Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, May 9, 2010

Cukai Pendapatan RM89 bilion...


Beberapa akhbar utama memetik bahawa Cukai pendapatan individu yang bakal/telah dikutip ke atas pengajian rakyat Malaysia bagi tahun ini bernilai RM89 bil. Wow! Banyak tu. Itu belum lagi cukai korporat. Tahniah kepada LHDN kerana mampu mengutip wang yang sangat besar untuk pembangunan Negara. Mengikut sejarah klasik, percukaian ini bermula kerana kerajaan Barat mahu mengutip cukai ke atas orang kaya sahaja. Namun, dunia kapitalis merejam semua rakyat termasuk golongan sederhana dan marhain. Kaedah ini diguna pakai hingga ke hari ini.

Saya berminat untuk kupas satu perkara yang berkait rapat dengan cukai pendapatan.

1. Hutang
Setiap kita mempunyai hutang. Di dalam keadaan koleksi wang yang besar itu, secara umum, rakyat Malaysia dikelilingi oleh hutang. Bebanan hidup amat ketara, berbagai-bagai cukai dikenakan termasuk tol-tol yang tinggi. Tiada pula syarikat tol yang mengeluh, kerana bisnes tersebut menjanjikan aliran tunai tanpa henti. Yang mengeluh ialah kita! Ini belum lagi cukai VAT, GST, cukai jalan, cukai taksiran, bayaran parkir, kadar bil utiliti dharuri yang tinggi seperti api, air dan indah water.

Baru-baru ini saya bersembang dengan rakan. Saya bertanya berapa kerap beliau ziarah mak yang masih ada itu. Beliau menjawab setahun sekali semasa Hari Raya sahaja. Saya melanjutkan soalan, mengapa menjadi begitu? Jawab beliau, kos balik kampung sahaja lebih kurang RM1,000. Itupun isi full-tank Naza beliau pakai kad kredit. Tol beratus-ratus, kos makan-minum dll perlu juga difikirkan.

Ya! Hutang menghalang kasih sayang anak-ibu. Cukai pendapatan individu yang tinggi dengan pelepasan yang tidak munasabah adalah salah satu faktor yang menyebabkan rakyat terus berhutang.

Implikasi:-
a) Jika rakyat terus terhimpit dan hidup berhutang, maka usaha membasmi RASUAH dan kemiskinan tidak akan berhasil.

b) Kualiti sebuah keluarga muslim mungkin juga terjejas kerana rakyat terpaksa bekerja part-time selepas waktu pejabat. Tumpuan membina keluarga dan anak-anak tidak akan berhasil jika muslim mula sibuk dengan usaha menambah pendapatan dengan menjadi agen MLM, insurans, berniaga di pasar malam atau memandu teksi. Lebih parah bila perkara-perkara terlarang seperti rasuah, menjadi perempuan simpanan, GRO dll dijadikan profesion atau tabiat sampingan mencari wang.

Cadangan:
Kira-kira 3 tahun lalu, saya pernah menulis kepada akhbar-akhbar utama mengenai perkara ini tetapi tidak mendapat perhatian. Pendek cerita, jika kita benar-benar serius untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berjaya dunia dan akhirat, satu polisi menyeluruh perlu dibangunkan bagi tujuan pengurusan ekonomi ‘fiscal dan monetary’ khususnya dalam aspek pengurusan cukai. Dasar percukaian perlulah lebih mesra rakyat dan tidak menjadikan sistem kapitalis sebagai panduan.

Contohnya:-
kerajaan perlu fikir dan bantu rakyat untuk mengurangkan atau memberi lebih banyak rebat kepada golongan yang banyak anak dan tuntutan pelajaran/ insuran pendidikan. Rebat RM1,000 untuk seorang anak adalah tidak bersesuaian dengan perubahan ekonomi dan peningkatan inflasi.

Kesimpulan:
Saya menyakini bahawa bila manusia bebas dari hutang, jiwa mereka lebih tenang dan dapat menyalurkan lebihan wang untuk kerja-kerja agama serta mak-ayah di kampong. Kerajaan perlu meringankan bebanan cukai rakyat dengan mencari alternatif percukaian yang tidak membebankan golongan rakyat sederhana dan marhain.
Wallah'alam.

9 comments:

Azemi Ali said...

Salam Dr. Ridzwan,

Pihak akhbar membuat kesilapan bila mengatakan cukap pendapatan RM89B. Sebenarnya semua cukai yang dikutip oleh LHDN (cukai pendapatan, cukai korporat, cukai petroleum, Duti Setem, etc ) pada tahun lepas ialah RM89B. Target untuk tahun ini juga sama. Cukai pendapatan ialah antara yang terendah antara cukai-cukai diatas.

Salam

Naz Mohamed said...

Salam Dr,

Keseronokan dpt bonus hilang bila ditolak cukai sehingga hampir 30%. Setiap tahun bila buat taksiran masih kena byr cukai tambahan walaupun dah kena PCB. Habis duit bonus utk cukai saja. Terasa penat bekerja.

jie said...

Setuju dengan tulisan Dr. Pusing sana sini di mana-mana ada cukai.

Rosebud said...

Saya hairan kenapa pelepasan cukai tidak setara berubah mengikut perubahab semasa, hampir sama sejak 20 tahun yg lalu.. increment tahun lepas saya dapat agak banyak, tapi lebihkurang 70% pergi ke incometax (PCB) dan beberapa peratus ke epf. Yang tinggal untuk saya nett kurang dari 30%. Naik pangkat, kerja tambah, balik makin lambat, gaji tambah but mostly goes to income tax, tinggal net yg sgt sedikit... kesian keluarga saya. Terfikir juga berbaloi ke ini semua..

haji muda said...

Salam Azemi,
Terima kasih dengan pembetulan.

haji muda said...

Salam ina,
Kesiannya membawa pulang nett yg kecil.

haji muda said...

salam jie & Rosebud,
Memang tak berbaloi penat lelah kita dikenakan cukai. Perlu ada jalan dan option utk membantu rakyat yg bukan sahaja sesak wang tetapi sesak dijalan selepas membayar tol!

Naz Mohamed said...

Salam Dr,

Apapun sedih di hati terubat dgn perasaan syukur apabila memandang rumput di bawah. Ada yg tak dpt bonus & kenaikan gaji. Ramai yg 'struggle'utk mencari sesuap nasi.

haji muda said...

Salam Ina,
Jika saya ke Melaka, boleh set perkongsian ceramah saya dgn warga kerja?