Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, December 27, 2012

KHM: Perjalanan Masih Jauh...



Nota:  Perjalanan kami masih jauh.  Banyak agenda yang ingin kami laksanakan. Fikiran kami  agak sibuk untuk membina lebuhraya yang lebih besar agar lebih ramai mendapat manfaat kewujudan KHM.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Pertama sekali Terima kasih dengan sokongan anda kepada usaha Kelab Haji Muda (KHM) Wadah Anuiti Akhirat, The Smart Way To Serve ALLAH. Banyak pengalaman manis dan indah dikongsi di blog ini, di facebook/kelabhajimuda dan facebook/drridzwan. Hakikatnya, di belakang tabir alam maya, kami bersilat dengan cabaran, masa, limitasi, wang, sangat kurang insan yang tampil untuk membantu execution, tidak dilayan oleh  insan ternama yang kami ingin menumpang sinergi dakwah dan pelbagai mehnah kehidupan.  Ini semua adalah cabaran buat kami. 

Sokongan anda menghidupkan semangat kami. Inilah kekuatan ukhuwah dan kasih sayang atas jalan Islam. Dunia ini bukannya tempat untuk kita melepak. Dunia ini singkat tetapi kita disibukkan dengan pelbagai urusan duniawi sehingga ALLAH menjadi secondary. Yang pasti, dunia ini memang meletihkan dan menyusahkan. Seandainya dunia ini bukan tempat ujian, maka sudah pasti tiada dicipta sakit dan kesulitan.

Maka jomlah kita manfaatkan masa dan kekuatan kita untuk bekerja di jalan ALLAH.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang perlu dimaklumkan kepada semua sahabat KHM (samada ahli atau bukan ahli):-

1.  Jumlah kutipan Dana Wakaf Kemboja sehingga 25hb Disember 2012 ialah RM44,734.00.
     Alhamdulilah. Terima kasih dengan keikhlasan anda menginfaqkan sedikit harta untuk kerja amal ini. Dana ini masih jauh dari sasaran USD500,000.  Exco KHM telah bersetuju untuk meluluskan penghantaran dana sebanyak USD14,000 ke Kemboja secepat mungkin bagi membantu kerja-kerja awal Kompleks Pendidikan Islam Al-Ihsan.

2.  Program Wisata Rohani Bandung No 2 akan diadakan pada 28hb Feb-3 Mac 2013.  Penyertaan dibuka kepada semua tidak mengira individu atau berkumpulan. Sila email kelabhajimuda@gmail.com.

3.  Exco KHM bersetuju untuk mengekalkan blog ini  ie. HAJI MUDA sebagai blog yang menghubungkan KHM dengan masyarakat. Blog ini akan menyelitkan tazkirah, penulisan berbentuk inspirasi dan motivasi Islami serta pengumpulan ilmu/artikel bagi manfaat bersama.  Di samping itu, facebook/kelabhajimuda  dan facebook/drridzwan akan digunapakai untuk mengemaskini maklumat aktiviti dan tazkirah ringkas.

4.  Untuk projek-projek tahun 2013, kami akan maklumkan dari masa ke semasa di blog dan facebook.

MasyaALLAH & Tabarakallah.

Saturday, December 22, 2012

Makluman Umrah Mac 2013


Assalamualaikum
Alhamdulilah masih ada 8 tempat kosong untuk program Umrah 2013 20 Mac-3 April.  InsyaALLAH, peserta /bakal tetamu ALLAH akan mendapat sedikit keistimewaan melalui program ini antaranya:-

1.  Lebih lama di Tanah Suci (dijadualkan 15 Hari keseluruhan program).
2.  Berpeluang menunaikan solat jumaat 2 kali, iaitu sekali di Madinah dan sekali lagi di Mekah.
3.  Menaiki pesawat terus Saudi Airlines.

Beberapa program tambahan InsyaALLAH akan saya usahakan (bergantung kepada masa, kesesuaian dan sokongan logistik).

Untuk tempahan 8 tempat kosong, mohon hubungi saya terus.  Terima kasih.


Friday, December 14, 2012

Hati Redup


Nota HM:  Amalkanlah zikir ini jika terasa hati redup


ALLAH maha tahu lintasan hati kita. Maka sudah tentu ianya penting untuk kita semak hati jika tiba-tiba ianya redup. Bila hati gersang, fizikal turut resah terasa jauh dari pertolongan dan rahmat ALLAH.

