Ketika menyusuri Pearl Orient menaiki cruise disepanjang sungai Guangzhou, hati saya berkata-kata betapa HEBATNYA Pemilik alam ini. Saya sujud syukur kerana ALLAH memberi saya peluang ke Tanah Besar China. Nikmat perjalanan malam dengan cruise selama 1 jam 20 minit ini mengundang hati agar menghampiri Tuhan kerana cuaca dingin malam 18 darjah celcius amat mendamaikan.
Saya juga cuba menghayati bagaimana pemuda bernama Saad Ibn Waqas sanggup berhijrah begitu jauh semata-mata untuk membawa risalah Islam ke Tanah Besar China. Cinta akan Madinah mampu dilupakan demi nur Islam yang istimewa itu.
Yang nyata, terlalu banyak yang ingin saya kongsi di dalam blog. Perkongsian Guangzhou sahaja ada 8 siri. Ini tidak termasuk tulisan-tulisan berbentuk motivasi. Sementara penulisan Haji Muda #2 juga memerlukan kajian rapi yang memerlukan masa dan rujukan. Setakat ini ada 80 Bab yang sudah disusun. Secara logik, agak sukar untuk disiapkan menjelang 29 Muharram 1432H. Saya perlu kerja lebih kuat dari biasa.
“Ya ALLAH KAU berilah kekuatan, kesihatan dan semangat untuk hambaMu ini menyiapkan sebuah lagi buku Tips Haji & Umrah untuk manfaat ummah.” Amin!
4 comments:
Assalamualaikum Dr,
InsyaAllah! Didoakan Dr dan Famili sentiasa dalam lindunganNya.....
Kak Nor.
Aslkm Tuan Hj Muda
hehe tkasih bertandang.
Buku baru tu menariklah layoutnya, insyALLAH nak beli.
Moga tuan terus menulis.
Salam Kak Nor,
Terima kasih dgn doa
Salam mamaju,
InsyaALLAH akan cuba disiapkan secepat mungkin.
Post a Comment