Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, October 11, 2012

Uzlah Perancangan Strategik Masjid MDESJ


Alhamdulilah, Program membina Strategic Planning MAsjid MDESJ telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu  6 Okt 2012.  Uzlah Pengurusan Kali Pertama  ini diharap dapat memandu masjid ke arah kecemerlangan ummah.  Moga perkongsian dan sumbangan idea di dalam program strategic planning serta Tazkirah Khas maghrib  yang telah saya sampaikan dapat mengukuhkan iltizam kita untuk memajukan masjid. 

Terima kasih kepada pengurusan masjid khususnya kepada Tn Hj Sabtu dan Dato' Wan yang telah menjemput saya untuk memandu sesi penting ini.  InsyaALLAH  perancangan strategik tahap 2 dan  ukuran prestasi akan saya bangunkan demi lahirnya masjid-masjid contoh.  

Sebelum meninggalkan masjid jam 9.30 malam, saya berdoa

"Terima kasih ALLAH dengan sedikit ilmu yang KAU bekalkan untukku. Akan ku tarbiahkan diri dan terus berbakti membina ummah dengan kepakaran yang ada. Masukkanlah aku ke dalam golongan insan-insan yang soleh,  ikhlas dan bertaqwa. Rapatkanlah hati kami agar terus berdiskusi dengan perasaan cinta dan kasih sayang demi Islam."  Amin.


 Foto:  Peserta memberi perhatian kepada ceramah dan diskusi pembinaan strategi (tahap 1).

 Foto:  Menerima cenderahati dari Dato' Wan, Pengerusi/Nazir Masjid. Wajah keletihan selepas jam 6 petang, namun semua ceria memberi sumbangan

1 comment:

Anonymous said...

Semoga iPad dapat membantu utk lebih banyak memberi !!!