Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, October 31, 2012

Program Korban Kemboja- 10 Zulhijjah 1433H


Alhamdulilah dengan izin ALLAH, pada hari kedua di bumi Kemboja, grup KHM menunaikan solat Eid Adha di Masjid Bangkok, Phnom Penh. Takbir Raya mereka agak simple tidak mendayu-dayu macam Melayu Malaysia. Jadi kesyahduan tidak berasa terasa.

 Selepas menunaikan solat Eid Adha, kami terus ke perkampungan km9 untuk menyegerakan  proses penyembelihan lembu korban. Masyarakat kampung sudah bersedia menunggu kehadiran kami.

Foto:  Besarnya lembu ni...


Sebelum proses penyembelihan dilakukan, saya meneliti setiap lembu yang sedang menunggu giliran. Alhamdulilah, ustaz2 dan teman-teman KHM di Kemboja amat teliti dengan amalan sunnah dan memahami  spek untuk ibadah korban. Cuma saya sedikit terharu kerana lembu-lembu untuk program KHM  begitu besar, bersih dan cukup sifat.  Ianya jauh lebih baik dari pengalaman saya menguruskan korban di tanahair. 

Sebelum sembelih, kami meneliti nama peserta untuk setiap lembu. Sukarelawan kampung turut menyediakan banner KHM & AsShabab ketika sembelihan dibuat.  Proses sembelih berjalan pantas.  Sememangnya mereka mahir menyembelih dan melapah lembu.  Proses ini selesai sebelum solat Jumaat. 

Sebelum  solat Jumaat, muslimah bergotong royong memasak. Selepas solat Jumaat, kami dijamu dengan makanan "hari raya raya" seperti lembu naik bukit dan ketupat pisang. Wah... satu pengalaman yang tidak dijangka.  Pimpinan Tarbiah AsShabab semuanya turun meraikan kami.


Satu budaya mereka adalah, masyarakat kampung dijemput untuk sama-sama makan besar daging korban (selepas solat Jumaat). Hanya mereka yang benar-benar susah sahaja akan diagihkan daging korban mentah.




Hati saya sangat gembira kerana amanah peserta korban telah disempurnakan. Alhamdulilah.

4 comments:

Anonymous said...

Assalam,

Alhamdulillah, semuga semua yang terlibat diberkati dan diredhai Allah.

Kini sedang menanti project seterus nya. Semoga diizinkan Allah dapat ikut serta di project project yang akan datang. Insya Allah.

Anonymous said...

Salam...macam mana saya nak buat kurban di kemboja

Anonymous said...

When ѕomeone wгiteѕ an pіecе οf ωriting he/shе retains the image of а useг in his/her minԁ that how а uѕеr сan understаnd it.

Ѕo thаt's why this paragraph is outstdanding. Thanks!

Check out my web blog; Www.Locateabuckettruck.Com

Anonymous said...

hey therе and thank уou for your іnfo – I have definitely piсkеd up something neω from right hеre.
I did howеver expertiѕe seveгal techniсal points using thiѕ
web sitе, ѕince I eхperienceԁ to
reload the web site lοts of times рrevіоus to I could
get it tο load correctly. I had been wondeгing
if your web hоѕting is OK? Νοt that I am cоmplainіng,
but ѕlow loaԁing іnstancеs times will very frequently affect
your ρlacement in google and саn damage your high-quality
score if aԁvertising and marketіng with Αԁwoгds.

Well I am adding this RSЅ tο my е-mail and сan look οut for much more of yоur respective fascinating contеnt.
Maκe suгe you upԁаte thіs аgain sοon.


Also visit mу sіtе how to make money buying and selling cars