Nota: Beratnya nak tolak basikal ni...
Adakah kita perlukan motivasi?
Kebanyakkan orang yang saya temui menyatakan kita memerlukan motivasi setiap hari. Namun ada juga tidak bersetuju dengan pendapat ini. Bagi golongan ini, solat sudah memadai sebagai faktor pendorong motivasi. Setiap kali azan, muazin menjemput kita ”Mari menunaikan solat. Mari menuju al-falah/kejayaan.” Secara teorinya, ianya betul iaitu solat boleh membawa kita kejayaan. Setapak kehadapan, adakah benar kita mampu menjadikan solat sebagai pendorong motivasi? Jika benar, mengapa ada antara kita tidak bermotivasi walaupun selepas solat?
Banyak faktor kita kurang motivasi. Jika kita pekerja, perkara seperti Traffic jam, berebut parking, berlumba pada rushing-hour, Bos yang tidak bagus, persekitaran kerja yang tidak menarik, gaji kecil, tiada bonus dan kurang perhargaan boleh menjadi sebab. Bagi pelajar pula, tugasan yang banyak, dimarahi ibubapa, skor peperiksaan rendah, tiada bahan rujukan dan pengaruh negatif juga menyumbang tahap lemahnya motivasi.
Saya perhatikan ramai rakan-rakan di pejabat samada di sektor korporat, kerajaan, pensyarah universiti hatta imam dan AJK Masjid mengungkapkan kalimah lemahnya motivasi diri. Ungkapan-ungkapan negatif seperti bosan ke pejabat, buat kerja kuat tak dapat apa, kerja kuatpun kenaikan gaji sama aje, kaki ampu mudah naik pangkat dan berbagai lagi perkataan negatif yang hanya akan melemaskan lagi minda dan motivasi. Akhirnya, bila satu demi satu berkumpul membicarakan perkataan dan jiwa negatif, maka akan wujud kumpulan negatif yang akan menjadi kanser dalam organisasi.
BAHAYANYA, kita akan menafikan kelebihan yang kita ada dengan memfokuskan kepada perkara yang tidak membawa keuntungan jangka-panjang!
Saya amat yakin pemuda/i berjiwa Madinah generasi pertama tidak berjiwa negatif. Hasil didikan terus dari Rasul Pilihan Muhamad s.a.w., mereka bekerja dan berusaha atas satu wawasan memartabatkan Kalimah Syahadah. Generasi-generasi seterusnya pula mampu membebaskan Al-Aqsa, menguasai 2/3 dunia dan cemerlang dalam bidang ilmu dan membuat berbagai inovasi (Saya menyentuh perkara ini di dalam buku Bila Pintu Hati Terbuka).
InsyaALLAH, saya akan berkongsi beberapa tip-tip penting di dalam entri yang akan datang dengan harapan dapat membantu kita semua supaya melakukan ’self-motivation’. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman saya dan membantu rakan-rakan meningkatkan kualiti diri. Ia juga adalah muhasabah saya ke atas kelemahan diri ini.
Nota Ridz: Tarbiah Haji adalah salah satu nukleus mencapai ’self-motivation’.
6 comments:
Salam Dr.
saya setuju tarbiyah haji adalah motivasi yang unggu. Itu bagi yang telah kesana, bagagmana bagi yang belum kesana.
Sifat-sifat negetif yang ada dalam diri meransang turunnya motivasi. Selagi sifat ini tidak dikikis amat sukar buat kita untuk mengekalkan momentum diri kearah positif.
Terima kasi Allah. Wasalam
Salam alihassan,
Saya setuju utk kita sama2 membuang sifat negatif. Utk mereka yg belum tunaikan haji/umrah, insyaallah saya akan berkongsi di beberapa entri akan datang mengenai mengekalkan motivasi.
TQ.
Salam Dr,
Seringkali membaca n3 Dr, pasti saya bermuhasabbah diri.
betul...ada kalanya banyak benda2 remeh yang menyebabkan hilang motivasi diri..kena muhasabah diri kembali
betul...kadang2 banyak perkara2 remeh yang menyebabkan motivasi makin menurun...kena muhasabah diri kembali
salam ina & Jie,
Muhasabah diri akan memantapkan perjalanan hidup.
Post a Comment