Alhamdulilah program KHM #4 (Korban) dan #5 (Wisata Rohani) telah mencapai sasaran. Sehingga semalam 18/9/2012, sebanyak 12 ekor lembu telah ditempah oleh ahli KHM/ pengunjung blog bagi menyempurnakan ibadah korban Kemboja.
Sementara itu, Program Wisata Rohani Bandung pula, seramai 43 orang telah mendaftar untuk turut serta di dalam program percutian spiritual ini. Peserta bukan sahaja akan merehatkan minda, shopping dan menikmati alam tetapi akan di isi dengan program sentuhan hati bersama santri tahfiz dan anak yatim. Kemudian, mereka akan turut serta ke majlis perasmian Masjid KHM Desa Bojongloa, pecah-tanah Pasentren Tahfiz KHM lantas meluncurkan Kelab Haji Muda Indonesia (jika diizin ALLAH).
Justeru, saya dengan ini memaklumkan bahawa penyertaan bagi kedua-dua program DITUTUP.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-puan yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program KHM ini. Juga terima kasih dengan beberapa komen seperti mengapa program korban KHM sangat murah atau program melancung Bandung KHM hampir satu kali ganda lebih murah dari apa yang ditawarkan oleh agensi pelancungan. Saya ingin nyatakan, banyak lagi 'program murah' akan kami lakukan, dengan izin Ar-Rahman Ar-Rahim. 'Murah' bukan bererti tiada standard. Anda masih ingat kisah saya di lapangan terbang Heathrow London yang pernah saya tulis dalam blog ini? Jika pernah, tentu anda faham low profile does not mean low class.
MasyaALLAH & TabarakALLAH.
Nota:
Selepas Program Wisata Rohani #1 ini, saya merancang untuk membuat program wisata rohani shopping Bandung setiap 2 bulan. Juga InsyaALLAH, program umrah 2013 (bulan Feb/Mac 2013) juga akan diwar-warkan kemudian.
Kepada ahli berdaftar KHM, anda akan menerima makluman melalui email atau facebook.com/kelabhajimuda atau facebook.com/drridzwan
2 comments:
Assalamualaikum Dr. RIDZWAN.
Tahniah..Alhamdullilah. Bersama kita untuk Wisata Rohani di Bandung nanti. InsyaAllah.
Amieza.
Assalam Dr,
semuga semua usaha di berkati Allah dan program wisata rohani berjalan dengan lancar nanti.
Kami yang tidak dapat hadir wisata rohani pada nov akan datang, moga Allah permudahkan di lain kesempatan, insya Allah.
sebak...
Post a Comment