Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, January 13, 2011

Give Up!


Pernahkan anda give up dalam hidup atau apa yang anda usahakan?

Saya yakin jawapannya ialah “Ya”.

Mungkin satu ketika dulu kita give up dengan cikgu, kawan-kawan, boyfriend/girl friend, rakan sekelas, bos yang banyak kerenah, bos yang pentingkan diri sendiri, give up dengan golongan bodoh sombong atau mungkin juga hilangnya keyakinan dengan hidup.

Baru-baru ini seorang hamba ALLAH berbangsa Iran bertemu saya meluahkan persoalan hidup. Ungkapan beliau “I want to pack my things and go back to Iran.”

Wah! Saya fikirkan bangsa Parsi/Iran tahan lasak. Rupanya lebih kurang sahaja dengan kita. Saya berkongsi dengan beliau bahawa satu ketika dahulu empayar Parsi adalah satu empayar yang gagah dan disegani. Mereka mampu menguasai kawasan yang luas kerana nafsu. Namun Islam memimpin nafsu itu dengan jalan Rabbani. Itulah kelebihan generasi pertama Qur’an yang lebih gagah dari empayar Parsi. Mereka ada Qur’an dalam diri. Mereka terjemahkan Qur’an dalam perbuatan, perkataan dan amalan sehingga empayar gagah mampu dijinakkan.

Saya katakan kepada hamba ALLAH ini, “There is no such word as Give Up in Islam”.

Bila kita mempunyai misi dan impian, terseliuh diperjalanan adalah perkara biasa. Teruskan menapak biar apa sekalipun masyarakat sekeliling ingin katakan. Ramai insan disekeliling kita yang akan bawa kita ke bawah. Ada juga yang akan kata “mustahil untuk mencapai sasaran tersebut”. Atau perkataan biasa "Kalau dah terseliuh tu, tak payahlah hendak kejar sasaran".

Nota ringkas saya,- Tolak tepi apa orang hendak cakap asalkan kita yakin kita melakukan perkara terbaik untuk diri sendiri dan tidak membelakangkan Qur’an dan Sunnah.

Don’t let anyone destroy your dreams…..Take Charge!


6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Dr. Ridzwan,

Mulut kita memang ada kala hendak melawan tak mahu give-up tapi hati susah nak dipujuk. Especially bila dan berkali-kali....

Farra Da Smiley said...

give up juga kalau kadang-kala kene buat sesuatu yg sy rasa takde impact/benefit kpd pelanggan

haji muda said...

Salam Kak Zie,
Lawan jangan tak lawan!

haji muda said...

Salam Farra,
Saya rasa saya faham dengan lengok bahasa tu..Jika tak de impak, kenapa perlu buat ye...?

Zarea106 said...

Salam Dr,
Sebagai partime student sy selalu rasa give up bila sesuatu jadi complicated, tapi akan pudar bila fikir kenapa org lain boleh buat dan sy mungkin ada kekurangan tapi saya boleh berusaha. Insyaallah.

Shida said...

Selalu juga rasa give up tapi hidup perlu diteruskan.