Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, May 22, 2010

Mengapa Motivasi Menurun Siri 2

Al-Qur’an menyebut bahawa kita adalah golongan yang semestinya menjadikan fazzakkir sebagai budaya hidup. Golongan ini adalah mereka yang menjadikan sikap ingat-mengingati sebagai budaya hidup. Justeru , siri ke-2 mengapa motivasi menurun ini adalah sebagai satu proses untuk ingat mengingati kepada perkara-perkara yang kita sendiri telah tahu. Perkara yang ingin saya kongsi ini adalah elemen diri yang kita sendiri boleh kawal dan uruskan untuk menjana motivasi diri.

Dalam pembacaan saya dan pengalaman hidup, ada 4 faktor penting mengapa kita selalu dilanda motivasi diri yang rendah. Entri kali ini saya membicarakan faktor pertama yang menyebabkan motivasi kita lemah iaitu TIADA ARAH TUJU (AT).

Arah Tuju (AT) adalah perkara penting dalam kehidupan. Ketika saya belajar memandu pesawat kecil menuju arah yang diberikan oleh Jurulatih pesawat, saya menggunakan beberapa petunjuk penting (meter) di dalam pesawat. Jurulatih mengajar saya apa hendak di baca, di tengok dan bagaimana saya perlu mengendalikan pesawat ringan ini. Akibat kurangnya ilmu, maka pesawat yang sepatutnya menuju ke Batu Berendam telah terpusing arah menuju ke Kuantan. Dengan lain perkataan, arah tuju sudah jelas tetapi kekurangan ilmu menyebabkan pesawat menuju ke destinasi lain- Kuantan (Jurulatih pesawat membiarkan sahaja saya mengendali pesawat). Akhirnya, saya menyedari ada yang tidak kena maka saya bertanya Jurulatih ”Andrew, are we in the right direction?” Beliau menjawab ”No!” Saya menambah ”So, what to do?” ”I want you to think how to return to the right direction. Use correct calculation and think whether it is safe to either back to base station or move straight to our main destination.” Saya berhadapan dengan cabaran besar untuk menuju ke destinasi kerana perlu membuat 'calculation' samada minyak di tangki pesawat cukup untuk membawa pesawat ke destinasi. Arahan Andrew keras tetapi beliau mahu mengajar saya bahawa memandu pesawat bukan sekadar menuju destinasi tetapi ia melibatkan keselamatan nyawa.


Pengalaman ini mengajar saya bahawa, ilmu dan nasihat orang lain penting jika kita tersesat jalan bagi membetulkan arah tuju. Pesawat mempunyai kompas untuk memandu arah tuju. Kita-Muslim juga mempunyai kompas hidup, panduan Qur’an dan berkiblatkan Kaabah. Namun ini adalah aspek yang teoritikal untuk dibicarakan. Di pejabat, saya selalu ingatkan Pengurus-pengurus saya bahawa

kita perlu merealisasikan impian dan arah tuju di
dalam berbagai limitasi yang ada. (Ridz)

