Alhamdulilah dengan izin ALLAH saya dapat bertemu dengan rakan (pasangan bahagia) Haji Badrul dan Hajjah Haliza.  Mereka adalah kenalan lama dimana jalinan ukhuwah semestinya penting bagi saya (kami).
Makan malam di Restoran Arab  Shah Alam  ini mengingatkan kami akan  suasana Tanah Suci.  Jalinan cinta dan kasih sayang manusia begitu intim di persekitaran Rumah ALLAH, justeru  suasana yang sama juga perlu dipupuk di Tanahair.
Yang penting, diskusi kami berkisar  sekitar  isu perjalanan kehidupan  dan perlunya satu wawasan  baru dalam hidup.  'Refreshing mission'  perlu sentiasa diperkemaskan supaya hidup kita terarah  dan masa kehidupan  yang  sedikit ini  dapat kita manfaatkan. 
Di akhir pertemuan,  satu resolusi kecil dapat kami  tiupkan baranya  agar kami berusaha ke arah resolusi ini.  Ketika di parking kereta, mereka bertanya saya samada  tahun 2012 saya ke Mekah lagi.  
Maka saya katakan dengan happynya, "InsyaALLAH MAc 2012 (jika ada rezeki)".   
Tambah mereka, "Boleh kami  ikut ?".  
Saya katakan,  "Yes welcome!, InsyaALLAH, setakat ini hampir 12 orang berhasrat untuk ikut saya. Boleh bincang."  
Hakikatnya, hati saya gembira malam tadi kerana satu jalinan ukhuwah dapat dilakukan dan moga pertemuan kelmarin diberkati ALLAH.
 
 
 
10 comments:
salam dr
alhamdulillah
ukhwah sesama islam dan ummah sedia terjalin
insyallah
Assalam Dr,
Bestnya! Kami dari negri "Abode of Peace" boleh ikut ke?
AJ
Terima kasih dari kami kerana sanggup meluangkan masa yang berharga buat kami berdua. Semoga dapat berjumpa lagi .
Assalamualaikum Dr,
Boleh saya saya tahu tarikh serta maklumat yg lain? Jika ada rezeki, saya ingin ikut. Harap Dr boleh emel maklumat lanjut ke emel saya k. Jzakallah
Habibah MS
Assalam Dr,
Doa Moga Allah meningkatkan kekuatan dan kesihatan Dr untuk terus memimpin Jemaah Umrah dan Haji sambil berkongsi pengelaman Ameen... Saya amat berbangga dan bersyukur pada Allah kerana dipertemukan walaupun memlalui buku2 dr dan entry Haji Muda. Saya berdoa moga banyak lagi pemuda-pemuda dapat mengikuti jejak Dr dalam memperkembangkan syiar Islam.
Beberapa buah Buku Bila Pintu Hati Terbuka saya hadiahkan kepada siswa yang melanjutkan ke PHD...
Doa moga kongsi pengelaman Dr ini akan dapat dimanafatkan dan menjadi panduan dalam meraih kebahagian dunia dan akhirat.
Salam hormat
Kamarjhan - Brunei Darussalam
Assalam AJ,
InsyaALLAh boleh
Assalam Bad,
Thanks for the dinner.
Assalam Cik Pn Habibah,
Mohon email saya tigeridz@gmail.com atau sms saya no hp ke 019-262 8585.
Nanti kita bincang.
Assalam Kamarjhan,
Terima kasih dgn sokongan. InsyaALLAH jika saya ke Brunei saya akan contact.
TQ
Alhamdulillah, seronok dapat dengar kabar baik dari rakan pejabat lama.. :D
Post a Comment