Foto: AJK dan wakil Nazir masjid-masjid negeri Selangor memberi perhatian kepada isi
dan perkongsian tazkirah
Alhamdulilah dengan izin ALLAH, saya telah diberi kesempatan untuk
menyampaikan tazkirah ringkas pertemuan
Syawal PIMPINAN Selangor pada 15hb Sept 2012. Majlis ini
dihadiri oleh Nazir-nazir dan
pengurus-pengurus masjid seluruh negeri Selangor.
Secara ringkas, saya menekankan akan betapa pentingnya masjid di urus secara professional
dan berwawasan. Masjid bukan sekadar
bangunan tempat untuk kita solat. Lepas solat kita balik rumah tengok tv dan
tidur. Masjid adalah satu pusat
perkembangan dakwah dan kepimpinan masyarakat.
Kita tidak boleh mentadbir masjid dengan pendekatan tahun 1980an atau
1990an. Dunia telah berubah,
anak-anak muda inginkan perubahan masjid. Maka
pengurusan masjid juga perlu berubah.
Beberapa tips kepimpinan saya kongsikan dengan harapan saya dan
pimpinan masjid boleh laksanakan. Antara tips penting adalah sikap/sifat ikhlas
perlu ada di hati setiap nazir dan pegawai masjid. Ikhlas dihati akan
menghidupkan wajah dan melimpahkan cahaya ikhlas kepada masjid dan
masyarakat. Dalam kajian dan personal
observation, saya dapati masjid yang benar-benar hidup didokong oleh faktor dalaman (hati)
dan sokongan masyarakat.
Bila Nazir dan pengurusan masjid mempunyai kepentingan lain seperti
kerana gila kuasa, mahu rebut projek,
berpolitik dan kepentingan peribadi yang tidak diketahui, maka masjid dan masyarakat tidak akan ke mana. Ada juga
Nazir yang jarang datang ke masjid atau sibuk berceramah di masjid lain tetapi
mengabaikan masjid sendiri. Nazir sebegini (dalam pandangan saya), perlu
meletak jawatan kerana mereka akan menjadi
elemen yang akan melambatkan perkembangan masjid dan pembinaan
kariah/masyarakat.
Dikesempatan ini saya ingin memperkenalkan PIMPINAN (Persatuan imam, pegawai masjid dan
Pendaftar nikah masjid Selangor) iaitu
sebuah organisasi NGO yang ditubuhkan khusus sebagai wadah pertemuan dan
pergerakkan Nazir, Imam dan pegawai masjid seluruh negeri Selangor. Dari struktur perundangan, PIMPINAN seharusnya
dianggotai oleh semua 360 masjid-masjid seluruh Selangor. Ianya telah ditubuhkan
lebih dari 10 tahun lalu tetapi kurang dikenali. Justeru saya menyarankan secretariat PIMPINAN
yang kini diterajui oleh Masjid As-Salam Puchong untuk ‘rebrand’ PIMPINAN supaya lebih dikenali dan lebih agresif bagi mencorak
peranan masjid. Tahniah kepada
pemimpin Masjid As-Salam khususnya kepada tuan Hj Yasim dan Hj Azmi Ghani serta SU ustaz Fakhurudin kerana
telah dipilih untuk menerajui PIMPINAN bagi tempoh dua tahun.
InsyaALLAH, saya (secara peribadi) dan KHM akan menghulurkan bantuan kepada PIMPINAN demi aspirasi untuk mengubah
dan mencorakkan arah tuju masjid-masjid di negeri Selangor (Jika diberi peluang
untuk memberi sumbangan).
Akhir sekali, saya ingin tekankan,
bahawa skop pengurusan masjid bukan sekadar mentadbir masjid,
tetapi kita mentadbir dan menguruskan
masyarakat.
Astaghfirullah, MAsyaALLAH & TabarakALLAH.
1 comment:
Assalam Dr,
Moga ALLAH tingkatkan kesihatan dan ilham agar dapat meneruskan usaha untuk menegakkan syair Islam. Amin
Moga semua pentadbir masjid akan berusaha untuk menyemarakkan masjid dengan menyediakan aktiviti yang boleh menarik para belia dan masyarakat untuk berkerjasama demi untuk mendekatkan diri pada ALLAH..
salam hormat
kamarjhan
Post a Comment