Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, October 10, 2012

Tips HDS #3- Al-Qur'an akan menghargai kita

Tips kali ini ialah Hargailah diri dengan  membaca Qur’an  biarpun Cuma sepotong ayat sehari.   

Kita adalah hamba ALLAH yang lemah.  Jika kita tidak mampu menghargai diri sendiri, siapa  pula yang peduli pasal diri kita.  AL_Qur’an  akan menghargai kita  di hari mahsyar, memberi kita sakinah ketenangan, hati kita bisa hidup, dinaikkan darjat  dan gandaan kebajikan.


1.    Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”(HR Muslim)

Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya:  ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).” (Riwayat Muslim)
  
2.   Menjemput ketenangan
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya: 
“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu.  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”  

3.  Hati pembaca AL-Quran akan hidup
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”  (HR at-Tarmidzi)

 4.  Mendapat  Kebaikan jika al-Quran dibaca secara tartil
Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”  (HR at-Tarmidzi)

5.  Ganjaran-  Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan. 
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”      (HR at-Tarmidzi)



Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan melapangkan hati dan rezeki kita, InsyaALLAH.



2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Dr,

mohon maaf..saya ingin luahkan didikan Allah pada saya :

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar

Subhanallah…

Ya Allah..Alhamdulillah…terlalu banyak nikmat yang telah Engkau beri kepada ku…

Awal tahun Januari-Februari 2012

• Ujian yang sungguh besar, walaupun hanya upgrading
• Tapi itulah titik tolak kasih sayang Mu untuk mendidik diri ini.
• Sakit sekali dada ini untuk menerima ujian ini
• Rasa malu pada rakan sejawat dan rakan-rakan satu kolej
• Di marah, di hina, di malukan…

Hasilnya :

• Ramadhan – pulun ibadah untuk mendapat sebanyak pahala yang Engkau gandakan di bulan mulia ini.
• Alhamdulillah – berjaya katam Al-Quran, bangun malam, solat terawih, tadarus, solat sunat rawatib.
• Namun Syawal datang – tiada ketenangan dalam hati seperti yang di harap-harapkan.

Natijahnya :

• Dengan izin Mu Ya Allah…Engkau bagi ilmu ini ‘buat ibadah itu ikhlas kerana Allah sahaja, itu yang akan memberi ketenangan’
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar ..
• September 2012 – bermula era didikan baru dari Mu Ya Allah.
• Cuba seikhlas mungkin.. Janji Mu ‘aku lebih suka, ibadah yang sedikit tapi berterusan’
• Subhanallah, Allah huakbar …Alhamdulillah…
• Perbaiki semua ibadah yang ada, cuba ikhlaskan kesemua ibadah terutamanya ‘SOLAT’
• Ya Allah, ampuni dosaku, suami, kedua ibu bapaku, anak2 ku, adik beradik ku dan para Muslimin.

TQ ALLAH

10/10/2012 – 24 Zulhijjah 1433

haji muda said...

Assalam Pn anonymous,
Alhamdulilah. ALLAH tidak akan lupakan kita biar bagaimana lalainya kita kepadaNYA.

Saya sangat berharap agar KHM Kelab Haji Muda mampu memberi pengisian ilmu dan sakinah kepada mereka yg mencari, InsyaALLAH.