang ALLAH beri. Inilah antara cabaran berkongsi tulisan islami yang mungkin faktor lemahnya diri menjejaskan perjalanan manuskrip. Lagipun tidak ada siapa yang suruh saya siapkan buku ini atau sudi-sudi bertanya progress, so no pressure!

Yang nyata, terlalu banyak yang ingin saya kongsi di dalam blog. Perkongsian Guangzhou sahaja ada 8 siri. Ini tidak termasuk tulisan-tulisan berbentuk motivasi. Sementara penulisan Haji Muda #2 juga memerlukan kajian rapi yang memerlukan masa dan rujukan. Setakat ini ada 80 Bab yang sudah disusun. Secara logik, agak sukar untuk disiapkan menjelang 29 Muharram 1432H. Saya perlu kerja lebih kuat dari biasa.

“Ya ALLAH KAU berilah kekuatan, kesihatan dan semangat untuk hambaMu ini menyiapkan sebuah lagi buku Tips Haji & Umrah untuk manfaat ummah.” Amin!


Monday, December 13, 2010

Guangzhou #4 Amoi

Bila sebut Amoi, sudah tentu difikiran kita beralih mengenai wanita Cina yang cantik dan menawan. Itu adalah fitrah lelaki yang suka melihat wanita cantik. Ianya ditambah pula dengan media massa serta majalah-majalah mengenai mereka.

Ketika di Guangzhou dan Shenzen, saya bertanya isteri adakah dia perasan ramainya amoi-amoi di mana-mana sahaja kami pergi jika dibanding dengan lelaki. Bila kami sama-sama setuju, soalan yang sama saya tanyakan rakyat tempatan. Mereka mengakui nisbah amoi di China lebih tinggi. Ini menjadikan rakyat mereka didominasi oleh wanita dipelbagai sector dan di tempat-tempat awam. Jika ke kedai-kedai borong, setiap satu pekerja lelaki akan ada tiga amoi.

Kelmarin adalah hari bersejarah buat keluarga saya (isteri). Kami menyambut kelahiran baby amoi berdarah Guangzhou hasil perkahwinan antara adik isteri saya dengan seorang pemuda berdarah Cina berasal dari Guangzhou, Alif Lim Abdulah (Rakyat Malaysia). Alhamdulilah kami bersama-sama membantu Alif Lim memeluk Islam lebih kurang 2 tahun lalu. Banyak cabaran sebenarnya untuk membimbing dan menasihati seorang mualaf. Sikap adik ipar saya yang sentiasa positif memudahkan proses menguasai ilmu agama. Beliau kini komited mengikuti kelas pengajian asas fardu ain dan kelas IQRA’.

Foto: Sofiya bersama baby Nor Adreaane Alif Lim. Tahniah kepada Alif Lim Abdullah & Wani kerana dianugerahkan baby girl jam 2.30 petang 11 Dis 2010.

Juga, Tahniah ALIF Lim kerana sanggup ber HIJRAH menerima shahadah dan sentiasa peka dengan keperluan solat. Jadikan kisah Saad Ibn Waqas sebagai paksi hijrah agar kehidupan Alif Lim sentiasa di bawah naungan ALLAH.

Saturday, December 11, 2010

Guongzhou #3 Kisah HIJRAH Saad


Foto: Bergambar di hadapan Masjid Saad Ibn Waqas

Kita sepatutnya bersyukur kepada ALLAH kerana menerima Islam dengan mudah. Oleh kerana mudah, tidak ramai kita yang mampu menghargainya.


Foto: Maqam Sahabat yang bernama Saad Ibn Waqas. Ramai muslim hadir menziarahi maqam ini ketika kunjungan saya ke sini.

Hijrah Saad Ibn Waqas seharusnya menjemput isi hati kita untuk menilai betapa tingginya nilai Islam. Kisah Saad Ibn Waqas tidak banyak di bukukan. Di sekolah, silibus juga tidak mengajar betapa hebatnya 10 manusia yang dijanjikan Syurga oleh ALLAH. Hijrah Saad bukanlah mudah. Ianya mengundang emosi betapa sukarnya seseorang untuk berhijrah dan memeluk Islam. Bersandarkan sirah, Saad adalah pakcik kepada Rasululah s.a.w. dari keturunan sebelah ibu Baginda Aminah dari Bani Zuhrah. Ada riwayat mengatakan beliau menerima Islam ketika usia 17 tahun dan riwayat lain menyebut usia 20 tahun. Hakikatnya, beliau antara senarai 10 terawal memeluk Islam atas keinginan diri sendiri.

Kisah hijrah Saad bermula bila beliau bermimpi berjalan di dalam lorong kegelapan. Beliau tidak Nampak arah hendak dituju. Tiba-tiba bulan muncul di celah lorong. Lantas beliau menyusuri cahaya tersebut dan berjumpa dengan sumbar cahaya bulan. Beliau melihat beberapa orang Quraish berada di situ antaranya Zaid Ibn Harithah, Ali Ibn Talib dan Abu Bakar As-Siddiq. Beliau bertanya “Berapa lama anda semua berada di sini.” Mereka menjawab “Baru sebentar sahaja.”

Keesokkan harinya, beliau mengetahui bahawa nabi Muhammad s.a.w mengajak kepada Islam dengan cara tersembunyi. Beliau segera mendapatkan Rasululah s.a.w selepas Rasul s.a.w selesai solat Asar. Beliau terus mengucapkan shahadah di hadapan tiga insane yang beliau temui semasa mimpi.

