Alhamdulilah buku Haji Muda: Tip-tip menjadi tetamu Allah kini berada di fasa terakhir. Mengikut penerbit, mereka telahpun menguruskan percetakkan dan kulit buku berada di unit grafik. Moga sasaran berada di pasaran pada awal Ramadhan akan menjadi kenyataan.
Rupa-rupanya bukannya mudah untuk melahirkan buku sulong sumbangan saya kepada masyarakat ini. Ianya bermula dengan perancangan, perbanyakkan istighfar, keinsafan diri, mencari mesej, melengkapkan manuskrip, bersengkang mata di hujung minggu, membuat rujukan, berbincang dengan ustaz dan rakan-rakan hinggalah ke peringkat akhir editing. Rakan-rakan seperti Faris, Imran, Firdaus dan Azmi bekerja keras untuk maksud ini. Tidak kurang juga dengan sokongan ahli keluarga saya, Prof Kamil, SifuPTS, Ustaz Zakuan, Abg Shafie CMD, Rezianna, Hjh Fauziah dll, kesemuanya ingin melihat buku ini lahir dengan jayanya.
Kelmarin saya dijemput untuk memberi ceramah keusahawanan di sebuah IPTA. Walaupun kurang sihat, saya mengambil sedikit masa untuk bersama-sama mereka untuk berkongsi pengalaman dan bagaimana 'membina jaringan perniagaan'. Di akhir ceramah saya, saya berkongsi video clip dengan bakal usahawan muda ini. Penutupnya, saya memulakan marketing untuk buku Haji Muda ini dengan harapan mereka akan menjadi usahawan muda berteraskan Islam, berpaksikan tawaf dan Kaabah. Saya tunjukkan draf kulit buku dengan tuan Imran sebagai model buku. Mereka tertarik dan melahirkan keinginan untuk membaca buku ini.
InsyaAllah, bila kulit buku sudah finalize, saya akan paparkan di blog ini. Untuk mendapatkan sinopsis buku, sila lawat :
http://pts.com.my/index.php/buku/2620/
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Sunday, August 31, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Harapan Masyarakat vs kemampuan diri
Pembaca budiman assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi dilema ini dgn pembaca budiman.
Di dalam meniti kehidupan, kita akan cuba merendah diri (bukan mengasing diri). Jawatan-jawatan bila diberi kita cuba tolak kononya kita bekerja bukan untuk jawatan. Namun bila saya diminta untuk menjadi Bendahari Masjid dan nama akan dimajukan ke exco agama kerajaan negeri untuk endorsement, maka hati mula berbelah bagi. Harapan masyarakat vs kemampuan diri.
Mengapa? (1.) Saya ada masa ke hendak memberi komitmen ini? Yang ada sekarangpun tak terbawa! ( 2.) Kalau tiap2 hari pulang dari pejabat lepas sholat maghrib, dah tentu maghrib & isya' tak ke Masjid. (3) Kalau kita tidak kedepan untuk buat perubahan dan memimpin secara professional dan telus, adakah nilai yg hendak kita bawa dapat dilaksanakan?
InsyaAllah kita usahakan sesuatu yang murni bukan atas dasar politik. Saya dan anda perlu sama-sama mengikhlaskan diri bekerja untuk Allah dan Deenul Islam; namun saya yakin akan berlaku negative feelings selepas kita usahakan untuk buat perubahan. Saya berharap negative feelings tidak berlaku selepas saya membuka semula buku akaun dan penyata kewangan (jika ada) masjid berkenaan. Saya yakin penyata kewangan ini tidak diaudit oleh orang yang qualified (ataupun langsung tidak pernah diaudit?)
Namun, saya sudah maklumkan AJK dan Nazir, InsyaAllah saya akan bantu untuk memperbaiki pengurusan kewangan masjid dan memastikan tadbir urus masjid dan SRA dapat dimantapkan. Selepas berhasil dan sistem kewangan mengikut piawaian, saya akan undur diri dari jawatan ini dan berilah kepada sesiapa yang inginkan jawatan.
Satu perkara yg selalu saya tekankan dekat program masyarakat termasuk Masjid, tidak semestinya akauntan diberi jawatan bendahari. Ada juga sebilangan kecil akauntan yang dilahirkan sebagai seorang leader yang mampu membawa perubahan & tsunami kecemerlangan insan, yang mampu melihat long term vision dan berfikir secara 'blue ocean'.
