Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, May 26, 2010

Mengapa Motivasi Menurun Siri 4

Nota: Hamba ALLAH di foto ini kelihatan berkeyakinan tinggi, fokus dan seolah-olah jelas AT nya. Gayanya mengambarkan yang dia tahu apa yang dia mahu.

Tulisan berkaitan motivasi menurun ini akan saya tamatkan dan ringkaskan. Mungkin ramai sudah tahu berkaitan topik ini, yang sering dibicarakan di blog lain atau media massa. InsyaALLAH, saya akan memendekkan tulisan entri berkaitan topik ini agar saya boleh bergerak ke penulisan lain.

Faktor seterusnya yang menyebabkan menurunnya motivasi diri ialah tiada fokus.

Cuba kita timbang mana lebih berat, jumlah masa kita fokus kepada apa yang kita tidak mahu vs dengan jumlah masa kita fokus kepada apa yang kita mahu.

Banyak kajian dan tulisan membicarakan bahawa tanpa kita sedari, kita banyak memfokuskan fikiran dan masa kepada perkara yang kita tidak mahu. Kita melayan perasaan ini secara berterusan hingga berlakunya perasaan takut. Contohnya:-

1. Takut miskin jika sedekah. Hujah Ridz - Pernahkah kita bertemu dengan orang jatuh bankrap akibat bersedekah? (Jika ada maklumkan saya, saya hendak jumpa).

2. Takut pergi Haji kerana bersesak. Hujah Ridz- Berapa ramai jamaah haji mati akibat bersesak?

3. Takut gagal jika belajar. Hujah Ridz- Berapa ramai pelajar Universiti yang gagal berbanding yang berjaya menerima ijazah? Siapa kata kita akan gagal bila belajar?

Takut adalah perasaan. Ianya bukanlah ’action’. Jika perasaan takut sentiasa menghantui kita, maka kita berterusan akan takut. Memberi fokus kepada takut akan melemahkan energi kita. Namun, Bila kita fokus, kita akan bina imej yang kita mahu. Bila kita fokus kepada perkara negatif, maka imej negatif akan timbul. Bila kita fokus untuk perkara positif, maka imej positif akan wujud.

Tip Untuk Fokus:-

1. Fokus kepada misi & sasaran kita
Contoh takut nak pergi Haji. Takut bukanlah actionable. Bila buang perasaan takut, maka akan lahirlah tindakan-tindakan positif untuk bersedia ke Tanah Suci.

2. Gunakan perkataan positif. Contoh, elakkan ”Saya tidak mahu lagi pakai kereta Proton” . Gunakan perkataan ”Alhamdulilah, ada juga kereta untuk memandu saya mencari rezeki” atau ”InsyaALLAH saya akan gunakan Mercedes sedikit masa lagi.” Atau ”Sukarnya belajar tahap PhD.” tukarkan ke ”Seronoknya belajar di tahap PhD.”

3. Tuliskan atau semak semula ’priority checklist’ supaya kita boleh fokus kepada perkara yang lebih besar, utama dan memberi impak positif.

Bila 3 langkah mudah di atas telah kita laksanakan, maka kita menghargai aqal kita untuk bekerja. Ini boleh mendorong motivasi diri agar melakukan tindakan untuk mengukir sejarah masa depan.


Bila kita tahu apa yang kita inginkan, fikiran kita
lebih fokus untuk berjaya.


Beruntunglah kepada mereka yang pernah melakukan Tawaf di Baitullah. Mereka memperolehi 120 rahmat dari ALLAH kerana melakukan Tawaf dan diberi kuasa fokus ruhiah yang tinggi. Tawaf mengajar insan untuk fokus disertai dengan zikrullah dan doa. Doa di bawah memberi kita kuasa imiginasi untuk memberi tumpuan khusus agar ALLAH mengharamkan kita memasuki perkampungan neraka dan mengizinkan kita memasuki SYURGANYA tanpa perhitungan amal yang tersangat panjang itu. Wallah’alam.



Doa Tawaf Pusingan ke 2
”Ya ALLAH, kami adalah hambaMU, tempat ini (Baitullah) adalah tempat kami berlindung padaMu dari siksa neraka, maka haramkanlah daging dan kulit kami dari siksa neraka. Ya ALLAH, cintakanlah kami kepada iman dan perindahkanlah ia di hati kami. Bencikanlah kami dari perbuatan kufur, fasiq, maksiat dan durhaka serta masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. Ya ALLAH, peliharalah kami dari azabMu di Hari Engkau kelak membangkitkan hamba-hambaMu. Ya ALLAH, anugerahkanlah kami SYURGA tanpa hisab.” AMIN!

2 comments:

alihassan said...

Salam Dr.
Saya setuju dengan artikel Dr.
Boleh Dr ulas apa yang dikatakan oleh Presiden KGGMMB yang pelajar Islam/Melayu akan gagal jika UPKK (Ujian Peneilian Kelas Kafa)bakal dijalankan seperti UPSR. Beliau bimbang pelajar Islam/Melayu akan terbeban. Perlaksanaan belum dijalankan tapi seorang ketua persatuan perguruan sudah menyerah kalah.(rujuk BH ms40 bth 27/5/10.
Saya rasa kenyataan beliau ada kaitan dengan artikel Dr.Wasallam.

haji muda said...

Salam alihassan,
Berdasarkan pengalaman dan kajian rawak, Saya berpendapat bahawa pelajar yg menghadiri kelas KAFA/SAR dan pd masa yg sama mengambil UPSR mencapai keputusan yg lebih baik dari mereka yg hanya fokus kpd kelas UPSR. Wallah'alam.