Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, July 31, 2012

RAMADAN BICARA #3 STESEN RAMADAN



 
Sudah 10 hari rupanya kita berpuasa.  Pantas sungguh kita berlumba dengan masa.  Maknanya, kita makin tua dihambat usia, namun nafsu tetap membara muda.

Ramadan adalah bulan istimewa, hadiah dari langit.  Ianya ibarat  stesen  tempat kita transit atau istirehat.  Untuk apa?   Sudah tentu untuk kita meneliti diri kita  dan  perhambaan kita hanya kepada ALLAH.  Ianya adalah stesen menyemai kekuatan hati dan pembersihan jiwa.  Selepas Ramadan, kita perlu kembali  menyusuri trek perjalanan yang berduri.  Perangkap-perangkap kehidupan terhidang di depan kita, justeru pengukuhan jiwa itu penting. Kita perlu turun istirehat di stesen ini bagi  mencari bekalan hidup.  Jika kita mampu mencari bekalan yang sesuai, sudah tentu  perjalanan seterusnya mampu dikawali.  Jika peluang transit ini kita tidur atau buat selamba aje, sudah tentu bila menaiki semula tren  perjalanan hidup, jiwa kita akan resah dan goyah.

Kita sudah lama berligar di persimpangan dunia. Sungguh berliku.  Dianiaya, dihina, di ketepikan dan ditekan.  Namun tekanan di stesen Ramadan akan menjadikan kita kuat.  Maka ambillah peluang di stesen ini untuk  mencukupkan bekalan perjalanan  kerana tren  kehidupan akan bergerak lagi selepas ini….  

Sunday, July 29, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Kelab Haji Muda (KHM)





Assalam, Terima kasih semua yang telah hadir AGM Pertama Kelab Haji Muda yang telah berjalan dengan baik pagi tadi. Walaupun kehadiran tidaklah mengalakkan, saya menghargai kehadiran mereka. Sumbangan masa, tenaga dan RM yang mereka tunjukkan amat saya hargai dimana cuma ALLAH sahaja yang akan membalasnya. Kita berkorban untuk kerja ini bukan atas suruhan sesiapa tetapi lahir hati yang ikhlas untuk bergerak dalam satu wadah berpaksikan akidah dan kefahaman kita kepada impak haji /umrah (pasca haji/umrah). Ianya bukanlah kerja mudah, banyak mehnahnya.

Hari ini kita masih bernafas, esok lusa ALLAh akan jemput kita. 

Sebelum AGM saya ada menyentuh bahawa "if we don't take action, we are not relevant."
 InsyaALLAH, Kita akan wujudkan sinergi dakwah dalam konteks professional tanpa ada kepentingan peribadi. Moga ALLAH memberkati usaha kecil ini. Amin.



Foto:  Exco/Tenaga Pengerak KHM 2012-2014.  Moga ALLAH merahmati dan memberkati  keikhlasan anda semua.  InsyaALLAH, bila KHM dah maju kita akan undur diri untuk memberi laluan insan-insan HEBAT lain untuk menerajuinya kerana  pangkat dan jawatan bukan cita-cita kita.


Thursday, July 26, 2012

Makluman Penting

Assalamualaikum semua,

Ujian yang tidak diundang. Itulah dia kehidupan. Terdapat kesulitan meng access blog ini dan settingnya pun dah lari.  InsyaALLAh saya akan berusaha mengembalikan  blog ini ke format asal.

Sekiranya tuan-puan berhadapan masalah atau blog ini tidak berfungsi,  back up blog saya ialah  http://haji-muda.blogspot.com (tidak aktif, back up aje)  atau  perkembangan terkini  boleh diperolehi melalui  facebook.com/drridzwan  . Saya juga akan memaklumkan  sekretariat Kelab Haji Muda untuk update maklumat di   facebook.com/kelab.hajimuda.

Terima kasih.

Tuesday, July 24, 2012

Ramadan Bicara #2- Penghargaan


 Ramadan Bicara #2
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi,
Ramadan adalah bulan Penghargaan.  ALLAH menyayangi hambaNYA maka DIA memberi penghargaan berupa nilai besar kerana amalan berpuasa dan bersedeqah. Ianya lebih dirasai oleh orang yang beriman dan bertaqwa.  Mereka yang memberi makan untuk majlis iftar diberi penghargaan berupa ganjaran serupa mereka yang berpuasa. 

