Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, December 13, 2010

Guangzhou #4 Amoi

Bila sebut Amoi, sudah tentu difikiran kita beralih mengenai wanita Cina yang cantik dan menawan. Itu adalah fitrah lelaki yang suka melihat wanita cantik. Ianya ditambah pula dengan media massa serta majalah-majalah mengenai mereka.

Ketika di Guangzhou dan Shenzen, saya bertanya isteri adakah dia perasan ramainya amoi-amoi di mana-mana sahaja kami pergi jika dibanding dengan lelaki. Bila kami sama-sama setuju, soalan yang sama saya tanyakan rakyat tempatan. Mereka mengakui nisbah amoi di China lebih tinggi. Ini menjadikan rakyat mereka didominasi oleh wanita dipelbagai sector dan di tempat-tempat awam. Jika ke kedai-kedai borong, setiap satu pekerja lelaki akan ada tiga amoi.

Kelmarin adalah hari bersejarah buat keluarga saya (isteri). Kami menyambut kelahiran baby amoi berdarah Guangzhou hasil perkahwinan antara adik isteri saya dengan seorang pemuda berdarah Cina berasal dari Guangzhou, Alif Lim Abdulah (Rakyat Malaysia). Alhamdulilah kami bersama-sama membantu Alif Lim memeluk Islam lebih kurang 2 tahun lalu. Banyak cabaran sebenarnya untuk membimbing dan menasihati seorang mualaf. Sikap adik ipar saya yang sentiasa positif memudahkan proses menguasai ilmu agama. Beliau kini komited mengikuti kelas pengajian asas fardu ain dan kelas IQRA’.

Foto: Sofiya bersama baby Nor Adreaane Alif Lim. Tahniah kepada Alif Lim Abdullah & Wani kerana dianugerahkan baby girl jam 2.30 petang 11 Dis 2010.

Juga, Tahniah ALIF Lim kerana sanggup ber HIJRAH menerima shahadah dan sentiasa peka dengan keperluan solat. Jadikan kisah Saad Ibn Waqas sebagai paksi hijrah agar kehidupan Alif Lim sentiasa di bawah naungan ALLAH.

2 comments:

rezeki said...

salam dr

tahniah buat kedua2 ibubapa Nor Adreaane Alif Lim . Didiklah dgn penuh kasih sayang demi kebahagian dunia dan akhirat


tahniah juga buat dan dan isteri krn berjaya menambah dan membimbing seorn saudara islam yg baru dgn izin Allah jua

mamawana said...

Alhamdullilah. syukur dan tahniah atas kelahiran baby comel Adreaane.