Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, June 23, 2010

Istighfar

Rasanya belum terlewat untuk saya merakamkan ‘Selamat Menyambut Bulan Ibadah -Bulan Rejab’. Bila saya tanya rakan saya bagaimana amalan Rejab beliau?, maka ada yang bertanya saya balik, "Dah masuk bulan Rejab ke...?" Ya, kita semua manusia yang terlupa. Justeru ingat mengingati adalah penting di dalam menjalani kehidupan.

Bulan Rejab telah disebutkan secara khusus di dalam Al-Qur’an maka sudah tentulah bulan ini mempunyai keistimewaan sendiri. Antara tip penting amalan di Bulan Rejab ialah perbanyakkan istighfar. Ianya mudah sahaja dilakukan, tidak perlu melabur RM untuk mendapat ganjaran istighfar. Ia juga tidak perlu biji-biji 'tasbih' .

Definisi istighfar adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran hanya untuk Allah Subhanahu Wata'ala agar permohonan ampun atas segala dosa dan kesilapan diterimaNya. Allah Subhanahu Wata'ala turut menegaskan kepada hamba-hamba-Nya supaya beristighfar sebagaimana firman-Nya;
"Dan pohonlah ampun bagi dosamu serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang". Surah Al-Mu’minun 55

Insan mulia bernama Muhammad s.a.w juga beristighfar, biarpun ALLAH telah memberi jaminan makam tertinggi di sisi Nya. Justeru, adalah menjadi kewajipan untuk kita beristighfar sebagai tuntutan yang perlu dipenuhi di samping untuk merebut fadilat istighfar. Antara kelebihan istighfar ialah hati menjadi tenang selepas melakukannya.

Dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, ALLAH memberi beberapa lagi kelebihan istighfar antaranya Allah Subhanahu Wata'ala akan memberi nikmat dengan kurnian-Nya yang berupa keluasan rezeki dan kesenangan hidup, sebagaimana dalam sebuah hadis yang maksudnya;
"Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya". (Riwayat Al-Imam Abi Daud)


Moga Rejab yang hampir separuh ini akan menjadikan kita insan yang lebih tawaduk dan sentiasa menginsafi diri. Wallah’alam.

Thursday, June 17, 2010

Bolehkah Pemimpin sarapan di gerai..?

Manusia berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin. Ada yang sanggup melabur jutaan RM, fitnah memfitnah, menjatuhkan orang lain dan menipu demi mencapai cita-cita menjadi pemimpin. Parti politik bersepah, NGO juga terlalu banyak dan persatuan-persatuan juga tidak terkira. MAsing-masing mempunyai matlamat tersendiri.

Bila sebut pemimpin, maka kita terbayang rumah banglo, kereta mewah, jet peribadi, pakaian mahal, makan di hotel 5 star dan dikelilingi wanita jelita.

Bila difikir kembali, apa sebenarnya yang mereka kejar? Kita juga kena tanya diri kita, apa yang sebenarnya yang kita kejar. Mengikut falsafah kuno, Raja (atau pemimpin) adalah hamba kepada rakyat, justeru adalah wajib untuk rakyat mematuhi arahan ‘pemimpin kepada hamba rakyat’.

Berikut saya kongsikan coretan seorang teman (email ini telah beliau hantar bulan April 2010 lalu yang masih saya simpan).
“Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..
Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami.. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..”

Adakah kita mempunyai ciri pemimpin sebegini?

Tuesday, June 8, 2010

Mendung di Musim Summer

Foto: Awan juga mengerti untuk menyusun dan memartabatkan nama ALLAH di angkasa.

Di Tanahair, cuaca kini tidak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Di Saudi pula, cuaca diberitakan amat panas. Ramai rakan-rakan yang sedang melakukan umrah sekarang memaklumkan saya akan cuaca yang panas dan jamaah yang amat ramai. Saya yakin sekarang ini di Eropah pula, musim summer dinanti-nantikan untuk menikmati sinar mentari.

Pengalaman saya, agak sukar untuk bertemu keadaan mendung di musim summer. Jika adapun, ianya cuma sementara.

Bila Islam tertekan dan dihina ianya laksana mendung di musim summer. Namun ALLAH memberi jaminan mendung ini tidak akan lama. Mendung ini bukan mendung di musim tengkujuh yang mungkin akan membawa keperitan berpanjangan akibat banjir, tanah runtuh dan hancurnya bangunan-bangunan. Kita pula diminta berusaha, berdoa dan membantu sahabat-sahabat kita di Palestin dalam apa sahaja bentuk kemampuan.

