Nota: Ruginya kita tidak dapat melakukan Tawaf sepanjang masa. Tawaf malam lebih tinggi nikmatnya.
Malam tadi saya tersentak dari tidur. Tiba-tiba rindu akan Kaabah menghampiri diri yang kerdil ini. Sudah sebulan lebih saya meninggalkan bumi Mekah tetapi kerinduan tiba-tiba merenjis hati kecil ini. Sukar untuk memperolehi renjisan kedamaian dan lapangnya fikiran seperti di Tanah Suci.
Ramai juga bertanya saya, bila lagi saya nak buat Umrah? kami nak ikut sama. Ya lah... kalau ikut hati sudah tentu mahu ke sana lagi dalam tempoh terdekat. Jawapan saya, kumpullah duit. Jika saya nak pergi, saya akan maklumkan saudara-mara, rakan-rakan dan blog saya. Kita pergi ramai-ramai sebagai satu pasukan, barulah seronok.
Minggu lepas selepas memberi ceramah di sebuah program, ada insan bertanya saya, “Bolehkah kita pergi Umrah pakai pinjaman koperasi?” Saya tersenyum kerana soalan ini adalah ranking pertama soalan-soalan yang pernah dikemukakan kepada saya. Wajah insan yang bertanya pula benar-benar excited seolah-olah esok hari juga hendak ke pejabat Koperasi untuk memohon pinjaman.
Saya tiada autoriti untuk membenarkannya. Namun bila berkesempatan untuk membincangkan perkara ini di ceramah-ceramah, maka saya akan mengupas dengan lebih panjang dengan membuka minda pendengar untuk melihat beberapa pilihan yang ada. Pada hemat saya, perkara pinjaman koperasi ini agak fleksi bergantung kepada kemampuan (mampu semasa dan selepas pulang Umrah) dan jaminan diri diperlindungkan.
Contoh 1 : Jika gaji Puan A ialah RM2,000 dan gaji bersih ialah RM1,000 dan ansuran bulanan koperasi ialah RM400, maka saya berpendapat ianya tidak seharusnya dilakukan. Sukar untuk hidup dengan gaji bersih RM600 khususnya di bandar-bandar.
Contoh 2 : Jika gaji Puan A ialah RM2,000 dan gaji bersih ialah RM1,600 dan ansuran bulanan koperasi ialah RM400, maka saya berpendapat pinjaman ini seharusnya dibolehkan kerana gaji bersih selepas tolak pinjaman koperasi =RM1,200 (tanpa ada tanggungan lain). Pun begitu, panduan seperti perkongsian saya dalam buku Haji Muda semestinya dilaksanakan iaitu pinjaman ini dilindungi oleh Takaful dan tempoh pinjaman yang singkat (seminima mungkin).
Dari perspektif lain, jika kita terlalu jumud/rigid, kemungkinan Puan A akan membuat pinjaman koperasi untuk ke Gold Coast atau ke Bali. Justeru, dari membenarkan beliau ke Gold Coast atau Bali, maka kita perlu mengambil pendekatan maslahah fleksi dengan mengharuskan pinjaman koperasi untuk menunaikan Umrah. Wallah’alam (Astaghfirullahal azim, Ya ALLAH ampunkan kami jika pada pengetahuan MU, pendapat ini tidak benar).
Apa pun hujah, saya berpendapat berilah peluang semua insan untuk merasai nikmatnya beribadah di Tanah Suci. Jika mereka pergi ke Tanah Suci dengan hati yang tulus ikhlas kerana ALLAH, ALLAH akan melapangkan rezeki dan akan mempercepatkan penyelesaian hutang koperasi tersebut.
Rugi melewat-lewatkan usia untuk ke Tanah Suci. Kita sama-sama perlu berusaha memudahkan urusan insan yang ingin tunaikan Haji/Umrah, insan yang mahu berkahwin dan insan yang mahu menuntut ilmu. Bila kita memudahkan dan membantu insan lain merealisasikan impian, ALLAH juga akan memudahkan urusan impian kita menuju SyurgaNYA.
11 comments:
salam Dr Ridz,
kak nab setuju apa yang Dr katakan...rugi jika melewatkan pemergian ke Makkah! tidak dapat merasai kenikmatan beribadah di sana! terkilan sangat jika mereka yang berkemampuan tapi tidak mau ke sana ( rakan akak! ).
salam dr
alhamdulillah, rasa rindu kita yg pernah pergi ke sana tak akan pernah padam,
kami insyallah dgn keizinan Allah dh mula buat perancangan , kalau mendapat jemputan Allah, mungkin penghujung ramadhan dan aidilfitri di sana , insyallah
moga diperkenankan
Salam Dr.
Rindu Baitullah adalah lumrah kepada mereka yang pernah pergi. Ini kerana hanya mereka yang dapat merasai nikmat beribadat dirumah Allah. Rindu saya diubat dengan blog PDKM dan sejadah yang saya gunakan semasa menunaikan haji.
Salam Dr,
Rindu ke sana bagai org tengah bercinta...boleh angau dibuatnya.
Utk wanita, ada 1 syarat tambahan iaitu perlu bersama mahram. W/pun syarat2 lain dah cukup, perkara berkaitan mahram nie pun boleh menjadi satu cabaran yg besar. Bukan tak boleh pergi dgn mahram selain suami. Tetapi sudah pasti seorg isteri ingin mengerjakan umrah/haji bersama suami.
salam dr...selalu mengikut blog dr...suka sangat..moga Allah swt membalas segala galanya utk dr...kalau berhajat menunaikan umrah lg jemputlah singgah kerumah kami di jeddah...
asma & zul
jeddah
slm dr..
teruja sngt bila di jemput atau di ajak ke umrah...biasalah ia bergantung pada kewangan kita..sebaiknya bila ada perancangan nak buat..mohon uar2kan seawal mungkin..dapat kawal budget..menabung lebih...
Salam Kak Nab/rezeki/Alihassan,
Mengikut pandangan ulama', mereka yg sentiasa merindui Mekah/Madinah mempunyai tanda2 positif kehidupan.
Moga kita termasuk golongan ini
Salam Asma& Zul,
Alhamdulilah panjang lagi network ukhuwah saya. InsyaALLAH saya akan ziarah. Mohon email saya no tel di Jeddah.
email tigeridz@gmail.com
Salam Kaklong,
InsyaALLAH nanti saya war-warkan.
salam dr,
insyaallah kalau diizinkan Allah saya akan ke sana buat kali pertama 4 jun ini..perasaan bercampur baur gembira,berdebar,doakan segalanya berjalan lancar.
Post a Comment