Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, December 12, 2011

Bandung Pasentran Tahfiz Anak Yatim




Program saya seterusnya ialah menuju ke satu pasentren Tahfiz anak-anak yatim di pinggiran desa Kota Bandung. Ianya adalah permintaan saya untuk menyerahkan wang zakat dan sebahagian wang royalty buku Rindu Baitullah.

Menyerahkan wang zakat amanah kakak saya dan juga sebahagian royalty buku Rindu Baitullah bernilai melebihi Rp3 Juta. Juga terima kasih kepada puan Siti dan rakan-rakan yang turut memberi sumbangan ke pasentran Tahfiz Anak-anak Yatim di sebuah desa pinggiran Bandung. Juga terima kasih kepada semua pembeli pos buku Rindu Baitullah (belian terus dengan saya) yang telah ikhlas membayar lebih dari harga buku. Lebihan yang tuan-puan bayar telah saya sadaqahkan ke Pasentran Tahfiz anak-anak yatim ini. Mereka lebih memerlukan bantuan kita.

Pengurusan Tahfiz ini juga memberi saya peluang untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada adik-adik anak yatim yang sedang bekerja keras menghafaz Qur’an.

“Adik-adik pewaris ummah yang saya sayangi, hidup tanpa bapak dan ibu bukan bererti dunia ini sudah tiada nilai. Maka Jadilah Tahfiz professional yang bakal mewarnai dunia korporat dan pemerintah Negara. Belajarlah sejarah bahawa Malaysia, Indonesia, Brunei, Temasek, Selatan Thailand dan sebahagian Filipina adalah rumpun Melayu Nusantara. Kerajaan Melayu Nusantara dahulu menjadikan AL-Qur’an sebagai pedoman pengurusan dan pimpinan. Rapatkan semangat cinta-mencintai sesama muslim. Usah terpedaya dengan sentimen anti Malaysia yang mengotori perjalanan ummah nusantara. Usah gusar dengan pekerjaan, lantaran rezeki adalah urusan ALLAH.”

“Hari ini ALLAH izinkan saya hidup untuk bertemu kalian semua. Tidak banyak yang mampu saya lakukan dari sisi pembangunan fizikal. Hidup saya yang sementara ini perlu saya kuasai agar memberi manfaat kepada ummah. Anda semua adalah pewaris kepada satu wawasan besar hidup manusia. Ayuh sama-sama berganding bahu merapatkan saf kasih sayang rakyat Indonesia-Malaysia. InsyaALLAH, tahun hadapan jika usia saya dipanjangkan, saya pasti hadir lagi ke sini.”

“…Sesungguhnya rahmat ALLAH sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al-A’raf: 56


4 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Maha suci Allah!

Sebak dengan catatan Dr kali ini.

Semuga anak anak yatim tahfiz ini dan yang di luar sana akan sentiasa dalam perlundungan Allah dan menjadi pemimpin ummah dimasa hadapan yang bertaqwa.

Semuga Dr dan famili dalam kasih sayang Allah.

Barakaullahufikum.

Jazakaullahukhairan kathira'

Zarea106 said...

sangat menyentuh

Anonymous said...

Assalam Dr,

Moga dirahmati Allah dan murah rezeki. Ameen.

Alhamdulillah Dr sempat menzirahi anak-anak yatim tahfiz. Moga Allah memberkati kehidupan Dr dan memudahkan urusan Dr dalam usaha untuk membantu penduduk miskin Bandung.Ameen

Salam hormat
kamarjhan

mahayudinmohamadnor said...

Assalamualaikum Dr. sekeluarga...
Saya dan keluarga bersama saudara dan teman akan ke Jakarta dan Bandung Insyaalah pada 21 Jan 2012 ini.Ini merupakan kunjungan saya buat kali kedua ke tempat ini.Boleh berikan alamat pesantren Tahfiz Anak Yatim ini agar kunjungan saya yang kedua ini menjadi lebih bermakna dan bukan untuk libur sahaja.
Wassalam