ALhamdulilah, sudah empat tips dikongsi mengenai Hargailah Diri Sendiri (HDS). Tip seterusnya (No 5) adalah hargailah diri sendiri dengan bersedekah. Ketika hidup inilah kita perlu banyakkan sedekah. Jika kita sudah meninggalkan dunia ini, peluang sedekah sudah hilang dengan sendirinya. Nilai sedekah dengan tangan kita sendiri sudah tentu tidak sama dengan sedekah anak-anak kita bila kita berada di alam barzakh nanti. Bagi mereka yang sudah berniat dan telah berkorban Ringgit Malaysia/Dollar Brunei/Dollat Singapura, mereka sebenarnya telah berusaha untuk menghargai diri sendiri.
InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH, saya akan berangkat ke
Kemboja minggu depan untuk menguruskan
program Korban KHM. Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini,
sebanyak 19 ekor lembu akan diuruskan bagi pihak peserta
program Korban KHM.
InsyaALLAh saya juga akan
meninjau ‘business opportunity Annuity
Akhirat’ yang telah saya dan exco KHM fikirkan antaranya
membangunkan kompleks tarbiah
& tahfiz untuk warga muslim
dhua’fa, meninjau tapak untuk membina Kompleks Hospital Mukmin (KHM)
dan kerjasama membangunkan ekonomi
masyarakat yang sangat memerlukan
(model ekonomi syariah yang sedang saya bantu
di Bandung Indonesia akan diterapkan
disini, InsyaALLAH). Sekilas pandang, cabaran di Kemboja ini mungkin lebih hebat dari
peluang pelaburan akhirat di Indonesia.
Ia bukan mudah, tetapi tidak
mustahil!
Nota:
Kejayaan model ekonomi syariah Bandung Indonesia ini akan menjadi pemangkin
kepada wujudnya banyak lagi micro-system berlandaskan syariah untuk masyarakat dhu’afa dan
susah. Moga ALLAH memberikan saya
dan teman-teman kekuatan atas
semangat Haji/Umrah.
Kami
(KHM) dan anda semua tentu gembira jika
kita sama-sama dapat berganding
bahu membebaskan golongan dhu’afa
keluar dari kesempitan hidup dan
kemiskinan melalui jalan
wadah Annuiti Akhirat ini.
ALLAH
s.w.t telah menjanjikan bahawa
orang yang gembira membantu orang lain gembira, akan memperolehi annuti kegembiraan yang tidak dapat diukur dengan nilai
Ringgit/Dollar. Justeru, hargailah diri sendiri dengan bersedekah.
Orang yang senang membantu orang lain senang, akan memperolehi kesenangan
diluar kotak nikmat timbunan
harta.
Di
kesempatan ini, InsyaALLAH saya dan KHM
akan berusaha memberi sumbangan
bagi Institut Tarbiah As-Shabab Kemboja bagi
membantu beban pembinaan Kompleks Pendidikan Muslim. Jika anda
berhasrat untuk menginfaqkan
sedikit wang, mohon di kreditkan ke akaun berikut:
Nama
Akaun: KHM Dana Annuiti Akhirat
No
Akaun: 14-180-01-0013422
Bank: Bank Islam M’sia Bhd (Cawangan
Menara TM Kuala Lumpur)
International
Swift Code: BIMBMYKL
Tarikh
Tutup Sumbangan: 23 Oktober 2012
Terima kasih dengan sokongan.
1 comment:
Assalamualaikum Dr.
InsyaAllah saya akan war-warkan di FB usaha ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan usaha murni dalam membantu rakan-rakan kita di sana.
Siti Hanim
Post a Comment