Moga Allah menyelamatkan saya dari fitnah dan memberi kekuatan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Doakan saya.
******RIDZ**********

Saturday, August 23, 2008
Projek Karnival Haji
Alhamdulilah 2 projek besar yang saya lakukan tahun 2008 berjalan dengan baik. Pertama, projek ilmiah kedoktoran yang bakal tamat tidak lama lagi. Kedua, projek Ramadhan yang sekarang sedang rancak dilaksanakan.
Projek ketiga pula saya merancang untuk mengadakan projek karnival haji sekitar akhir Shawal atau awal zulkaedah tahun ini. Kertas kerja telah saya siapkan dan saya dah majukan kepada pihak pengurusan sumber manusia untuk pertimbangan mereka.
Tujuan karnival haji ini adalah untuk membuka ruang fikiran masyarakat bahawa Haji adalah satu proses penting dalam kehidupan seorang muslim. Ianya bukan sekadar rutin tahunan sebuah karnival kemanusiaan namun jauh meruntun keperluan merealisasikan falsafah Haji dalam konteks amalan harian. Pembinaan individu muslim akan mencapai kemuncak dengan terbitnya mentari Haji dalam diri.
Sebagaimana budaya masyarakat kita, setiap apa yang ingin kita usahakan akan pasti mengundang kecaman, tidak disokong dan membuat cerita2 yang tidak membina. Dua tahun lepas bila saya berusaha melaksanakan karnival sha'ban, maka ramailah menuduh ini adalah bidaah dan tidak mengikut sunnah. Tapi apa alternatif yang diberi? Jawapannya "Tiada" kerana terlalu ramai yang suka komen dari buat kerja. Spesies ini hanya melihat dawah dalam konteks yang sempit dan membiarkan diri dalam kejumudan. Saya menyakini projek karnival Haji akan mendapat layanan yang sama; tapi insyaAllah saya masih mampu untuk bersabar dan kukuhkan azam untuk meneruskan apa yang saya rancang. Jika tidak berjayapun tak mengapa, sebab satu hari nanti saya akan berbicara dengan Allah.
Kepada pembaca blog ini, doakanlah supaya projek karnival Haji ini dapat diluluskan dan berjalan sebagaimana yang dirancang.
Salam.

Friday, August 22, 2008
Kisah Rosli Ibrahim & Dr Rasid
Di kesempatan ini saya ingin berkongsi kisah rakan saya Sdr Rosli Ibrahim & Dr Rasid yang telah melalui proses tarbiyah dan bakal melalui perjalanan Umrah.
Rosli Ibrahim, seorang insan yang tegas, telah selamat pulang mengerjakan umrah minggu lepas. Beliau pergi Umrah secara senyap2, namun hati saya tergerak untuk mencari beliau dua minggu lepas. Saya berjaya berkomunikasi dgn beliau semasa beliau melangkah pertama kali ke Masjid Nabawi. Walaupun beliau tidak meminta, hampir setiap hari saya sms Rosli untuk memberi tips-tips berguna sepanjang beliau di Mekah dan Madinah.
ALhamdulilah setelah melebihi 3 tahun saya mempelawa beliau untuk menunaikan umrah, tahun ini hati beliau terbuka. Banyak perkara yang dikongsi oleh Rosli kepada saya, dengan nada suara yang sebak dan hampir mengalirkan airmata. Allah memberi beliau banyak perkara dan kebaikan khususnya menyambut ulangtahun kelahiran depan Kaabah.
Tahniah Rosli! keinsafan dan kesungguhan anda untuk memperbaiki diri dan keinginan untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam sudah tentu akan mendapat kasih sayang Allah.
Kisah seorang lagi teman saya, Dr Rasid, yang bakal melangkah ke Tanah Suci minggu depan untuk umrah Ramadhan. Kini saya berusaha untuk memastikan Dr Rasid dan keluarga berhasil untuk melaksanakan impiannya. Saya mempelawa beliau untuk mengikut saya untuk Umrah bulan Mei/Jun kelmarin, namun kesibukan kerja menjadi alasan. Alhamdulilah moga Dr Rasid akan dipermudahkan perjalanan meniti umrah mabrur.
