Foto: Pemandangan indah yang mendamaikan..perlu dikongsi ketenangan ini.
Ramai antara kita meluang masa untuk makan angin sambil shopping. Ianya tidaklah salah selagi wang kita itu tidak terlibat dengan riba' dsbnya. Saya sudah lama berhasrat untuk mengujudkan program percutian spiritual (wisata rohani) bagi kita menghargai diri sendiri sambil bercuti dan shopping. KIta perlu masuk ke zon spa hati untuk kita mengisi keseronokkan fizikal dengan pengisian rohani. (Nota: Zon Spa Hati sudah saya bicarakan dalam buku Rindu Baitullah). Sudah tentu Mekah, Madinah dan program umrah adalah zon spa hati yang paling istimewa.
Alhamdulilah dan InsyaALLAH
saya sedang menyusun satu program
Wisata Rohani (percutian spiritual) lantas merasmikan Masjid KHM- Abu Bakr
As-siddiq di desa Bojongloa, Bandung.
Butiran ringkas program (tentatif) seperti
berikut:-
Tarikh: 28 Nov-2 Dis 2012 (5Hari 4 malam)
Berangkat:
28 Nov jam 3.45pm (Air Asia
KL-Bandung)
Pulang: 2 Dis 2012 (12.15pm) (Air Asia
Bandung-KL)
Pengisian:
Hari 1: Tiba Bandung jam 5 petang. Makan malam sunda dan ziarah masjid
Hari 2:
4am
Solat Subuh di masjid Agung Bandung.
Tazkirah subuh ‘Dr Ridzwan di MAsjid Agung, Kota Bandung (tentatif).
9am
Shopping Bandung.
1pm
Selepas Zuhur, melawat Tangkuban Perahu dan Kawah putih.
8pm
Tausiah sentuhan rohani bersama santri tahfiz dan kiyai
Hari 3:
Kuliah Subuh oleh Pembina Pasentren
Lawatan ke kawasan pergunungan dan desa
Khutbah Jumaat Dr Ridzwan di Masjid pergunungan Ciateur
Berangkat ke Pasentren Tahfiz International
& kuliah Maghrib
Hari 4:
9am
Berangkat ke Desa Bojongloa
10am Perasmian masjid KHM dan Pelancaran Kelab Haji Muda (KHM) Indonesia
11.30
Makan tengahari bersama penduduk desa/fakir-miskin
12.30pm
Solat Zuhur berjamaah di Masjid KHM
1pm
Berangkat ke Pergunungan Garut untuk istirehat, shopping dan makan malam
8pm
Pulang ke Bandung.
Hari 5:
9am
Check-out & Program tamat.
12pm
Pesawat pulang ke KL.
*************************************************
Nota
penting:
Tempat
Terhad. Hanya 40 peserta sahaja untuk
program Wisata Rohani ini. First come-first serve basis.
METOD:
Tiket
Airasia- booking sendiri. Sehingga hari ini kos tiket Air Asia (return) untuk tarikh
tersebut ialah RM470 seorang. (Tiket saya
KL-Bandung pada bulan Mei 2012 lalu ialah RM1,050. Jadi RM470 masih jauh lebih
murah).
Kos Pengangkutan, penginapan di pasentren/hotel dan
makan-minum (selama 5 Hari 4 malam), akan ditanggung secara bersama
(berjamaah). Anggaran seorang RM300-RM400.
(NOTA:
Harga pasaran Pakej Bandung untuk 4Hari 3 malam ialah diantara
RM1,200-RM1,500 seorang).
Ingat- Tempat terhad, siapa register dahulu dia dapat. Sila dapatkan pengesahan saya terlebih dahulu sebelum membuat tempahan tiket penerbangan.
InsyaALLAH Pengarah Projek wisata rohani ini sudah dilantik bagi pihak KHM (AJK KHM). Beliau akan membantu urusan logistik program ini.
Lepas ini, kita beli hotel pula untuk meneruskan agenda tarbiah dan pengisian pasca haji/umrah....... InsyaALLAH.
MasyaALLAH & TabaraALLAH.
2 comments:
Assalam Dr,
Moga dirahmati ALLAH dan dimudahkan semua perancangan. Amin.
Salalm hormat
kamarjhan
menarik tp belumboleh beri sebrg komitmen lg
Post a Comment