Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, October 14, 2012

Makluman Kelab Haji Muda




ALhamdulilah dengan kasih sayang ALLAH, blog ini terus hidup untuk kita sama-sama memanfaatkan kehidupan dan menjadikan KHM sebagai Wadah Annuiti Akhirat.

Mesyuarat EXCO KHM  #6/2012  telah berlangsung dengan baik semalam 13 Oktober 2012 dan telah meluluskan perkara ini untuk dimaklumkan kepada yang sudah mendaftar sebagai ahli dan semua pengunjung blog ini:

A) Makluman Akaun Bank.
KHM sudah membuka dua akaun bank di Bank Islam.  SEbagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini di dalam tulisan saya, Saya Cuma memegang amanah sementara atas segala usaha dana amal annuity akhirat.  Justeru, dengan pembukaan dua akaun ini, semua urusan kewangan akan diuruskan oleh Bendahari, Setiausaha dan Presiden.  InsyaALLAH, dengan kebesaran kalimah Ar-Rahman Ar-Rahim saya akan memastikan akaun ini akan dikawal baik dan menepati  ciri integrity dan Islamic governance. 

1. Nama Akaun:  Kelab Haji Muda
No Akaun: 14-180-01-0013411
Bank:   Bank Islam
Tujuan:   Akaun untuk tujuan operasi KHM seperti  penerimaan yuran ahli dan  kos pengurusan/sewa dll.

2. Nama Akaun: KHM Dana Annuiti Akhirat
No Akaun:  14-180-01-0013422
Bank:   Bank Islam
Tujuan:   Akaun untuk  mengumpul dana annuity akhirat  seperti  sumbangan untuk  projek membina masjid, pusat tahfiz, KHM hospital mukmin dll.

Program/projek akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui blog ini atau facebook.com/kelabhajimuda  dan  facebook.com/drridzwan

B) Program #4 KHM- Korban Kemboja telah ditutup. Senarai akhir korban ialah 19 ekor lembu dan semua kos korban ini telah dihantar ke Kemboja.
C) Program #5  Wisata Rohani  Bandung  28Nov-2 Dis 2012 telah dirancang dengan rapi. Seramai 43 orang akan menjayakan program ini. 
D) Program Imarah Masjid seterusnya sudah dirangka dan dijadualkan akan berlangsung pada 3 Nov 2012 (Sabtu).  Detail program akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

E)  Mesyuarat juga bersetuju untuk melancarkan Kelab Komunitas Haji Muda Indonesia atas permintaan  sahabat-sahabat saya di Indonesia. KHM Indonesia ini akan bernaung dibawah Global Brand KHM Malaysia. 

Moga ALLAH memberkati usaha kita semua. KHM milik kita bersama.  Terima kasih dengan sokongan tuan-puan dalam menjayakan program-program  initiatif KHM.

Saya yang memegang amanah, KITAPro-  Kerjasama, Ikhlas, Telus, Amanah dan Professional.


Ridzwan Bakar
Kelab Haji Muda (KHM)
Wadah Annuti Akhirat The Smart Way to Serve ALLAH.
13 Oktober 2012


3 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

semuga di rahmati Allah dan sehat sejahtera selalu.

Alhamdulillah. Semuga segala usaha di bawah KHM di berkati dan diredhai Allah. Amin ya Rabb

aurora_cdam said...

Salam Dr, sy nak tanya ckit..macam mana nak jadi ahli kelab haji muda ni? atau hanya untuk org tertentu je..maaf bertanya ye..

Haji muda said...

Aurora, keahlian Terbuka kpd semua. Boleh rujuk tulisan terdahulu di bawah khm. Insyaallah nanti sya update dlm blog ini.