Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, December 21, 2010

Pulau Pinang


Alhamdulilah, saya sudah dua hari berada di Pulau Pinang. Sudah lama saya tidak ke sini. Secara kasarnya, Pulau Pinang berkembang dengan pesat dari sudut pembangunan. Bangunan tinggi, rumah mewah, hotel-hotel dan kenderaan juga semakin bertambah.

Di sebalik pembangunan fizikal ini, tiga perkara yang perlu diteliti bersama:-

1. Sebuah masjid yang saya pergi untuk solat Isya’ hanya mempunyai 7 orang jamaah. Mungkin masjid ini agak terpencil jadi tidaklah ramai jamaah.

2. Sukarnya saya menemui restoran-restoran melayu. Restoran-restoran Cina pula tumbuh macam cendawan. Restoran mamak nasi kandar pula yang dapat memberi saingan. Ke mana perginya peniaga-peniaga Melayu?

3. Banyak kawasan perumahan baru menjual rumah pada harga yang sangat tinggi. Adakah mampu Melayu membeli rumah berharga melebihi RM400 ribu?

20 tahun dahulu, saya difahamkan bahawa umat Islam Pulau Pinang mempunyai tanah wakaf terbesar di Malaysia. Secara rambang, di George Town dan pekan-pekan di Pulau ini, tidak kelihatan gahnya tanah-tanah milik orang Islam ini. Adakah tanah wakaf ini masih wujud? Jika ya, adakah ianya dibangunkan atau dibiarkan?

Hati ini terusik melihat kampong-kampung Melayu di Balik Pulau dsbnya yang kelihatan kebelakang dari sudut kemudahan dan pembangunan. Apa sahaja persepsi yang ada, Pertahankanlah hak Melayu ini dan usah dibiarkan generasi masa depan melarat atas kesilapan kita sekarang ini. Sejarah perlu di hayati supaya orang lain boleh menghormati satu bangsa yang hebat bernama Melayu ini. Usah dibuai dengan kemewahan sehingga kita perlu mengadaikan sesuatu harta. Lihat rakyat Palestin yang terpaksa bekerja keras dan bersabung nyawa mempertahankan tanah milik mereka yang di rampas Zionis Israel.


2 comments:

Anonymous said...

salam Dr,
saya setuju dgn Dr, jangan disebabkan mengejar pembangunan, nasib orang melayu tergadai, jangan disebabkan mengejar keuntungan untuk pihak2 tertentu kebajikan bangsa di abai. Buatlah sesuatu sebelum bangsa melayu terus tenggelam ditelan ombak pantai batu ferringhi.

haji muda said...

salam anonymous,
insyaALLAH kita usahakan sama2