Jika anda membaca dan meneliti  tulisan-tulisan saya  sebelum ini, saya amat menekankan reformasi diri dan masjid sebagai institusi penting masyarakat. Masyarakat dapat dibentuk melalui individu-individu muslim yang beramal dengan nilai Islam.  Namun, individu akan goyang dan tidak istiqamah bila persekitaran gagal dibentuk. Disinilah peranan Masjid supaya menjadi  rakan dan teman bagi membentuk  taman-taman syurga dunia buat masyarakat.  Masjid perlu proaktif dan friendly (nota: tidak bermakna semua masjid tidak friendly).  Ini bukan teori, ini adalah sesuatu yang perlu kita lakukan.

Lantaran, apa signifikan Masjid Bojongloa buat kita (saya)?
1.      Anak-anak muda di desa ini  tidak solat  Jumaat kerana tiada masjid. Justeru, solat berjamaah harian juga terabai dan kariah tidak terbentuk dengan sempurna.
2.      Tiada program pengisian ilmu bagi membina masyarakat desa ini.
Pesan saya buat mereka, hidupkan masjid bermula 1 Ramadan - Alhamdulilah.

Sila baca laporan berikut  untuk mengetahui signifikannya Masjid Bojongloa bagi membantu membina kariah.  (sila rujuk  http://mynewshub.my).  Walaupun ada mengatakan ianya cuma propaganda,  namun faktor  tekanan hidup dan ekonomi  boleh  berlaku tergelincirnya  akidah.  Beberapa fakta diberikan oleh  laman web tersebut antaranya: (fakta perlu disemak).
     1.  Dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam     setiap        tahun. Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.
2.  Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah         negara dengan Islam sebagai agama minoriti.

Jadi dimana signifikannya Masjid Bojongloa?
Anda semua telah membantu  terbentuknya  masyarakat muslim desa miskin yang memerlukan masjid bagi memelihara iman.  Tiada balasan buat anda semua melainkan  janji  Syurga dari ALLAH dan diampunkan dosa.  Pemimpin desa menitis airmata  melihat kehadiran saya  tiga bulan lalu dan mereka sudah tentu menangis melihat kehadiran anda satu hari nanti. 
Masjid Bojongloa ini  bersaiz kecil namun mempunyai makna besar sebagai nucleus perubahan.

Apa lagi yang kita sudah buat?
Kita juga sudah mengujudkan  ‘Koperasi Syariah’  bagi menyediakan dana mikro-kredit untuk  orang  fakir miskin  berniaga. Ini juga bukan teori  tetapi  sesuatu  yang wajib kita lakukan.  Sedang dipraktikkan di desa pergunungan Garut.

Apa lagi yang bakal kita buat?
Pertama,  InsyaALLAH jika ALLAH  mengizinkan,  saya berhasrat  untuk  mempunyai  ‘Bank Syariah’  khas untuk orang miskin.  Pinjaman bisnes yang adil dan tidak mencekik leher orang miskin akan kita laksanakan (jika ALLAH panjangkan usia saya).
 Kedua, Kita akan bina pasentren tahfiz  bagi anak-anak miskin di Indonesia dan mengujudkan  Institut Professional Tahfiz di  Malaysia supaya semangat nusantara Muslim dapat terus dirapatkan.

 Boleh  Berjaya  ke?
Berjaya dan gagal bukan soal manusia. Ianya kerja ALLAH. Kita kena berusaha dan berganding bahu mengikut kemampuan kita.  Masjid Bojongloa tidak akan tertegak jika soalan Berjaya atau gagal  dilontarkan.  Rezeki bukan urusan manusia tetapi urusan ALLAH.  

Pergorbanan dan perjuangan itu pahit, namun Syurga ALLAH itu manis....

Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035?


Petikan dari laman web  http://mynewshub.my). 

