Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, February 26, 2013

Hidup Perlu Rehat



Alhamdulilah, dengan izin ALLAH  saya akan ke luar negara untuk  meninjau  perkembangan  Koperasi Syariah untuk golongan dhuafa, meneliti dan diskusi kajian  keberhasilan  model bisnes dhuafa, melanjutkan  diskusi  pembelian tanah yang masih tertangguh untuk tujuan pembinaan  pasentren tahfiz anak yatim (masih perlukan dana Rp60 Juta = RM20,000)  dan membentangkan dua kertas kerja (Nota: kertas praktikal, bukan kertas aje yang kerja) termasuk isu sustainability ummah/bisnes. 

Pada hari Khamis 28hb Feb, InsyaALLAh seramai 21 orang jamaah akan tiba untuk menyertai program wisata rohani selama 4 hari 3 malam dimana mereka akan merasai  suasana Islamik, bertemu dengan tok guru/kiyai, istirehat, shopping dan mengikuti diskusi ilmiah. Pada Sabtu 2 Mac, InsyaALLAH saya akan memberi ceramah 'transformasi diri melalui haji/umrah'  kepada jamaah Umrah provinsi Jawa Barat. 

Moga usaha berterusan ini mendapat  rahmat dan barokah.

2 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr
Moga sentiasa istiqomah dan mendapat apa yang di idamkan oleh semua... pengiktirafan Allah.

ms said...

Assalam Dr
Setiap hari ada ilmu yg diperolehi.. Saya salah seorang peserta/jamaah wisata Bandung ini. Pastinya percutian ini menjadi lebih nilainya buat saya kerana adanya pengisian rohani yg hebat. Sesuatu yang lazimnya dilakukan di tanah suci dapat di praktik disini. Latihan bagi yg mampu, bangun seawal 2.30pg setiap hari ke Daarul Tauhid. SubhanAllah seronoknya... walaupun hanya 3 hari.
MasyaAllah TabarakAllah. Ya Allah bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu dan istikomah memperbaiki ibadah kami.