Kepada anda yang ingin menunaikan umrah, bolehlah menghubungi atau sms saya 019-2628585 atau email saya tigeridz@gmail.com.

Bentang Kertas Kerja di IABC Conference 2008
Alhamdulilah saya telah selamat bermusafir untuk membentangkan kertas kerja di International Acctg & Business Conference 2008. Di samping menghadiri conference tersebut, saya mengisi peluang dengan menghadiri mesyuarat rasmi urusan pejabat dan melawat pejabat CSM di Johor Baru.
Pengalaman membentangkan kertas kerja kali ini berbeza dengan pengalaman memberi ceramah di sektor korporat dan persidangan perniagaan. Kali ini, saya dikelilingi oleh para cendiakawan, Profesor2 dan calon2 PHD. Nampak sedikit janggal kerana objektif di antara corporate conference dan academic conference sememangnya tidak sama.
Pada malam hari pertama, saya menghubungi Prof Kamil bertanyakan bagaimana hendak majukan slide presentation saya. Prof Kamil menyakinkan supaya saya jangan risau, kalau slide presentation tidak boleh display, gunakan cara manual aje. Sememangnya saya risau. Pertama, ini adalah pertama kali saya present di academic conference. Kedua, pengalaman membuat presentation di corporate dan business conference dan juga program rasmi menhendakkan saya memberi slide presentation dua hari sebelum function. Saya pula meletakkan high expectation dan piawaian sendiri.
Tahinah kepada organizer dan sekretariat IABC 2008 . Moga Allah mengizinkan corporate practitioners dan academic experts untuk duduk semeja bagi meneruskan budaya membina ilmu dan tamadun kemaanusiaan.
Terima kasih kepada Profesor Dr Hj Kamil, Prof Dr Hjh Norhana dan Prof Dr Hjh Faridah yang membantu saya menyiapkan kertas kerja saya.

Wednesday, August 6, 2008
Tulisan Saya di Berita Harian 06 Ogos 2008
Sila baca artikel bertajuk "Syor dana khas pinjaman untuk tunai haji",di alamat http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20080805224159/Article/
Tulisan ini adalah lanjutan daripada artikel saya di Berita Harian 18 April 2008 mengenai keperluan kerajaan dan KWSP membenarkan bakal jamaah haji mengeluarkan RM10,000 dari Akaun II KWSP untuk maksud Haji.
SURAT
Syor dana khas pinjaman untuk tunai haji
URA-URA membenarkan pinjaman kewangan bagi tujuan menunaikan fardu haji seharusnya mendapat sokongan umat Islam. Walaupun perkara ini mengundang sedikit kontroversi sama ada boleh atau tidak, satu usaha perlu dilakukan bagi kepentingan ummah. Saya juga difahamkan beberapa rakan jemaah haji Indonesia bahawa sebahagian rakyat republik itu menggunakan pendekatan ini dengan sokongan beberapa bank Islam di sana.

- Saya tiada autoriti membenarkan perkara ini. Namun, sebagai seorang profesional dan mempunyai sedikit ilmu fiqh-muamalat, saya berpendapat pinjaman haji seharusnya dibolehkan. Ada dua faktor yang perlu diambil kira iaitu untuk menggalakkan lebih ramai orang muda mengerjakan ibadat haji dan merangsang ekonomi. Ini juga dapat mengelakkan bakal haji dari menjual harta bernilai seperti tanah untuk tujuan ke Tanah Suci.
Dua isu pokok pinjaman yang sering dibicarakan ialah dalam konteks risiko dan pinjaman riba. Justeru, kedua-dua isu ini boleh diuruskan dengan mengambil pendekatan berikut:
- Pinjaman ini diwajibkan diberi perlindungan Takaful untuk sepanjang bayaran balik pinjaman. Jadi pengurusan risiko dapat diuruskan dengan adil kepada pemberi dan peminjam. Sekiranya berlaku kematian ketika atau selepas haji, tiada lagi timbul isu hutang tertunggak;
- Tempoh bayaran balik yang pendek (contohnya tiga atau lima tahun). Ia juga dapat mengurangkan risiko kepada pihak peminjam dan si pemberi pinjaman;
- Pinjaman haji hanya di institusi kewangan Islam. Justeru tidak timbul pinjaman berasaskan riba'; dan
- Pinjaman ini boleh diambil sekali seumur hidup.
