
Pagi tadi saya  membaca akhbar berbahasa Inggeris yang menyentuh  mengenai  pernyataan maaf seorang peguam yang  mempertikaikan Azan di sebuah MAsjid di KL.  Yang menariknya, beliau  menyatakan bahawa beliau tidak  tahu perbezaan antara azan dan ceramah.
Dari sudut negatif, kita boleh sebut begini,
“HAi,  dah lebih 50 tahun merdeka, peguam pulak tu tak tahu apa itu azan?  Tidak pernah bercampur dengan orang Islam ke?  Kalau kami Islam Melayu boleh respect dan bertolak-ansur dengan  agama dan budaya kamu, mengapa kamu kelihatan bodoh tidak tahu agama dan budaya kami?”
Dari sudut muhasabah pula, KITA sebenarnya sudah GAGAL.  Lebih 50 tahun merdeka, sistem pendidikan kita gagal melahirkan peguam yang berhati mulia.  Sistem pendidikan berteraskan rasis dan meluasnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan berteraskan kaum, tidak  mendatangkan kebaikan kepada Malaysia.  Sistem pendidikan kita Nampak pincang kerana  50 tahun  berlalu masyarakat bukan Islam masih tak mengerti Islam dan budayanya.  Kita pula kadang-kadang suka menghukum dari mendidik. Orang-orang kita pula menambah cuka kepada  berlian yang Islam keluarkan.  Ulama pula tidak diangkat tinggi. 
Zaman saya sekolah di kampong dahulu, rakan-rakan Cina dan India sangat rapat. Kami hormat-menghormati.  Kami juga  baca novel interlok  walaupun dalam aliran Sains.  Kami tidak pula panggil kawan India kami  “paria” walaupun  baca Interlok.  Kawan Cina pula sama-sama join kelas tulisan jawi.  Belajar tulisan jawi bukan maksudnya belajar Islam  atau untuk masuk Islam.  
Jika tahun 70an dan 80an dahulu kami boleh bersama, hormat-menghormati dan berkongsi budaya bagi membentuk masyarakat Malaysia, mengapa generasi kini agak  kurang ajar dan tidak menghormati  sifat akomodatif Islam-Melayu?  
Dari sudut  menghormati hak orang lain pula, Masjid perlulah  melaksanakan  ciri-ciri masyarakat Madinah.  Ada sesetengah masjid  menggunakan  pembesar suara setiap kali ceramah Maghrib atau Kuliah subuh dilaksanakan.   Lebih mendukacitakan  volum  pembesar suara pula ditahap maksimum. Ianya tidak perlu jika kariah kita  mempunyai rakan-rakan bukan Islam.  Kita perlu menghornati hak mereka untuk berehat selepas pulang dari kerja.  Jika kariah kita 100% muslim pun, kita perlu menghormati  hak mereka untuk bersama keluarga.  JIka  Azan tidak mengapalah menggunakan volum maksimum  kerana ianya adalah syiar  dan perlunya mengajak kariah berjamaah di MAsjid. 
Kita perlu belajar untuk mendidik  dari menghukum. 
 
 
 
4 comments:
@ Cina pula sama-sama join kelas tulisan jawi.
-
Semarak Jawi untuk semua.
betul Dr..kita lebih emosional & bersemangat namun tidak berdasarkan ilmu & fakta..fikir2..
Salam AzizMostafa,
Hidupkan kembali tulisan jawi!
Salam Afnan,
Banyak lagi kerja kena buat. InsyaALLAH sama2 usahakan.
Post a Comment