Faktor ke-2 penyebab lemahnya motivasi diri ialah tiada Keyakinan kepada apa yang diusahakan. Bila kita tiada keyakinan sudah tentu apa yang dicita-citakan hanya tinggal coretan di buku dan diari.
Proses hijrah mengajar kita bahawa keyakinan yang tinggi kepada ALLAH serta wawasan yang jelas telah membawa Rasululah dan Abu Bakar untuk melangkah gagah membina Daulah Islamiah. Peristiwa di Gua Thur di mana Abu Bakar ketakutan bila melihat tentera jahiliah sudah berada di luar pintu gua, sudah cukup memberi ilmu buat kita iaitu jika kita yakin dengan usaha kita, maka kita boleh berjaya. Di saat kritikal itu Rasululah s.a.w menyebut dengan nada yakin ”ALLAH bersama-sama kita.”
Justeru bagi meningkatkan motivasi diri, kita perlu yakin dengan tumpukan kepada apa yg kita sudah miliki dari tumpukan kepada apa yang kita belum ada. Sekiranya Fikiran tertumpu kepada apa yang belum kita miliki, maka minda akan membina pemikiran negatif dan menyalahkan diri sendiri. Contohnya, sekarang kita mempunyai kereta Proton Persona dan kita berangan-angan mahu sekali memiliki Mercedes Kompressor. Sekiranya kita memang tidak mampu membelinya, memberi tumpuan berterusan untuk memiliki Mercedes ini akan membawa tekanan dalam diri. Akibatnya, kita akan menyalahkan orang lain, diri sendiri dan apa sahaja disekeliling kita kerana menyebabkan kita tidak mampu memiliki Mercedes ini. Tanpa disedari, Kita akan bina energi negatif dalam diri.
Apa yang akan anda lakukan jika anda pasti anda tidak akan gagal?
Dengan melihat kepada apa yang kita sudah ada, ia akan membawa energi positif untuk kita teruskan apa yang kita usahakan. Apa yang sudah kita miliki adalah success story yang kita boleh ’banggakan’. Kejayaan-kejayaan silam adalah peletus motivasi yang khusus buat kita. Ianya teramat istimewa yang mampu mendorong semangat membara.
Berikut adalah langkah-langkah ringkas membina keyakinan:-
1. Terima kasih ALLAH, Alhamdulilah
2. Syukur kepada apa yang sudah dimiliki
3. Ingat kembali kejayaan silam
4. Lihat kekuatan diri yang sedia ada
5. Kapitalise kekuatan untuk menuju apa yang disasarkan.
Akhir sekali, kita hendaklah sama-sama berfikiran positif mengenai kehidupan. Jika mahukan motivasi diri berterusan, usah dilayan kehendak diri untuk give up terhadap sesuatu yang kita ingin atau sedang usahakan.
No comments:
Post a Comment