Penderitaan Palestin adalah mendung di musim panas. Mereka perlu hadapi ’sengsara’ ini dan menyakini bantuan ALLAH dan tentera-tenteraNya. Bom dan peluru hidup adalah mainan bagi anak-anak Palestine, tidak seperti kita yang kadang-kadang melarikan diri dari peminta sedekah dan kurang komited membuat kerja amal (muhasabah untuk diri penulis sendiri). Anak-anak Palestin mempunyai jatidiri yang kuat. Mereka mampu hidup dengan berbagai kekurangan yang ada. Rintihan mereka juga adalah keluhan kita.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Problem, masalah, cabaran, mehnah atau apa sahaja nama yang membelenggu kita adalah mendung di musim Summer. Ianya bersifat sementara. Setiap masalah matematik biar betapa susah ada jawapannya dan setiap persoalan kehidupan ada solusinya. Pokoknya, kehidupan ini adalah pelaburan yang dividennya akan kita nikmati di satu alam lain yang telah dijanjikan. ALLAH berfirman:-

”Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan tangga-tangga perak bagi rumah mereka dan juga tangga-tangga perak yang mereka naiki. Dan kami buatkan pula pintu-pintu perak bagi rumah mereka dan begitu juga dipan-dipan yang mereka bertelekan di atasnya. Dan Kami buatkan pula perhiasan-perhiasan dari emas untuk mereka. Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan Akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Al-Zukhruf: 33-35

Tuesday, June 1, 2010

Hebatnya Negara Penjenayah

Israel Terrorist State telah berjaya merampas kapal aktivis kemanusiaan Free Gaza yang membawa keperluan asas untuk 1.5 juta rakyat Palestin yang kini terhimpit di penjara terbesar dunia (di negara Tanahair mereka sendiri). Tidak banyak yang mampu kita lakukan kecuali suara lantang Presiden Iran, Turki dan Pemimpin Kanan Hezbullah.
Sila layari web berikut untuk maklumat terkini:-
Dunia akan terus membisu
kerana ummah masih lesu
Kita tidak berpusu-pusu
Menuju Tuhan Yang Satu

Jiwa muslim dihinggap kelkatu
hingga mudah ditipu
Akibat tidak bersatu
Berangan-angan kehidupan yang palsu

Sunday, May 30, 2010

Wang Boleh Beli Kebahgiaan?

Anda tentu masih ingat, tahun lepas saya ada menulis di dalam blog ini di bawah Segmen ’tips kehidupan’ berkaitan tajuk ‘Nilai RM5’. Saya nyatakan “Apalah ada pada RM5!”

Ramai antara kita bersetuju jika saya nyatakan bahawa wang tidak mampu membeli kebahagiaan. Wang boleh membeli barangan berbentuk fizikal/objektif . Sukar untuk kita membeli sesuatu asset berbentuk abstrak. Saya cuba mencari jika ada kajian menyebut mengenai equation wang = kebahgiaan. Dalam pencarian, saya terjumpa bahan kajian di bawah ini. Saya biarkan teks asal berbahasa Inggeris ini untuk bacaan dan renungan bersama.


Nota Ridz:
Pakar psikologi dari University of British Columbia dan Harvard Business School membuat kajian How To Buy Happiness juga menggunakan angka 5 iaitu 5 Dollar, kebetulan sama dengan tulisan saya RM5.

Rumusan:
i) Insan yang banyak memberi dan mengutamakan orang lain dari memberi kepada diri sendiri adalah lebih bahagia.

ii) Insan yang mendermakan sebahagian dari bonus tahunan kepada aktiviti sosial lebih bahagia dari yang membelanjakannya kepada perkara lain.

iii) Insan yang suka menderma atau belanja orang lain sebanyak USD5 sehari lebih bahagia dari insan yang simpan USD5. Jika benar,

1. Mampukah kita asingkan RM5 sehari = RM150 sebulan untuk tujuan derma dan belanja kawan-kawan makan-minum?

2. Adakah memberi RM5 secara berterusan setiap hari lebih baik dari memberi RM150 sekaligus sebulan?

3. Adakah membelanjakan RM5 sehari lebih memberi ketenangan dari kita simpan RM5 sehari?

4. Adakah benar equation ini:- Simpan Wang = Bahagia?

Persoalan-persoalan yang saya utarakan ini memerlukan kajian lanjutan.


Berikut adalah teks yang saya ambil dari kajian tersebut.


How to Buy Happiness
Source: Reuters

Money can buy happiness, but only if you spend it on someone else, researchers reported on Thursday.

Spending as little as $5 a day on someone else could significantly boost happiness, the team at the University of British Columbia and Harvard Business School found.