Cuba kita sama-sama fikir bagaimana Rasululah s.a.w. menghadapi proses Hijrah? Berapa ramai insan yang bersama-sama beliau melakukan hijrah? Apakah faktor pendorong motivasi Baginda untuk melakukannya di dalam keadaan serba kekurangan dan ancaman? Perjalanan Mekah-Yathrib bukanlah dekat, terpaksa merempuh gurun padang pasir yang sudah tentu tiada R&R dan cuaca panas di siang hari.
Rasululah boleh senaraikan limitasi dan alasan berikut untuk tidak melakukan Hijrah:-
1. Buat apa susah-susah membuat perjalanan jauh dengan unta?
2. Cuaca panas
3. Jalan menyusuri jalan pinggiran laut amat jauh menuju Yathrib
4. Jika kena tangkap, sudah tentu puak Jahiliah akan membunuh baginda.
5. Saya hendak makan-minum apa?
6. Betul ke penduduk Yathrib akan menerima saya?
7. Abu Bakr ni boleh percaya ke?
Solusi yang ada:-
1. Terima ajelah tawaran Abu Jahal untuk melantik Baginda sebagai Raja Pembesar mekah
2. Terima ajelah kekayaan dan status tinggi yang bakal diberikan oleh Parlimen Mekah.
3. Terima ajelah option memilih perempuan terbaik dan tercantik di Mekah untuk nikmat hidup.
Mengikut kitab-kitab sirah, Rasululah s.a.w menolak semua solusi dan menyahkan semua limitasi yang ada demi cita-cita Arah Tuju membina Daulah Islamiah di Madinah Al-Munawwarah.
Rasululah s.a.w dan Abu Bakar menunjukkan kita panduan motivasi hebat ini bahawa bila Arah Tuju jelas, maka kita akan sanggup rempuh apa sahaja halangan untuk mencapainya. Di dalam limitasi yang banyak, kita mesti istiqamah (passion) menuju arah tuju (AT).
Jangan letakkan banyak alasan di dalam pinggan kejayaan! (Ridz).
Setiap kita perlu mempunyai AT jangka panjang dan AT jangka pendek. Arah Tuju (AT) ini perlu dimantapkan dengan melakukan perkara berikut:-

1. Kenalpasti aktiviti yang boleh menyokong arah tuju
2. Susun aktiviti mengikut keutamaan
3. lakukan pelan tindakan yang mampu memberi impak besar.


Contoh, dalam dua minggu ini ada 3 insan yang tidak saya kenali (nama dirahsiakan) menghantar email dan telefon saya bagaimana untuk melakukan transformasi diri untuk kembali serius mengenal Islam. Apa yang perlu dilakukan?

Dengan menjadikan Arah Tuju (AT) untuk kembali mengamalkan Islam, 3 langkah di atas boleh dilakukan mengikut limitasi yang ada. Ketiga-tiga insan ini mempunyai kekuatan dan limitasi tersendiri justeru solusinya berbeza. Jika mereka benar-benar ikhlas dan sedang mencari kedamaian hati, mereka perlu serius fikir aktiviti dan pelan tindakan untuk berjaya. Dan ianya hendaklah dilakukan secara ’consistent with passion’.

Bila AT jangka panjang telah serius di susun, motivasi diri perlu diasah dengan mengenalpasti AT jangka pendek. Contohnya, jika kita tidak tahu baca Qur’an, seriuslah belajar membaca Qur’an biarpun ditahap buku IQRA’ 1. Letak AT jangka pendek untuk tamat belajar buku IQRA dalam tempoh 3 bulan (contohnya). Bagi muslimah, biasanya di pejabat dianjurkan kelas membaca Al-Qur’an seminggu sekali, maka sertailah rakan-rakan. Bagi muslimin, mendampingi Masjid mampu mengekalkan tahap motivasi diri.

Saya yakin bila kita benar-benar ikhlas mahu melakukan transformasi diri, kita akan mampu mengenal pasti banyak aktiviti atau AT jangka pendek bagi menyokong AT jangka panjang/misi ini.

Ayuh kita tanya tanya diri sendiri, adakah kita mempunyai Arah Tuju yang realistik?

2 comments:

Anonymous said...

Salam Dr Ridz,

N3 yang penuh makna dengan analogi yang menarik. Masih ramai di antara kita yang terumbang-ambing kerana tidak pasti arah tuju (AT)dan kurang disiplin.

Sebelum berhijrah perlu ada 'kesedaran','kemahuan untuk berubah' dan 'keihklasan'.

Dr Ridz telah membuka jalan dengan memberikan 'tips' dalam bentuk AT jangka pendek dan AT jangka panjang sebagai motivasi untuk berubah...

Tk kerana berkongsi ilmu dengan para pengunjung..

Salam hornat,
Kak Sharifah

haji muda said...

Salam,
Terima kasih kak Sharifah dgn komen ini.