Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, December 4, 2011

Bandung- Hidup kelihatan Susah, namun hati Senang Banget




Apakah institusi Zakat mampu mengubah dan membela nasib ummah?


Mereka bahagia dengan hidup dikelilingi bumi menghijau.

Biarpun sekadar menumpang dibelakang jeep/pick up, mereka bahgia benget… Hidup tanpa hutang biarpun mendesak.

Hidup mereka mungkin kais pagi makan pagi dan begitulah disebelah petang.


Namun bila bertemu mereka, tidak kelihatan yang mereka mengeluh mendambakan nikmat duniawi. Mereka redho dengan apa yang ada. Satu perkara yang saya belajar , mereka sangat-sangat kuat berdoa. Dan mereka yakin dengan doa yang dipanjatkan kepada Ar-Rahman Ar-Rahim.


Kita tidak bahagia sebab menghimpun hutang untuk hidup….

Kita akan terus tidak bahagia jika ada sedikit bingkisan hasad dengki dalam hati…

Kita akan selamanya tidak bahagia bila tidak meletakkan ALLAH dan Rasul dalam resipi hidup ….


Alhamdulilah…. Terima kasih ALLAH!


4 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Memang ketenangan boleh dirasaai di sana.

Jika kita berjumpa yang berjual dijalanan, mereka mendakati kita tapi tak memaksa kita untuk membeli macam dinegara lain yang pernah dikunjungi (dimana ada yang marah marah atau menyumpah kalau tak beli).

Ketika membuat lawatan ke Gunung Tangkuban Perahu semasa menuruninya, anak kecil saya yang berumar 8 tahun berasa penat, bila melihat saya nak dokong; seorang daripada mereka meminta izin untuk menolong sehingga kami sampai ke tempat kolam panasnya.

Saya nak bagi upah, tapi katanya dia cuma tolong aja. Kalau nak bagi juga, cukuplah dengsn membeli apa yang di jualnya. Sebab itu pencarian nya. Tapi dimukanya macam apa yang Dr tulis di atas, mereka nampak tenang kerana mereka yakin dengan Allah.

Terima kasih Dr.

Semuga Dr dan keluarga dalam kasih sayang Allah.

AJ

Anonymous said...

Assalam Dr,

Moga Dr dirahmati Allah dan di tingkatkan kesihatan untuk terus melayari kehidupan dunia ini dalam meraih kasih sayang Allah. Ameen.

Sunnguh Aman dan tenangnya Bumi Bandung yang hijau dan segar. Walaupun saya belum sampai ke sana namum saya bersyukur dapat menikmatinya melalui perkongsian Dr.
Begitulah Allah membahagikan kebahagian kehidupan didunia, tidak semestinya dengan wang/kedudukan punca kebahagian. Ada sepotong lirik lagu Indon sometimes ago: "Hati senang walaupun tak punya uwang ho...ho..
Bagi saya kebahagian itu dapat dinikmati dengan menanamkan sifat ikhlas/hati yang bersih dalam semua aspek kehidupan kita. Moga kita tergolong dalam kelangaan orang-orang yang ikhlas. Ameen

Wassalam/Salam hormat
kamarjhan

haji muda said...

Assalam AJ & kamarjhan,
Terima kasih dgn sokongan tanpa noktah. Ya memberi saya motivasi utk terus berkongsi di blog ini.

Bagi saya, blog Haji Muda ini adalah blog KITA semua tetamu teratak virtual ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Kita tidak bahagia sebab menghimpun hutang untuk hidup….

Kita akan terus tidak bahagia jika ada sedikit bingkisan hasad dengki dalam hati…

Kita akan selamanya tidak bahagia bila tidak meletakkan ALLAH dan Rasul dalam resipi hidup ….

Saya suka kata2 di atas & mohon izin share di fb segala info Dr agar ia memberi manfaat kepada insan2 yang lain juga.

Jazakallah khairal jaza'

Habibah MS