Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, December 27, 2012

KHM: Perjalanan Masih Jauh...



Nota:  Perjalanan kami masih jauh.  Banyak agenda yang ingin kami laksanakan. Fikiran kami  agak sibuk untuk membina lebuhraya yang lebih besar agar lebih ramai mendapat manfaat kewujudan KHM.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Pertama sekali Terima kasih dengan sokongan anda kepada usaha Kelab Haji Muda (KHM) Wadah Anuiti Akhirat, The Smart Way To Serve ALLAH. Banyak pengalaman manis dan indah dikongsi di blog ini, di facebook/kelabhajimuda dan facebook/drridzwan. Hakikatnya, di belakang tabir alam maya, kami bersilat dengan cabaran, masa, limitasi, wang, sangat kurang insan yang tampil untuk membantu execution, tidak dilayan oleh  insan ternama yang kami ingin menumpang sinergi dakwah dan pelbagai mehnah kehidupan.  Ini semua adalah cabaran buat kami. 

Sokongan anda menghidupkan semangat kami. Inilah kekuatan ukhuwah dan kasih sayang atas jalan Islam. Dunia ini bukannya tempat untuk kita melepak. Dunia ini singkat tetapi kita disibukkan dengan pelbagai urusan duniawi sehingga ALLAH menjadi secondary. Yang pasti, dunia ini memang meletihkan dan menyusahkan. Seandainya dunia ini bukan tempat ujian, maka sudah pasti tiada dicipta sakit dan kesulitan.

Maka jomlah kita manfaatkan masa dan kekuatan kita untuk bekerja di jalan ALLAH.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang perlu dimaklumkan kepada semua sahabat KHM (samada ahli atau bukan ahli):-

1.  Jumlah kutipan Dana Wakaf Kemboja sehingga 25hb Disember 2012 ialah RM44,734.00.
     Alhamdulilah. Terima kasih dengan keikhlasan anda menginfaqkan sedikit harta untuk kerja amal ini. Dana ini masih jauh dari sasaran USD500,000.  Exco KHM telah bersetuju untuk meluluskan penghantaran dana sebanyak USD14,000 ke Kemboja secepat mungkin bagi membantu kerja-kerja awal Kompleks Pendidikan Islam Al-Ihsan.

2.  Program Wisata Rohani Bandung No 2 akan diadakan pada 28hb Feb-3 Mac 2013.  Penyertaan dibuka kepada semua tidak mengira individu atau berkumpulan. Sila email kelabhajimuda@gmail.com.

3.  Exco KHM bersetuju untuk mengekalkan blog ini  ie. HAJI MUDA sebagai blog yang menghubungkan KHM dengan masyarakat. Blog ini akan menyelitkan tazkirah, penulisan berbentuk inspirasi dan motivasi Islami serta pengumpulan ilmu/artikel bagi manfaat bersama.  Di samping itu, facebook/kelabhajimuda  dan facebook/drridzwan akan digunapakai untuk mengemaskini maklumat aktiviti dan tazkirah ringkas.

4.  Untuk projek-projek tahun 2013, kami akan maklumkan dari masa ke semasa di blog dan facebook.

MasyaALLAH & Tabarakallah.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr dan team KHM. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. Murninya niat dan hasrat Dr. ..Ya Allah Kau kurniakan Dr,keluarga dan warga KHM kesihatan,kekuatan,dan semangat yg berterusan dalam merentas perjalanan masih jauh...Ameen. Allahu Akbar !!