ALhamdulilah dan InsyaALLAH KHM akan terus komited melaksanakan program berteraskan Haji/Umrah. Untuk makluman, antara success story program KHM pada tahun ini (2012) antaranya adalah:
1. Program Umrah 2012
2. Tersiapnya MAsjid Abu Bakar As-Siddiq pada 19 July 2012/29 Syaaban 1433H
3. Menaja Program Iftar Ramadan di 5 buah masjid di desa miskin
Sementara, program tahun 2011 yang memerlukan follow-up masih lagi diteruskan.
PROGRAM KHM 4/2012- KORBAN
A) InsyaALLAH, dengan izinNYA, KHM menjemput tuan/puan untuk menyertai Program Korban 2012 seperti butiran berikut:-
Tempat Korban: Kemboja (Diuruskan oleh Institut Pendidikan Islam As-shabab, Kemboja)
(Institut ini mempunyai ladang menternak lembu dan 20 ekor lembu disediakan untuk KHM).
Harga: RM230 satu bahagian = RM1,610 untuk satu ekor lembu (jauh lebih murah dari program lain).
(Nota: Harga RM1,610 ini adalah HARGA KOS. KHM tidak ambil sebarang komisen bagi kerja amal ini. Pun begitu, KHM mengalu-alukan peserta korban untuk memberi sedikit sumbangan ke Akaun Operasi KHM contohnya memberi 10% dari nilai harga korban- Tiada paksaan).
B) Faedah Menyertai Program KHM:
1. Daging korban akan diagihkan kepada fakir miskin dan madrasah pendidikan (pelajar-pelajar) yang amat memerlukan.
2. Membantu dana pembangunan Institut Pendidikan Islam As-Shabab (mereka memerlukan perpustakaan dan asrama penempatan pelajar).
3. Diuruskan oleh orang yang amanah.
C) Bagaimana untuk menyertai?
1. Sila email ke kelabhajimuda@gmail.com cc ke tigeridz@gmail.com. Sila tinggalkan nama penuh, no HP dan bilangan (ekor) lembu untuk tujuan korban ini.
2. Sekretariat KHM atau saya sendiri akan terus menelefon tuan/puan untuk tindakan susulan.
3. Tidak dibenarkan memasuki wang ke Dana Annuiti AKhirat/Masjid KHM. Bayaran akan diminta bila aqad dan pengesahan dari Kemboja diperolehi.
D) Tarikh tutup:
30 Sept 2012 2. Siapa tempah dahulu, dia dapat.
Terima kasih.
2 comments:
saya membaca catatan tuan !
assalam Dr,
semuga segala usaha diberkati Allah. amin
Post a Comment