Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, December 11, 2010

Guongzhou #3 Kisah HIJRAH Saad


Foto: Bergambar di hadapan Masjid Saad Ibn Waqas

Kita sepatutnya bersyukur kepada ALLAH kerana menerima Islam dengan mudah. Oleh kerana mudah, tidak ramai kita yang mampu menghargainya.


Foto: Maqam Sahabat yang bernama Saad Ibn Waqas. Ramai muslim hadir menziarahi maqam ini ketika kunjungan saya ke sini.

Hijrah Saad Ibn Waqas seharusnya menjemput isi hati kita untuk menilai betapa tingginya nilai Islam. Kisah Saad Ibn Waqas tidak banyak di bukukan. Di sekolah, silibus juga tidak mengajar betapa hebatnya 10 manusia yang dijanjikan Syurga oleh ALLAH. Hijrah Saad bukanlah mudah. Ianya mengundang emosi betapa sukarnya seseorang untuk berhijrah dan memeluk Islam. Bersandarkan sirah, Saad adalah pakcik kepada Rasululah s.a.w. dari keturunan sebelah ibu Baginda Aminah dari Bani Zuhrah. Ada riwayat mengatakan beliau menerima Islam ketika usia 17 tahun dan riwayat lain menyebut usia 20 tahun. Hakikatnya, beliau antara senarai 10 terawal memeluk Islam atas keinginan diri sendiri.

Kisah hijrah Saad bermula bila beliau bermimpi berjalan di dalam lorong kegelapan. Beliau tidak Nampak arah hendak dituju. Tiba-tiba bulan muncul di celah lorong. Lantas beliau menyusuri cahaya tersebut dan berjumpa dengan sumbar cahaya bulan. Beliau melihat beberapa orang Quraish berada di situ antaranya Zaid Ibn Harithah, Ali Ibn Talib dan Abu Bakar As-Siddiq. Beliau bertanya “Berapa lama anda semua berada di sini.” Mereka menjawab “Baru sebentar sahaja.”

Keesokkan harinya, beliau mengetahui bahawa nabi Muhammad s.a.w mengajak kepada Islam dengan cara tersembunyi. Beliau segera mendapatkan Rasululah s.a.w selepas Rasul s.a.w selesai solat Asar. Beliau terus mengucapkan shahadah di hadapan tiga insane yang beliau temui semasa mimpi.

Ujian buat Saad bermula bila mendapat tentangan keras terutama dari ibu, keluarga dan sukunya. Ibunya pula mengancam untuk membunuh diri. Selama beberapa hari, ibu Saad menolak makan dan minum sehingga kurus dan lemah. Meski dipujuk dan dibawakan makanan, namun ibunya tetap menolak dan hanya bersedia makan jika Saad kembali ke agama lamanya. Namun Saad berkata bahawa biarpun dia memiliki kecintaan yang sangat tinggi kepada ibunya, namun kecintaannya pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w jauh lebih besar.

Beliau berkata kepada ibu: “Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintai ibu. Tetapi aku lebih cinta kepada Allah dan Rasul. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari Islam) sungguh aku tidak akan meninggalkan agamaku kerananya.”

Tatkala ibu Saad melihat Saad bersungguh-sungguh dengan ucapannya, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan sekalipun dengan perasaan terpaksa.

Maha Suci ALLAH….

Jiwa HEBAT Saad Ibn Waqas kemudiannya disokong oleh AL-Qur’an dengan wahyu disampaikan kepada Rasululah s.a.w

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Akulah tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. Luqman : 14-15)


Foto: Telaga Berusia 1300 Tahun di Masjid Saad Ibn Waqas

Kisah Hijrah Saad boleh diaplikasikan jika kita mempunyai prospek bukan muslim yang mahu menerima Islam. Dengan lain perkataan, memasuki Islam tidak bererti ibubapa dipinggir, adat dan budaya ditinggalkan, bahasa ibunda dilupa dan ikatan kekeluargaan tercicir.

Islam adalah agama fitrah yang diturunkan untuk sekelian alam. Kita semaklah diri kita apakah sambutan rutin tahunan Hijrah memberi impak kepada komitmen kita kepada Ad-Din Islam? Jika YA, ALhamdulilah. JIka TIDAK, mengapa jadi begitu..?


1 comment:

rosli said...

Salam DR,

Bestnya dapat bekerja sambil melawat Negeri China bersama keluarga.

Saya terasa 'kehilangan'you, skrg kalau minum pagi kekadang tercari2 you. Hope one day boleh join you di Cyberjaya....dah penat bermain politik....saya dah tak lalu...nak cari tmpt kerja yang tak jem dan betul2 kerja dan tidak perlu jadi hipokrit.