Their experiments on more than 630 Americans showed they were measurably happier when they spent money on others -- even if they thought spending the money on themselves would make them happier.

"We wanted to test our theory that how people spend their money is at least as important as how much money they earn," said Elizabeth Dunn, a psychologist at the University of British Columbia.

They asked their 600 volunteers first to rate their general happiness, report their annual income and detail their monthly spending including bills, gifts for themselves, gifts for others and donations to charity.

"Regardless of how much income each person made, those who spent money on others reported greater happiness, while those who spent more on themselves did not," Dunn said in a statement.

Dunn's team also surveyed 16 employees at a company in Boston before and after they received an annual profit-sharing bonus of between $3,000 and $8,000.

"Employees who devoted more of their bonus to pro-social spending experienced greater happiness after receiving the bonus, and the manner in which they spent that bonus was a more important predictor of their happiness than the size of the bonus itself," they wrote in their report, published in the journal Science.

"Finally, participants who were randomly assigned to spend money on others experienced greater happiness than those assigned to spend money on themselves," they said. They gave their volunteers $5 or $20 and half got clear instructions on how to spend it. Those who spent the money on someone or something else reported feeling happier about it.

"These findings suggest that very minor alterations in spending allocations -- as little as $5 -- may be enough to produce real gains in happiness on a given day," Dunn said. This could also explain why people are no happier even though U.S. society is richer. "Indeed, although real incomes have surged dramatically in recent decades, happiness levels have remained largely flat within developed countries across time," they wrote.

Wednesday, May 26, 2010

Mengapa Motivasi Menurun Siri 4

Nota: Hamba ALLAH di foto ini kelihatan berkeyakinan tinggi, fokus dan seolah-olah jelas AT nya. Gayanya mengambarkan yang dia tahu apa yang dia mahu.

Tulisan berkaitan motivasi menurun ini akan saya tamatkan dan ringkaskan. Mungkin ramai sudah tahu berkaitan topik ini, yang sering dibicarakan di blog lain atau media massa. InsyaALLAH, saya akan memendekkan tulisan entri berkaitan topik ini agar saya boleh bergerak ke penulisan lain.

Faktor seterusnya yang menyebabkan menurunnya motivasi diri ialah tiada fokus.

Cuba kita timbang mana lebih berat, jumlah masa kita fokus kepada apa yang kita tidak mahu vs dengan jumlah masa kita fokus kepada apa yang kita mahu.

Banyak kajian dan tulisan membicarakan bahawa tanpa kita sedari, kita banyak memfokuskan fikiran dan masa kepada perkara yang kita tidak mahu. Kita melayan perasaan ini secara berterusan hingga berlakunya perasaan takut. Contohnya:-

1. Takut miskin jika sedekah. Hujah Ridz - Pernahkah kita bertemu dengan orang jatuh bankrap akibat bersedekah? (Jika ada maklumkan saya, saya hendak jumpa).

2. Takut pergi Haji kerana bersesak. Hujah Ridz- Berapa ramai jamaah haji mati akibat bersesak?

3. Takut gagal jika belajar. Hujah Ridz- Berapa ramai pelajar Universiti yang gagal berbanding yang berjaya menerima ijazah? Siapa kata kita akan gagal bila belajar?

Takut adalah perasaan. Ianya bukanlah ’action’. Jika perasaan takut sentiasa menghantui kita, maka kita berterusan akan takut. Memberi fokus kepada takut akan melemahkan energi kita. Namun, Bila kita fokus, kita akan bina imej yang kita mahu. Bila kita fokus kepada perkara negatif, maka imej negatif akan timbul. Bila kita fokus untuk perkara positif, maka imej positif akan wujud.

Tip Untuk Fokus:-

1. Fokus kepada misi & sasaran kita
Contoh takut nak pergi Haji. Takut bukanlah actionable. Bila buang perasaan takut, maka akan lahirlah tindakan-tindakan positif untuk bersedia ke Tanah Suci.

2. Gunakan perkataan positif. Contoh, elakkan ”Saya tidak mahu lagi pakai kereta Proton” . Gunakan perkataan ”Alhamdulilah, ada juga kereta untuk memandu saya mencari rezeki” atau ”InsyaALLAH saya akan gunakan Mercedes sedikit masa lagi.” Atau ”Sukarnya belajar tahap PhD.” tukarkan ke ”Seronoknya belajar di tahap PhD.”

3. Tuliskan atau semak semula ’priority checklist’ supaya kita boleh fokus kepada perkara yang lebih besar, utama dan memberi impak positif.

