 Sujud kepada ALLAH  di Masjid Nabawi  mempunyai  nilai tinggi...
                                   Sujud kepada ALLAH  di Masjid Nabawi  mempunyai  nilai tinggi...
InsyaALLAH dan Alhamdulilah  saya akan berangkat  ke Tanah Suci   petang ini 18hb Ogos 2011  bagi mengisi  Rindu  akan Madinah dan Mekah.  Bukan setakat rindu Baitullah, tetapi  sangat merindui  raudah, ketenangan Madinah  dan  hebatnya  Qiam di Mekah.  
Jadual perjalanan saya kali ini agak padat.  Saya turut menerima jemputan dari  dua warga Saudi penduduk  Madinah dan   seorang warga  Arab Saudi di Mekah. InsyaALLAH akan bertemu juga dengan sahabat saya dari Morocco, Iran  dan  Indonesia.   Moga ALLAH memberi saya ilmu dan pengalaman yang lebih bermakna  bagi perjalanan yang agak padat ini.  
Sekiranya anda juga berada di Tanah Suci dan  terserempak dengan saya di  Jeddah, Madinah atau Mekah,  mohon tegur saya.  Kita mungkin boleh bersembang panjang  serta bertukar-tukar pandangan.  Boleh juga  minum malam selepas  tarawikh.  Ianya adalah saat manis yang saya nanti-nantikan.
 
 
 
9 comments:
salam dr
alhamdulillah, selamat berangkat
doa saya buat dr agar sentiasa dalam perlindungan Allah dan kerahmatannya
insyallah
kalau tak keberatan, minta sampaikan salam buat junjungan besar kita dan doa2kan kami di sini agar dijemput lagi menjadi tetamunya
Dr,
Slmt berangkat dan moga mendapat umrah yang mabror.Ameen
Dear Dr. Bakar
Asalamualaykum
Please remember me in you prayers.
Regards
Assalamualaikun dr,
Selamat berangkat dan semoga dipermudahkan segala urusan.
Assalam Dr,
Semoga mendapat umrah yang mabrur.
Mohon doakan masa di Madinah (di Raudah) dan di Mekah di tempat tempat mustajab untuk ibu saya semoga tahan menghadapi hari hari seterusnya setelah ayah pergi buat selama2 nya.
Dan mohon doa agar saya dapat membawa beliau menunaikan umrah dalam tahun ini, insya Allah.
AJ
salaam Dr,
semoga perjalanan Dr diberkati dirahmati, dilindungi dan di permudahkan..semoga kita sama2 bertemu dgn malam yang penuh kemuliaan alqadr...aminn..
Salam Dr Ridz,
Saat ini Dr Ridz telah pun berada di Suci...alhamdulillah..
Teruja yang amat bila berada di bulan Ramadhan ni, dpt berpuasa serta melakukan amalan2 yang lain.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Dr di sana.
Dr, Semoga tenang dalam beribadah. Amin
Terima kasih dr.
dr tidak mengenali saya....tetapi saya baru nak mengenali dr melalui buku ini..... saya baru menghabiskan membacanya sepanjang bulan puasa...dan mengulang2 bab tertentu.... rasa indah..... insya Allah saya telah merayu utk pergimenunaikan HJI...moga rayuan saya telah diterima Allah.....
Bila saya membaca buku dr.... ada satu rasa mengukuhkan keimanan saya pada penciptanya... satu muhasabah diri yg menghibakan.... terima kasih ya....moga Tuhan memberkati dr.... amin.
Post a Comment