Bila hati ini gersang, ianya tidak mampu membuat kita menangis.  Bahkan diri  yang banyak ketawa akan membikin hati mengeras.  Insan-insan yang hatinya berfungsi akan menghasilkan anjakan mengenali dirinya, lanjut mengenali Penciptanya.

Ketika berkongsi di dalam ceramah ‘happiness’ di sebuah institusi pada pagi semalam, saya cuba menyentuh bahawa kebahgiaan hakiki ada dalam khazanah hati.  Aksesori kehidupan dan kemewahan tidak mampu mencipta nilai dan kebahgiaan.  Kaji selidik yang saya lakukan mendapati lebih 50 Peratus peserta program mempunyai elemen kurang bahagia atas factor-faktor yang hanya mereka memahaminya. Ianya adalah normal, tiada tempat yang dapat memberi jaminan kebahgiaan/happiness kecuali  syurga ALLAH.

Kesibukan mengejar dunia menyebabkan kita kesuntukkan waktu untuk menilai hati nurani. Banyak waktu dan wang dibelanja untuk memenuhi aksesori kehidupan berupa kemegahan fizikal. Kita berlumba mengejar  aksesori yang bisa luput dan tidak kekal, sedangkan hati kita menjadi second class citizen dalam kamus hidup.

Maka bicaralah dengan hati, mangapa kamu redup? Mengapa  hidup kelihatan lesu dan tidak bermaya?  Mengapa secara tiba-tiba semangat hilang dan hala tuju keberantakkan?  Persoalan-persoalan ini akan membawa kita tidak bahagia.

Sesungguhnya kita amat sibuk dengan keperluan dunia. Ayuhlah kita harungi hidup ini dengan menambatkan hati kepada Pemilik hati. Fizikal kita harus sibuk untuk urusan dunia dan lebih mustahak  hati kita juga perlu disibukkan dengan ALLAH pemilik dunia dan hati.

“Hanya dengan mengingati ALLAH, maka jiwa akan tenang” (Ar-Rad: 28)


Thursday, December 13, 2012

Wisata Rohani 3c: Tangkuban Perahu

Foto: Gambar di Tangkuban Perahu

Pagi Sabtu 1hb Disember, jamaah dibawa bersiar di daerah pergunungan Tangkuban Perahu.

Wisata Rohani 3b: MABIT- Malam Bina Iman & Takwa

 Foto:  Tabung Infaq Palestin juga berjalan sepanjang program MABIT ini. Forum berakhir jam 1.30 pagi.

Foto: Wakil KHM, adik Afif UIA, membicarakan kejayaan Bisnes Yahudi


Wisata Rohani 3a: Masjid Biru Lembah Ciater


Foto:  Jamaah KHM di Masjid Biru 1 Dis 2012


Wisata Rohani 2d: Masjid Bojongloa Bandung. Kenangan Indah


Alhamdulilah, masjid ini terbina hasil sokongan anda semua.  KHM hanya sebagai  WADAH ANNUITI  AKHIRAT. Jomlah bersama-sama membantu  EXCO KHM mengerakkan lagi program-program legasi kehidupan.

Foto:  Menyampaikan Khutbah Jumaat dan Mengimamkan solat Jumaat (foto ihsan ustaz Kauthar)

Foto:  Plakat  Perasmian Masjid


Wisata Rohani 2c: Jumaat 30 Nov: Perasmian Pembentukan Komunitas Haji Muda Indonesia

Foto:  Termetrai Pembentukan KHM Indonesia. Kesungguhan sahabat-sahabat KHM Indonesia sangat mengkagumkan. Difahamkan potensi keahlian bisa mencecah 600 ribu pemuda/i



 Foto:  Plakat Pembentukan KHM Indonesia di tandatangani oleh Penasihat KHM, Tn Hj Sabtu Md Ali

 Foto:  Menyerahkan jaket KHM kepada Wakil Gabenur, Bapak Dede

Foto:  Menyerahkan cenderahati kepada Bapak Dede

Wisata Rohani 2b: Perasmian Masjid Desa Bojongloa Jumaat 30 Nov 2012

 Foto: Kanak-kanak sekolah menanti kehadiran tim KHM. Kibaran bendera Indonesia 
di sepanjang jalan kampung menuju Masjid