Saya juga mencadangkan diwujudkan 'Dana Khas Pinjaman Haji'. Ini boleh dilakukan dengan kerjasama institusi kewangan Islam atau bank Islam di Malaysia dengan nasihat daripada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Fatwa Kebangsaan serta dikawal selia oleh Bank Negara. Saya juga ingin mengesyorkan institusi kewangan Islam tidak mengenakan keuntungan tinggi seperti pinjaman biasa dari bank komersial.
RIDZWAN BAKAR, Shah Alam, Selangor.
Sunday, August 3, 2008
Mock Viva
Alhamdulilah hari Jumaat 1hb Ogos 2008 saya telah melalui proses pembelajaran kedoktoran di kenali sebagai mock viva. Semua pelajar peringkat kedoktoran akan melalui ranjau ini. Terima kasih kepada Prof Norhana, Prof Kamil dan Prof Faridah kerana menjadi supervisor dan mentor tesis saya. Ada 2 soalan yg saya tidak mampu menjawab dgn kukuh kerana saya tidak mahir bab econometrics. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki menjelang Final Viva 25 Ramadhan nanti.
Apa yang saya belajar bila melalui proses ini?
Seminggu sebelum mock viva, fikiran saya mula buntu untuk menyiapkan slide presentation. Banyak sebenarnya saya nak share utk mock viva tapi saya cuma ada 20 minit utk present. AKhirnya, saya mula bosan sebab apa yg saya nak present sebab saya dah tahu setahun lalu. Mungkin saya berminat dgn 'results thesis' sedangkan examiner pula melihat dari perspektif 'scholars'. Reziaana, classmate DBA, membantu saya dengan meminjamkan (diapun pinjam dari org lain) buku steps of preparing dissertation. Buku ini sedikit boost semangat saya. Thanks Rezi!
Kenyataannya, saya rasa kosong dalam diri seminggu sebelum present. Saya cuba mengubati diri dengan membuat perancangan "Karnival Haji" yg akan saya cuba laksanakan selepas Raya nanti. Ianya memberi sedikit lagi ruang motivasi. Pun begitu, Tiada siapa yg mengerti apa yg saya fikirkan melainkan diri sendiri. Saya mula menyerahkan kepada Allah untuk menentukan nasib saya. Hingga satu peringkat saya berkata "Ya Allah jika dalam gengaman ilmuMU baik untukKu dan imanku, maka izinkanlah aku melalui proses kedoktoran ini dengan lancar." Sesungguhnya saya tak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan DBA saya, terlalu lama dan meletihkan. Malam sebelum present, saya telefon mak saya. Mak saya memberi keyakinan dan harapan. Mak saya sebut "Mak dah doakan untuk kejayaan Wan." Itulah kasih sayang seorang ibu. Alhamdulilah saya masih ada ibu, usianya melebihi 70 tahun.
Alhamdulilah mock viva berjalan dgn baik dan lancar. Suasana pertemuan ilmiah di mana masing2 menghormati antara satu dgn lain. Profesor, supervisor, kawan2 semua memberi sokongan. Thanks also to abg Zainul, kak Pau, Noraini dan profesor2 dan teman2 yg hanya memberi motivasi melalui sms dan email.
Selepas makan tengahari dgn prof Kamil, saya melangkah ke MAsjid Negeri Shah Alam untuk sholat JUmaat. Ketika sholat hati saya tersentuh dan berlinang airmata keinsafan bahawa Allah masih sayang kat saya walaupun saya selalu lalai dan alpa. Sudah empat tahun saya bertungkus lumus menjalani proses kedoktoran secara part-time. Saya menginsafi terlalu banyak kelalaian berlaku dan sholat berjamaah dan sholat2 sunat main tangkap muat aje.
Selepas memberi salam solat jumaat, detik itu, saya amat merindui Madinah- bumi yang menghamparkan permaidani kedamaian. Ya, saya amat merindui Madinah...!
Ya Allah ampunilah aku dan permudahkanlah sesi final viva ku pada bulan Ramadhan ini. Amin!

Subscribe to:
Posts (Atom)