Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, December 30, 2010

Pressure is nothing More Than The Shadow Of Great Opportunity



Nota: Bila stress, pensilpun boleh patah...

Setiap kita melalui pengalaman menerima ‘tekanan’. Dalam seminggu dua ini ramai berjumpa atau menghantar email kepada saya bertanya mengenai ‘tekanan’. Tanpa saya sedari, ada seramai tidak kurang dari 8 pelajar PhD berinteraksi dengan saya melalui email berkaitan ‘tekanan PhD’ yang sedang mereka lalui. Mereka semua adalah orang pandai-pandai yang sedang berjuang menyiapkan tesis PhD di Australia, UK, USA dan dalam Negara. Hakikatnya, tekanan ini di alami oleh semua insan termasuk adik-adik kita yang pandai- pandai ini.

Soalannya siapa yang memberi tekanan itu? (Saya akan jawab pada entri lain).

Ringkasnya, Saya sebutkan kepada mereka bahawa

"pressure is nothing more than the shadow of great opportunity

Contohnya, jika anda tertekan, inilah masanya untuk anda meninggalkan urusan anda dan memeluk anak kecil, peluk suami/isteri, ayah atau ibu. Lebih tinggi nilai jika anda memeluk dan membaca Al-Qur’an. Lebih syahdu jika anda berada di gelombang sakinah di Dataran Kaabah atau dipinggir sakinah Ar-Raudah di Masjid Nabawi… Sudah tentu damai jiwa.

Dalam buku BPHT saya berkongsi bahawa tekanan yang kita lalui adalah proses yang ALLAH beri untuk kita ambil ‘break’. Jadikan tekanan sebagai satu usaha yang akan menghasilkan satu potensi peluang untuk menerokai perkara baru. Contohnya, melayan tekanan dengan menyendiri di bilik dalam rumah akan menambahkan lagi beban di kepala. Maka ambillah peluang ini untuk ke Masjid, mendengar kuliah agama atau bertemu dengan kawan-kawan atau mungkin menziarahi pakcik-makcik yang sedang uzur.

Pokoknya, usah dilayan tekanan tersebut dan tetapkan misi yang anda ingin capai. Kita lihat bagaimana anak-anak muda kita yang berusia 23 tahun mampu menepis tekanan, mengembalikan kegemilangan SuperMokh dan mengenggam Piala Suzuki biarpun gementar ketika di Stadium Bung Karno. Tahniah buat mereka! (Nota: Saya kagum dengan teamwork dan team-spirit mereka).

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SElamat Tahun Baru 2011 kepada semua pengunjung blog Haji Muda, dengan harapan tahun 2011 akan lebih cemerlang untuk kita semua.

Sekali lagi "pressure is nothing more than the shadow of great opportunity.”

2 comments:

Anonymous said...

salam Dr,
quote yang membina semula keyakinan saya yang memang tengah pressure dgn kerja. Rupa2nya ramai yang berada dalam tekanan dalam dunia ni..terima kasih Dr.Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.

haji muda said...

Assalam anonymous,
Moga ALLAH mengilhamkan kita sesuatu yg terbaik utk tahun 2011.