Pembaca budiman assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi dilema ini dgn pembaca budiman.
Di dalam meniti kehidupan, kita akan cuba merendah diri (bukan mengasing diri). Jawatan-jawatan bila diberi kita cuba tolak kononya kita bekerja bukan untuk jawatan. Namun bila saya diminta untuk menjadi Bendahari Masjid dan nama akan dimajukan ke exco agama kerajaan negeri untuk endorsement, maka hati mula berbelah bagi. Harapan masyarakat vs kemampuan diri.
Mengapa? (1.) Saya ada masa ke hendak memberi komitmen ini? Yang ada sekarangpun tak terbawa! ( 2.) Kalau tiap2 hari pulang dari pejabat lepas sholat maghrib, dah tentu maghrib & isya' tak ke Masjid. (3) Kalau kita tidak kedepan untuk buat perubahan dan memimpin secara professional dan telus, adakah nilai yg hendak kita bawa dapat dilaksanakan?
InsyaAllah kita usahakan sesuatu yang murni bukan atas dasar politik. Saya dan anda perlu sama-sama mengikhlaskan diri bekerja untuk Allah dan Deenul Islam; namun saya yakin akan berlaku negative feelings selepas kita usahakan untuk buat perubahan. Saya berharap negative feelings tidak berlaku selepas saya membuka semula buku akaun dan penyata kewangan (jika ada) masjid berkenaan. Saya yakin penyata kewangan ini tidak diaudit oleh orang yang qualified (ataupun langsung tidak pernah diaudit?)
Namun, saya sudah maklumkan AJK dan Nazir, InsyaAllah saya akan bantu untuk memperbaiki pengurusan kewangan masjid dan memastikan tadbir urus masjid dan SRA dapat dimantapkan. Selepas berhasil dan sistem kewangan mengikut piawaian, saya akan undur diri dari jawatan ini dan berilah kepada sesiapa yang inginkan jawatan.
Satu perkara yg selalu saya tekankan dekat program masyarakat termasuk Masjid, tidak semestinya akauntan diberi jawatan bendahari. Ada juga sebilangan kecil akauntan yang dilahirkan sebagai seorang leader yang mampu membawa perubahan & tsunami kecemerlangan insan, yang mampu melihat long term vision dan berfikir secara 'blue ocean'.
Moga Allah menyelamatkan saya dari fitnah dan memberi kekuatan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Doakan saya.
******RIDZ**********
2 comments:
Salam
Mereka melantik tuan kerana mengetahui tuan seorang Akauntan yang baik.
Saya juga dilantik menjadi bendahari kerana masyarakat di keliling tahu saya seorang Akauntan.
Ianya satu amanah. Buat yang terbaik.
Terima kasih saudara azemi dgn nasihat ini. Moga Allah membantu kita membuat yg terbaik untuk masyarakat.
Post a Comment