Ujian buat Saad bermula bila mendapat tentangan keras terutama dari ibu, keluarga dan sukunya. Ibunya pula mengancam untuk membunuh diri. Selama beberapa hari, ibu Saad menolak makan dan minum sehingga kurus dan lemah. Meski dipujuk dan dibawakan makanan, namun ibunya tetap menolak dan hanya bersedia makan jika Saad kembali ke agama lamanya. Namun Saad berkata bahawa biarpun dia memiliki kecintaan yang sangat tinggi kepada ibunya, namun kecintaannya pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w jauh lebih besar.

Beliau berkata kepada ibu: “Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintai ibu. Tetapi aku lebih cinta kepada Allah dan Rasul. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari Islam) sungguh aku tidak akan meninggalkan agamaku kerananya.”

Tatkala ibu Saad melihat Saad bersungguh-sungguh dengan ucapannya, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan sekalipun dengan perasaan terpaksa.

Maha Suci ALLAH….

Jiwa HEBAT Saad Ibn Waqas kemudiannya disokong oleh AL-Qur’an dengan wahyu disampaikan kepada Rasululah s.a.w

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Akulah tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. Luqman : 14-15)


Foto: Telaga Berusia 1300 Tahun di Masjid Saad Ibn Waqas

Kisah Hijrah Saad boleh diaplikasikan jika kita mempunyai prospek bukan muslim yang mahu menerima Islam. Dengan lain perkataan, memasuki Islam tidak bererti ibubapa dipinggir, adat dan budaya ditinggalkan, bahasa ibunda dilupa dan ikatan kekeluargaan tercicir.

Islam adalah agama fitrah yang diturunkan untuk sekelian alam. Kita semaklah diri kita apakah sambutan rutin tahunan Hijrah memberi impak kepada komitmen kita kepada Ad-Din Islam? Jika YA, ALhamdulilah. JIka TIDAK, mengapa jadi begitu..?


Tuesday, December 7, 2010

Goungzhou #2 Salam Hijrah

Foto: Di Pintu masuk Masjid dan Makam Saad Ibn Waqas di bumi Ghougzhou China

Alhamdulilah di kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua "Selamat Menyambut Tahun Hijrah 1432" moga ALLAH murahkan rezeki, bertambah iman dan diberi kesihatan terbaik/panjang umur untuk terus berbakti kepada keluarga dan masyarakat. AMIN!

(Nota: Bila rezeki murah, bolehlah ikut saya mencari pengalaman dan ilmu dengan menziarahi tempat menarik bersandarkan sejarah Islam).

Tahun baru ini saya menyambut Tahun Baru Hijrah di bumi RRC untuk menghayati mengapa sahabat yang bernama Saad Ibn Waqas ini perlu berhijrah ke Tanah Besar China.

Apakah kita mampu berhijrah dengan semangat HIJRAH yang di bawa oleh Saad Ibn Waqas ini?

Guongzhou #1

Pemandangan dari Hotel - Tower di Pusat Bandar Goungzhou

Alhamdulilah saya telah selamat kembali ke tanahair setelah berada di Republik Rakyat China kerana ada urusan disamping membawa keluarga bercuti.


Di Airport Baiyun Ghougzhou

Pengalaman selama 5 hari berada di RRC adalah satu perjalanan yang menyeronokkan kerana di setiap perjalanan ALLAH memberi saya ilmu yang berbeza.

InsyaALLAH saya akan berkongsi di entri yang akan datang khususnya yang berkaitan dengan muslim China, Masjid (solat JUmaat di masjid utama Goungzhou), kisah seorang sahabat RAsul s.a.w yang bersemadi di Goungzhou dan beberapa tips untuk anda yang berhajat ke sana.

Wednesday, December 1, 2010

Seronoknya Haji

Haji adalah perjalanan yang menyeronokkan.

Ramai kawan-kawan saya telah pulang dari Mekah. Mereka kelihatan ceria biarpun keletihan. Berbagai cerita ingin mereka kongsi.

Rakan-rakan yang masih berada di Mekah dan Madinah pula melompat keseronokkan kerana peluang untuk tawaf dan solat sehampir dengan Kaabah kelihatan lebih mudah dan laluan Raudah Nampak melegakan.

Ramai juga berbicara akan cabaran dan dugaan yang telah mereka tempohi. Ada yang mudah dan ada yang sukar.

Cabaran paska Haji lebih getir kerana kita berada dipersekitaran di luar Tanah Haram. Di sinilah bermulanya ujian besar kerana kita akan dinilai dengan mata kasar oleh rakan, saudara mara dan mungkin juga musuh. Mata-mata mereka akan cuba mengintai peluang untuk dijadikan ukuran nafsu. Biarlah mereka dengan nafsu negative itu. Cuba Tanya dalam diri perkara berikut:-

Adakah seseorang Haji/Hajjah mampu mempertahankan amalan rutin di Tanah Suci?

Mampukah kita bangun setiap malam untuk Tahajud?

Mampukah kita membaca Qur’an secara konsisten seperti kita amalkan di Tanah Suci?

Bagaimana tahap kesabaran kita jika dibandingkan dengan sebelum mendapat Haji/Hajjah?

Tip berikut mungkin bermanfaat:-

  • Mulakan dengan istiqamah solat berjamaah di Masjid.

  • Konsisten menghadiri majlis ilmu di Masjid/surau

  • Semak kembali amalan Haji yang masih belum lengkap atau belum memuaskan. Rancang pembaikan ke atas amalan tersebut.

  • Banyakkan bersadaqah

Wallah'alam