Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, October 4, 2011

Haji DiRindui Hati



Haji dan Umrah adalah ibadah yang amat dirindui oleh hati. Hati dan fikiran kita perlu diajak berkelana keluar dari kepompong hidup yang sempit itu. Sungguhpun dunia ini kelihatan luas; langit, bumi dan lautan, namun jiwa kita terasa sempit dengan tekanan dan kehidupan yang amat menekankan kemewahan duniawi.

Kita sedang sama-sama lalai berebut dunia dan pangkat dengan menzalimi orang lain.

Dalam buku Rindu Baitullah saya ada menekankan satu bab penting iaitu ayuhlah jemput masuk ke Zon Spa Hati. Mengapa ianya perlu?

Jika kita masih tidak peka dengan kehidupan maka sesungguhnya kita sedang menoreh keharuan. Kemewahan dunia yang sedang kita himpunkan tiada ertinya di sisi ALLAH tanpa bekalan taqwa. Hakikatnya, Haji adalah ibadah lanjutan bagi memantapkan taqwa selepas kita Berjaya dengan tarbiah Ramadan.

Zon Spa Hati amat penting buat kita. Kita perlu menjaga hati kita supaya sentiasa bercahaya dan dapat memanfaatkan orang lain. Maka Haji & Umrah menyediakan zon pembersihan hati. Hati akan lebih mantap, bercahaya dan baik.

Kelmarin saya bertemu seorang hamba ALLAH yang merasa menyesal kerana lewat daftar Haji. Sungguh baik hamba ALLAH ini. Menyesal kerana lewat Haji adalah petanda baiknya insan ini. Sudah tentu penyesalan ini akan digantikan dengan perjalanan yang baik nanti.

Saya sering tekankan kepada anak-anak muda, SEGERALAH Daftar Haji. Dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH, akan menyuntik booster kuat bagi merealisasikan hasrat Haji. The Power of Niat ini telah saya kupas dengan ringkas di dalam slot jemputan Radio IKIM kelmarin.

“Ya ALLAH

Berikanlah kami kesempatan dan kemampuan untuk ke Baitullah

Ya ALLAH,

Hati kami merindui RasulMU dan damainya Madinah

Maka janganlah KAU hempaskan keinginan ini

Kabulkanlah harapan kami…” AMin!


8 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Amin amin amin atas doa yang Dr panjatkan.

Semuga kita semua di beri kasihatan, kelapangan dan rezki untuk jemputan haji/umrah di waktu terdekat.

Buku Dr banyak membantu.

Terima kasih

AJ

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Assalamualaikum Dr Ridz,

Benar...haji & umrah dirindui hati...sebab itulah hati meruntun tiap kali tengok hujjaj berangkat ke kota suci mekah & madinah...semoga diberi rezeki olehNya untuk ke sana..

Badrul said...

Amin...

Terima kasih atas coretan yang simple tapi menusuk kalbu dan menyegarkan Iman. Mohon doakan untuk kami sama agar tercapai cita untuk ke Makkah dan Madinah.

Amin.

CaHaYa BeRsEri said...

salam'alaik...sungguh, rindu pada baitullah membuatkan hambaNya menitiskan air mata.. ana bukan lah org2 yg berharta,kaya..namun dengan limpah rahmat serta kasih sayangNya, Dia memberi rezeki dari arah yg x d sangka. lantas, menjadikan hambaNya yg byk dosa ini menjadi tetamuNYA...ALLAHUAKHBAR!!!
sungguh. rindu ini perasaan yg sukar d ungkapkan..rindu yg xkn pernah padam...syukran ya rabb

CaHaYa BeRsEri said...
This comment has been removed by the author.
CaHaYa BeRsEri said...
This comment has been removed by the author.
haji muda said...

Assalam AJ & kak nab & Badrul,
InsyaALLAH amin!

haji muda said...

Assalam Cahaya Berseri,
Berkat kehebatan ALLAH dan Baitullah, hati, jiwa, ruh, akal dan fizikal kita akan lebih bercahaya lagi berseri.

Jom Pi Mekah lagi..