Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, December 17, 2011

Bandung- Mengisi Sebuah Impian..



Foto: Tapak Masjid. Sudah 4 tahun terbiar



Nikmat iman, Islam, ihsan, takwa, taubat, membuat kebaikan dan jihad adalah antara nikmat besar yang ALLAH anugerahkan kepada kita. Dengan iman dan Al-Qu’ran menjadikan kita damai jiwa dan bersih hati. Ianya mengatasi nikmat harta simpanan yang bakal menyusut.

Sudah dua minggu saya agak gelisah. Setiap hari wajah insan miskin berlegar dikelopak mata. Mereka hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Seolah-olah dunia ini menzalimi mereka…

Di akhir tahun Hijrah 1432, saya ditanya oleh Pak Henry

“Sambutan Hijrah di sini kurang lumayan. Lantaran Pak Dr, ke mana lagi Bapak mahu pergi. Saya bisa teman dan supir saya boleh bawa Bapak Dr ke mana sahaja.”

Maka saya berkata “engak usah susah-susah Pak. Saya mensyukuri layanan baik bapak sekeluarga.”

“Gak Pak. Kamu dan isteri adalah tamu istimewa kami. Kami sangat besar hati menerima kamu di sisi kami. Moga kamu dipilih dikalangan orang-orang yang ikhlas.”

Saya lantas terus bersuara spontan, “Ok. Bawa saya ke desa yang sangat-sangat memerlukan Masjid.”

“Ayuh kita terus ke sana,” Pak Henri tanpa berlengah mengajak saya.

Melalui jalan-jalan kecil dikelilingi sawah bendang, perjalanan ini sangat menakjubkan. Sawah indah menghijau namun dihiasi teratak uzur si petani. Kami tiba di kaki desa jam 3.30 petang.

Tiba di sebuah desa yang indah itu, pemimpin masyarakat dan warga desa sudah menanti kehadiran saya. Subhanallah!

“Pak, terima kasih kerana mengunjungi kami rakyat miskin di sini. Kami sangat membutuhkan sebuah masjid. Kami orang miskin menagih simpati dari orang kaya, namun sudah empat tahun tiada siapa yang hadir membantu. Kami solat jumaat di kampong orang. Anak-anak kami tidak dididik agama dengan sempurna kerana tiadanya Masjid. “

Subhanallah… hati saya tersentuh. Saya bukan orang kaya yang dapat menyelesaikan kehendak terdirinya sebuah masjid di desa ini. Tapi saya berazam untuk membinakan masjid untuk mereka.

Ianya benar-benar menyerang emosi saya…. Ya…! Hingga ke saat dan detik jemari ini menyentuh setiap bullet keypad notebook ini.

“Ya ALLAH, ampunilah dosa ku dan kami semua yang tidak mampu menghulurkan 100% bantuan ini…”

Oleh kerana saya mempunyai temujanji untuk memberi ceramah di Hotel Holiday Inn Bandung jam 5 petang, pertemuan saya dengan masyarakat desa ini hanya lawatan singkat. Singkat dan tidak dirancang namun mempunyai impak dalam diri saya…

Penghujung hijrah dan peng awal hijrah yang bakal menguatkan semangat saya untuk terus melangkah, InsyaALLAH.


10 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Sungguh sedih dan terharu membaca catatan Dr kali ini.

Sekira nya Dr ada membuat kutipan untuk mendirikan masjid di kampong ini, tolong sebarkannya melalui blog Dr dan berikan account number. Insya Allah akan cuba bantu mana yang dapat.

Semuga Allah akan bantu Dr dan permudahkan nya.

Jazakaullah

AJ

Anonymous said...

Assalamualaikum

Dr, bagaimana saya mahu menghulur derma buat membina masjid itu? Mungkin sumbangan yg sedikit itu akan menjadi pemangkin utk sumbangan seterusnya.

Saya mohon izin Dr utk share artikel ni kat rakan2 fb saya.
Jzkl
Habibah MS, Kuching.

malimputih said...

Assalam Dr,

Saya pun insyallah ingan bersama masyarakat di sana utk membina masjid. Mohon Dr war2 di mana sumbangan boleh disalurkan

ROZILA said...

Salam DR,

Saya juga ingin sertai walaupun tidak banyak..

ROZILA said...

Salam DR,

Saya juga ingin sertai walaupun tidak banyak..

Anonymous said...

Assalam Dr,
Moga dirahmti Allah dan dimudahkan usaha ikhlas Dr. ...Ameen.

Insya Allah Dr. saya juga ingin membatu.

Wassalam

Salam hormat
kamarjhan

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Subhanallah, Allahuakbar...setuju dengan pendapat rakan2, sekiranya ada kutipan...tulislah acc no Dr..Insya Allah ...walau saya tak kaya..tapi ingin sangat menyumbang untuk terbinanya masjid di kg berkenaan...

Moga Allah merahmati Dr dan keluarga...Aminn..

Zurina hj Abd Aziz

zarifah said...

As Salam Dr,

Saya ingin juga membantu, insyaallah.....

Anonymous said...

Assalam DR,

Can I comment on the new color layout for your blog?

I prefer the previous one as it is much more cooling to the eyes and heart.

salam hormat

roha said...

salam Dr.sefamili hari ni baru terbaca entri Dr.ni, insyallah ingin juga saya sumbangkan setakat yang mampu. War-warkan Dr. di mana sumbangan boleh disalurkan.Semoga urusan dipermudahkan, alhamdulillah.