Bila 3 langkah mudah di atas telah kita laksanakan, maka kita menghargai aqal kita untuk bekerja. Ini boleh mendorong motivasi diri agar melakukan tindakan untuk mengukir sejarah masa depan.


Bila kita tahu apa yang kita inginkan, fikiran kita
lebih fokus untuk berjaya.


Beruntunglah kepada mereka yang pernah melakukan Tawaf di Baitullah. Mereka memperolehi 120 rahmat dari ALLAH kerana melakukan Tawaf dan diberi kuasa fokus ruhiah yang tinggi. Tawaf mengajar insan untuk fokus disertai dengan zikrullah dan doa. Doa di bawah memberi kita kuasa imiginasi untuk memberi tumpuan khusus agar ALLAH mengharamkan kita memasuki perkampungan neraka dan mengizinkan kita memasuki SYURGANYA tanpa perhitungan amal yang tersangat panjang itu. Wallah’alam.



Doa Tawaf Pusingan ke 2
”Ya ALLAH, kami adalah hambaMU, tempat ini (Baitullah) adalah tempat kami berlindung padaMu dari siksa neraka, maka haramkanlah daging dan kulit kami dari siksa neraka. Ya ALLAH, cintakanlah kami kepada iman dan perindahkanlah ia di hati kami. Bencikanlah kami dari perbuatan kufur, fasiq, maksiat dan durhaka serta masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. Ya ALLAH, peliharalah kami dari azabMu di Hari Engkau kelak membangkitkan hamba-hambaMu. Ya ALLAH, anugerahkanlah kami SYURGA tanpa hisab.” AMIN!

Tuesday, May 25, 2010

Mengapa Motivasi Menurun Siri 3

Nota: Kucing ini telah mempraktikkan keyakinan diri sehingga berani melalui rangkaian anjing-anjing gagah.

Faktor ke-2 penyebab lemahnya motivasi diri ialah tiada Keyakinan kepada apa yang diusahakan. Bila kita tiada keyakinan sudah tentu apa yang dicita-citakan hanya tinggal coretan di buku dan diari.

Proses hijrah mengajar kita bahawa keyakinan yang tinggi kepada ALLAH serta wawasan yang jelas telah membawa Rasululah dan Abu Bakar untuk melangkah gagah membina Daulah Islamiah. Peristiwa di Gua Thur di mana Abu Bakar ketakutan bila melihat tentera jahiliah sudah berada di luar pintu gua, sudah cukup memberi ilmu buat kita iaitu jika kita yakin dengan usaha kita, maka kita boleh berjaya. Di saat kritikal itu Rasululah s.a.w menyebut dengan nada yakin ”ALLAH bersama-sama kita.”

Justeru bagi meningkatkan motivasi diri, kita perlu yakin dengan tumpukan kepada apa yg kita sudah miliki dari tumpukan kepada apa yang kita belum ada. Sekiranya Fikiran tertumpu kepada apa yang belum kita miliki, maka minda akan membina pemikiran negatif dan menyalahkan diri sendiri. Contohnya, sekarang kita mempunyai kereta Proton Persona dan kita berangan-angan mahu sekali memiliki Mercedes Kompressor. Sekiranya kita memang tidak mampu membelinya, memberi tumpuan berterusan untuk memiliki Mercedes ini akan membawa tekanan dalam diri. Akibatnya, kita akan menyalahkan orang lain, diri sendiri dan apa sahaja disekeliling kita kerana menyebabkan kita tidak mampu memiliki Mercedes ini. Tanpa disedari, Kita akan bina energi negatif dalam diri.

Apa yang akan anda lakukan jika anda pasti anda tidak akan gagal?


Dengan melihat kepada apa yang kita sudah ada, ia akan membawa energi positif untuk kita teruskan apa yang kita usahakan. Apa yang sudah kita miliki adalah success story yang kita boleh ’banggakan’. Kejayaan-kejayaan silam adalah peletus motivasi yang khusus buat kita. Ianya teramat istimewa yang mampu mendorong semangat membara.

Berikut adalah langkah-langkah ringkas membina keyakinan:-

1. Terima kasih ALLAH, Alhamdulilah
2. Syukur kepada apa yang sudah dimiliki
3. Ingat kembali kejayaan silam
4. Lihat kekuatan diri yang sedia ada
5. Kapitalise kekuatan untuk menuju apa yang disasarkan.

Akhir sekali, kita hendaklah sama-sama berfikiran positif mengenai kehidupan. Jika mahukan motivasi diri berterusan, usah dilayan kehendak diri untuk give up terhadap sesuatu yang kita ingin atau sedang usahakan.