
Kemuncak haji kian hampir dengan kita.  Mereka yang terpilih  menjadi Tetamu ALLAH  sudah tentu tidak sabar-sabar  untuk melangkah  menuju Haji mabrur- ganjarannya Syurga. Mereka yang tidak terpilih, merasa dukacita.  Dengar khabar, ribuan jamaah sudah membuat  rayuan ke TH  untuk  mengisi kuota tambahan jika ada.
Semalam selepas solat isya', saya 'melepak' sebentar di restoran mamak.  Sudah lebih sebulan tidak menikmati  roti canai dan teh tarik.  Itulah dia orang Malaysia....  Peluang mendapatkan roti dan teh di Mekah/Madinah  agak  terpinggir  kerana manusia berebut membeli makanan  dan siang pula berpuasa.  Ketika melepak di restoran malam tadi, saya terdengar  luahan hamba ALLAH yang sedang  bersembang.  Katanya;
"AKu tanya pejabat Tabung Haji, kalau aku register hari ini, bila boleh pergi Haji?"   
Maka saya terdengar  keluhan,  "Tahun 2038!  Lepas siling tahun pencen aku...Silap-silap wang EPFpun dah habis masa tu...."
Di sudut lain pula, ada hamba ALLAH  menyapa saya dan bertanya, "Dr, ada conduct  tuisyen Haji/Umrah?"  
"....Haa! tuisyen haji/umrah..?"   Terkejut saya mendengar perkataan 'tuisyen'.
Soalan tuisyen Haji/Umrah telah lama diajukan kepada saya.  Biasanya jawapan saya adalah "Carilah pakar-pakar Haji atau ustaz2. Mereka lebih layak membicarakannya. Jika tidak jumpa  atau ustaz-ustaz yang semakin 'demand fulus'  barulah cari saya."
" Jika kami jemput Dr, berapa hendak bayar?"  Allahu akbar!  Itulah istilah tuisyen.... tuisyen dikaitkan dengan  fulus.  
Pendek cerita, saya pernah dijemput individu-individu  tertentu untuk buat "tuisyen haji-umrah"  untuk ahli keluarga mereka. Ianya agak eksklusif  kerana pesertanya agak sedikit dan lebih fokus.  Golongan ini  terdiri dari  golongan elit pertengahan yang tiada masa tetapi mempunyai  wang.  Sesinya pula tidak seperti  ceramah korporat, tazkirah di masjid, atau khutbah jumaat.  Ianya bersifat  interaktif  dan fokus. 
Yang penting bagi saya, tidak kira haji atau umrah  I will always lending my hand, InsyaALLAH.
"Ilmu boleh baca dalam buku, tetapi perlu berguruPengalaman tidak boleh ditipu namun mempunyai high value.." (Ridz)
 
 
 
3 comments:
Assalam DR,
Wah best nya ada tuition exclusive for certain people for umrah/haji.
Apa apa pun janji jemaah yang nak pegi tu, niat nya betul.
Tetapi dengan membaca buku, mendengar pengalaman orang2 yang sudah pergi(mana yang baik), dan kursus haji/umrah, insya Allah kita akan lebih prepared.
Ini pandangan saya. If they have $$ for tuition, why not!
AJ
Assalamualaikum semua
Tuisyen haji/umrah?
Wang memang penting tetapi KEKADANG wang juga menyebabkan kita miskin nilai saling tolong menolong. Yang parah jika miskin di akhirat.
Saya setuju dengan pendapat Dr.
assalamualaikum Dr,
betul dgn ayat Dr yang akhir tu..setuju..nak pinjam copy..
Post a Comment