 
“Tahukah anda, Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam.
Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun.
Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.
Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti.
Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal).
Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka.
Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka.
Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam.
Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam seluruh dunia.
Atas kebimbangan terhadap gejala murtad di negara itu, Mercy Mission Indonesia melancarkan kempen ‘Save Maryam’.
Jika dirujuk kepada laman web Mercy Mission, mereka merupakan sebuah badan amal yang telah banyak bergiat aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai cara.
Kempen ‘Save Maryam’ sebenarnya mewakili suara setiap Muslim generasi muda di Indonesia yang sedang bergelut dengan tekanan hidup kontemperori.
Kempen itu antaranya menjelaskan permasalah masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh mereka hanyalah pada nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik bagi kehidupan moden mereka.
Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat mengenai Islam adalah melalui khutbah Jumaat, namun proses itu terganggu apabila pihak mubaliqh Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad (seperti kelaziman dalam agama itu) kepada hari Jumaat.
Melalui kempen Save Maryam, antara usaha yang dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak generasi muda, yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam kepada semua penonton sasaran.
Selain itu, badan amal merancang untuk menubuhkan Talian Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang memerlukan bantuan terutama generasi muda.
Badan amal itu juga turut merangka penubuhan mikro-kredit berteraskan Islam yang pertama di Indonesia bagi membantu golongan sasaran yang mengalami krisis makanan.
Dalam usaha mereka merangka strategi sebegini, ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen itu merupakan satu propaganda.
Namun, apabila penulis meniliti laman web penganjur kempen, jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah melakukan pelbagai program serta kempen amal sebelum ini.


Masjid- Hasrat Kita telah terlaksana

Alhamdulilah dengan izin ALLAH  hasrat  kita untuk membina masjid telah pun terlaksana.  Airmata saya menitik bila melihat masjid ini sudah terbina apatah lagi di bulan Ramadan ini.  Sasaran untuk diguna pakai pada 1 Ramadan telah berjaya dan jamaah  memenuhi masjid untuk tarawikh dan qiyamulail.  Tiada lagi hadiah menarik untuk kita melainkan pengumpulan annuiti akhirat melalui kerja-kerja amal sebegini. 


Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan bersyukur kepada ALLAH.  Sesungguhnya masjid ini adalah masjid kita.  Ini semua adalah hasil dari  keikhlasan tuan-puan menyumbang dana untuk membantu  penduduk desa.  Saya berdoa moga ALLAH mengampunkan dosa kita, memberi rahmatNYA dan  menghindarkan kita dari api neraka. ALLAHU AKBAR Walilahilhamd.





Saturday, July 21, 2012

Ramadan Bicara #1 TAAT


RAMADAN  BICARA #1 - TAAT

 
Nota: Ramadan proses perjalanan hamba kembali ke fitrah.


Sehari sebelum Ramadan, saya menziarahi sahabat saya  (Cina Islam).  Kami berbual panjang mengenai  isu masyarakat termasuk  isu Ramadan.  Maka bertanyalah beliau, “Mengapa saya lihat ramai  Haji-Haji Melayu tidak solat berjamaah?”


Ramadan bicara #1  merasakan bahawa isu ini bukan isu baru.  Ianya bukan sekadar isu individu tetapi  isu masyarakat.  Bagaimana  ‘Haji-haji Melayu’  ini mahu datang ke MAsjid  jika masjid tidak mesra?  Ramadan dan Haji mengajar kita satu perkara perting iaitu  obedience (taat). Masjid perlu friendly  dan mengalu-alukan kehadiran anak kariah, barulah Nampak  nilai taat yang perlu diterjemahkan dalam konteks solat jamaah di masjid.

Dalam satu kajian mendapati, dari sampel 1567 orang muslim (sample size worldwide),  2% menyatakan bahawa mereka tidak mahu berpuasa.  Maksudnya dari 1567 orang ada 30 orang enggan taat kepada suruhan ALLAH akan kewajipan berpuasa, MasyaALLAH!