 Foto:  Ketibaan Wakil Gabenur Jawa Barat bersama tim KHM dan VIP

 Foto: Majlis Perasmian Masjid

Foto:  Muslimah KHM Malaysia. Tudung hijau soft-green warna korporat KHM

Foto:  Wakil Gabenur bersedia untuk memotong riben/bunga  simbolik  perasmian Masjid

Friday, December 7, 2012

Wisata Rohani: Hari ke 2a - Jumaat 30 Nov




Pagi Jumaat,  jamaah diuji dengan kekentalan bertahan untuk menghidupkan hati.  Azan pagi dan bacaan Subuh imam amat menarik hati yang lemah ini.  Selepas solat, bacaan al-mathurat,  Talk show live MQTV  telah diatur antara Kiyai Aa Gym dan wakil KHM.

Slot Talk show live antara saya dan Aa Gym berjalan lancar diselit dengan jenaka ikhlas Pak Kiyai.  Diskusi  menyentuh  kenapa KHM berusaha membina masjid,  mengapa diujudkan Kelab Haji Muda,  Apakah signifikan pembentukkan Komunitas Haji Muda (KHM Indonesia) kepada pembangunan ummah dan apakah nilai haji/umrah dalam kehidupan.

Selepas sesi  Talk show,  diskusi lanjutan dilakukan di bilik tetamu Darul Tauhid. Kelihatan Aa sentiasa gembira menerima kunjungan ini.  Banyak perkara yang beliau pesan kepada saya yang saya akan tulis dari masa ke semasa. Misi hidup dikongsi bersama. 

Selepas itu, jamaah bersiap untuk check-out bagi meneruskan program selanjutnya. Jam 8 pagi, bas bergerak meninggalkan Darul Tauhid menuju  Rancaekek Desa Bonjongloa kira-kira dua jam perjalanan.

Wisata Rohani: Hari 1 Khamis


Foto:  Jamaah Wisata Rohani di hadapan hotel Cottage Darul Jannah, Bandung

Alhamdulilah program wisata rohani telah berjalan dengan baik.  Sebaik mendarat di Bandung jam 4.30 petang Hari Rabu 28 Nov, jamaah seramai 42 orang dijemput oleh petugas MAQDIS Travel terus makan malam.  Selepas taklimat ringkas,  jamaah meneruskan acara  dengan shopping di Factory outlet di Kota Bandung.


Program Wisata Rohani (WR) bermula dengan solat Subuh Khamis di Masjid Darul Tauhid. Selepas solat subuh, majlis diteruskan dengan bacaan al-mathurat  diikuti dengan tausiah pimpinan Kiyai Haji Aa Gym.


 Foto:  Suasana tenang Darul Tauhid

Selepas sarapan pagi, jamaah terus bersiap untuk  shopping ke Pasar Baru hingga lewat petang. Nada Azan Maghrib Madinah berkumandang  di Masjid Darul Tauhid dan masyarakat berduyun ke masjid. Disebelah malam, jamaah diisi dengan pengajian tauhid dan tazkirah asmaul-husna dan qiyamulail. Masjid Darul Tauhid  agak padat dengan tetamu yang datang dari seluruh pelusuk bumi Jawa.

Bersambung...

Sunday, December 2, 2012

wisata rohani bandung

alhamdulilah program wisata  rohani bandung baru sahaja berakhir. jamaah sekarang ini berada di airport bandung menunggu pesawat pulang ke kl.

saya memohon maaaf kepada semua tetamu blog ini kerana blog ini  sepi sejak beberapa hari. jadual program saya agak padat.

tuan puan boleh mengikuti perkembangan program wisata rohani ini di facebook kelabhajimuda atau fb drridzwan

saya masih ada beberapa acara di garut untuk bertemu dengan kepimpinsn koperasi syariah petang ini dan membentngkan hasil kajian saya di sebuah institusi pengsjian tinggi esok pagi. dan hari selasa menjadi ahli panel business forum di bandung.

insyaallah saya akan menulis wisata rohani ini selepas saya kembali ke tanahair.