Nota HM: Amalkanlah zikir ini jika terasa hati redup
ALLAH maha tahu lintasan hati kita. Maka sudah tentu ianya penting
untuk kita semak hati jika tiba-tiba ianya redup. Bila hati gersang, fizikal
turut resah terasa jauh dari pertolongan dan rahmat ALLAH.
Bila hati ini gersang, ianya tidak mampu membuat kita
menangis. Bahkan diri yang banyak ketawa akan membikin hati
mengeras. Insan-insan yang hatinya
berfungsi akan menghasilkan anjakan mengenali dirinya, lanjut mengenali Penciptanya.
Ketika berkongsi di dalam ceramah ‘happiness’ di sebuah institusi
pada pagi semalam, saya cuba menyentuh bahawa kebahgiaan hakiki ada dalam
khazanah hati. Aksesori kehidupan dan
kemewahan tidak mampu mencipta nilai dan kebahgiaan. Kaji selidik yang saya lakukan mendapati
lebih 50 Peratus peserta program mempunyai elemen kurang bahagia atas factor-faktor
yang hanya mereka memahaminya. Ianya adalah normal, tiada tempat yang dapat
memberi jaminan kebahgiaan/happiness kecuali
syurga ALLAH.
Kesibukan mengejar dunia menyebabkan kita kesuntukkan waktu untuk
menilai hati nurani. Banyak waktu dan wang dibelanja untuk memenuhi aksesori
kehidupan berupa kemegahan fizikal. Kita berlumba mengejar aksesori yang bisa luput dan tidak kekal,
sedangkan hati kita menjadi second class citizen dalam kamus hidup.
Maka bicaralah dengan hati, mangapa kamu redup? Mengapa hidup kelihatan lesu dan tidak bermaya? Mengapa secara tiba-tiba semangat hilang dan
hala tuju keberantakkan?
Persoalan-persoalan ini akan membawa kita tidak bahagia.
Sesungguhnya kita amat sibuk dengan keperluan dunia. Ayuhlah kita
harungi hidup ini dengan menambatkan hati kepada Pemilik hati. Fizikal kita
harus sibuk untuk urusan dunia dan lebih mustahak hati kita juga perlu disibukkan dengan ALLAH
pemilik dunia dan hati.
“Hanya dengan mengingati ALLAH, maka jiwa akan tenang” (Ar-Rad: 28)
1 comment:
terima kasih DR
Post a Comment