Obedience atau taat masuknya patuh. No question! Ianya adalah kewajipan bukan pilihan (Rujuk Surah Al-Baqarah :138).  Lantaran perintah ini adalah untuk  menguji kita akan tahap iman dan membezakan orang beriman dengan munafiq/kafir.  Ianya bukan soal logik akal.  Hatta, ‘Rasul Melayu’ juga tersungkur di bulan Ramadan.  Logik akal tidak mampu  mencari  kehebatan dan rahsia  Ramadan.  Lantaran insan   yang tidak taat kepada suruhan berpuasa adalah mereka yang memiliki tahap moral yang rendah. Menolak suruhan ALLAH dengan menggunakan  hujah akal dan nafsu.

InsyaALLAH bersambung…..

Monday, July 16, 2012

Saturday, July 14, 2012

Strategic Planning Workshop




Alhamdulilah dengan izin ALLAH, satu program  membina Perancangan Strategik  (Level  1)  sebuah organisasi korporat telah saya sempurnakan.  Seramai 12 orang   top management  KSSB telah hadir untuk memanfaatkan sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada supaya  organisasi ini dipersiapkan dengan  sustainable growth dan  visi bisnes yang jelas.

InsyaALLAH  program Strategic Planning Level 2 akan dibuat selepas Aidilfitri  bagi  membina strategi syarikat bagi  menghadapi cabaran tiga tahun akan datang.

Status Program Iftar Fakir Miskin


Alhamdulilah dengan kasih sayang ALLAH,  dana sebanyak Rupiah 80 Juta yang diamanahkan kepada saya telah dihantar melalui  tt pada Jumaat 13hb Julai 2012 . Saya telah memaklumkan teman-teman kita di Indonesia untuk mengagihkan ke lima buah masjid desa miskin (termasuk masjid desa Bojongloa).

Saya juga telah memaklumkan mereka akan hasrat  saya/kita supaya setiap masjid dihidupkan malamnya di bulan Ramadan dan satu  majlis khatam Qur’an  dibuat secara serentak di kelima-lima masjid pada malam 27  Ramadan  supaya suasana Khatam Qur’an di Mekah  juga dapat dirasai oleh kita di  Malaysia, Brunei, Singapura  dan Indonesia.

Moga ALLAh mengampuni dosa kita dan meringankan bebanan hidup kita, insyaALLAH.

Wednesday, July 11, 2012

Jemputan untuk mencipta Logo KHM

InsyaALLAH, KHM bercadang untuk dirasmikan pada bulan Syawal/September 2012 nanti.  Justeru, saya menjemput tuan-puan/saudara/i  untuk  membantu mencipta logo KHM beserta slogan dan deskripsi logo yang bersesuaian.  Logo dan slogan hendaklah energetik dan berwawasan.

Pertanyaan email ke:  tigeridz@gmail.com

Hantar cadangan Logo ke:  kelabhajimuda@gmail.com /tigeridz@gmail.com

Tarikh Akhir Penghantaran:   10 Ogos 2012

InsyaALLAH, hadiah kepada logo yang terpilih akan kami usahakan.

Makluman: Tabung Iftar Ramadan DITUTUP

Alhamdulilah dengan izin ALLAH,  Tabung Iftar Ramadan untuk fakir miskin telah melebihi sasaran.  Dengan lain perkataan, InsyaALLAh kita mampu untuk  sponsor hampir 5 buah masjid sepanjang bulan Ramadan ini.   Ianya lebih dari sasaran awal sebanyak 2 buah masjid.

Jumlah Kutipan terkumpul ialah RM29,241.00 (sehingga 10 Julai 2012).  

Jika sekiranya masih ada wang memasuki Akaun Amanah KHM (Kelab Hajii Muda) selepas tarikh 10 Julai 2012, maka saya menganggapnya sebagai dana persediaan untuk membina Pusat Tahfiz Anak Yatim, InsyaALLAH. 

Saya juga sedang bekerja keras supaya usaha kita untuk membina Institut Tahfiz Professional di Malaysia akan juga berhasil (lebih mencabar dari Tahfiz di Bandung). Mohon doakan usaha ini dan juga mohon  volunteer tampil membantu.

Moga ALLAH merahmati, melimpahkan rezeki dan mengampuni kita semua yang sanggup mengorbankan  wang, tenaga dan fikiran di atas jalan ini. MasyaALLAH & BarakALLAH.